Ramai orang melancong ke Beijing melalui pakej pelancongan. Tahu tak kalau anda ke sana melalui pakej, pihak kerajaan sana mewajibkan agensi pelancongan membawa anda ke kedai jade, kedai pearl dan kedai-kedai yang menjual dengan harga yang jauh lebih mahal dari harga yang anda akan jumpa di kedai biasa di Beijing.
Akibatnya, ramai rakyat Malaysia yang kebanyakannya gemar shopping ni terperangkap.
Saya Backpacker mahu mengajak anda ke Beijing dengan merancang sendiri perjalanan anda. Tanpa perlu melalui pakej pelancongan ni. Lebih jimat, lebih selamat wang poket anda dari dipau oleh kedai-kedai sebegini dan anda lebih fleksibel.
Tapi, ada apa di Beijing?
Baik, biar saya kongsikan 12 tempat menarik dan ohsem yang anda wajib pergi jika ke Beijing.
1) Tiananmen Square
Kalau Malaysia terkenal dengan Dataran Merdeka sebagai satu dataran penuh bersejarah dan simbol pentadbiran kerajaan Malaysia, China ada Tiananmen Square (sebutannya lebih kurang tian en men, bunyi ‘e’ seperti bunyi ‘e’ pada perkataan ‘empuk’).

Di sini ada Tiananmen Tower, Monument to the People’s Heroes, Great Hall of the People, Chairman Mao Zedong Memorial Hall dan upacara menaikkan bendera di awal pagi. Tapi ingat, anda perlu berada di sini sebelum matahari naik jika mahu melihat bendera bintang 5 dinaikkan dengan penuh istiadat.
Pengalaman saya di sana, saya pun gagal tiba di sini seawall itu sebab pagi waktu tu sangat sejuk dan begitu bercinta nak mandi dan keluar ketika hari masih gelap.
2) Forbidden City

Bagi peminat filem kungfu atau filem period Hongkong, pasti biasa menonton adegan di dataran dalam bangunan istana Maharaja yang sangat besar. Aha.. begitulah Forbiden City, atau turut kita kenali sebagai Istana Larangan.
Forbidden City merupakan kompleks istana bagi 24 orang Maharaja dalam Dinasti Ming dan Qing.Dibina pada zaman Maharaja Chengzu dari Dinasti Ming Dynasty (1368-1644).
Saya kagum dengan saiz yang sangat besa dan senibina yang sangat cantik. Ada pelbagai dewan, istana kecil dan beberapa taman kecil yang cantik. Saya dan kawan tak sedar kami luangkan masa 3 jam dalam istana ini sahaja.
Kompleks ini hanya di sebelah Tiananmen Square sahaja. Maknanya senang sekali jalan sahaja.
3) Hutong
Hutong adalah perkampungan lama di Beijing. Ia wujud sejak zaman DInasiti Yuan (1271–1368).
Rumah-rumah dibina rapat-rapat di dalam satu kawasan yang mempunyai lorong-lorong kecil. Kebanyakan rumah-rumah di sini berwarna kelabu.
Ada banyak beca yang menawarkan perkhidmatan ronda-ronda di Hutong. Namun, saya cadangkan anda menyewa basikal sahaja. Jauh lebih jimat. Kos Cuma dalam 10-20 yuan sejam. (lebih kurang RM5.90 – Rm 11.80)
Dengan basikal, anda lebih fleksibel untuk menyelusuri lorong-lorong di Hutong di samping merasai pengalaman trafik di Beijing.
4) Bell and Drum Tower

Orang China memang terkenal dengan gendang dan loceng.Bell and Drum Tower terdiri dari dua menara besar. Satu menara untuk loceng yang sangat besar. Menara ini setinggi 47.9 meter dan anda perlu memanjat tangga yang curam sebelum melihat loceng yang sangat besar ini.

Di hadapan menara loceng, ada menara gendang pula. Begitu juga, anda perlu menaiki tangga yang curam sebelum sampai ke puncak menara. Ada dalam 7 gendang besar di atas. Saya juga dapat menyaksikan persembahan pukulan gendang yang sangat menarik.

Bell and Drum Tower ni tak jauh dari Hutong. Jadi dah alang-alang saya sewa basikal, saya berbasikal sahaja ke sini.
5) Great Wall of China
Siapa tak kenal Tembok Besar Negeri China. Ini adalah antara 7 keajaban dunia dan antara tempat yanhg saya sangat mahu pergi.
Jika mahu memijak kaki di atas tembok ini, anda boleh memilih untuk melawat di Badaling, Huanghuacheng, Mutianyu, Jiankou,Gubeikou, Jinshanling dan Simatai.
Bersedia untuk banyak berjalan kaki ya. Malulah pada orang tua 70an dan kanak-kanak China yang begitu macho memanjat tangga-tangga di sini.

Badaling adalah tempat paling popular untuk dilawati. Simatai pula khabarnya dah ditutup.
6) Temple of Heaven
Ia merupakan kompleks kuil untuk upacara keagamaan. Kawasannya sangat luas dan landskapnya memang menenangkan. Ada taman ros, ada tempat di mana batu-batu besar disusun unik bagi mewakili setiap wilayah di bawah kekuasaan Maharaja.
Ia lebih besar dari Forbidden City, menyebabkan sedar tak sedar saya luangkan masa 4 jam di dalamnya tanpa rasa jemu.
Ia juga dipenuhi lebih kurang 500 pokok cypres yang ditanam sejak 800 tahun lalu. Setiap pokok yang mati akan diganti semula. Itu sebabnya anda boleh tengok, pokok yang dah sangat tua dan bongkok akan diberikan tongkat.
7) Summer Place
Dibina oleh Maharaja Qianlong pada tahun 1750. Ia menggabungkan keindahan senibina istana, kecantikan landskap taman, tasik, dan bukit-bukau. Ia dikatakan ‘the best preserved empirial garden’ di dunia.
8) CCTV Building

Ini merupakan menara telekomunikasi untuk China Central TV. Uniknya pada senibinanya yang boleh kelihatan seperti bentuk L terbalik atau huruf n.
Pelawat boleh naik ke menaranya untuk melihat Beijing dari pandangan atas.
9) Beijing National Stadium
Sempat menyaksikan olimpik Beijing? Stadium berbentuk seperti sarang burung ini begitu menarik minat penonton dan masih dilawati oleh pelancong sehingga kini.
10) Niujie Mosque

Ini masjid paling bersejarah di Beijing. Senibinanya saling tak tumpah seperti bangunan istana lama Maharaja. Ia dibina pada tahun 996.

Terletak di Ox Street, dewan solat lelaki dan perempuan berada di dalam bangunan berbeza. Ia juga menempatkan tempat tinggal imam dan petugas masjid.
11) Yabao Road atau Yabaolu
Ia merupakan satu kawasan di Beijing dan juga nama sebatang jalan. Ada banyak kedai-kedai dan shopping mall di sini.
Namun sebenarnya yang unik di Yabaolu adalah di sebelah utaranya, terdapat kawasan yang dipanggil sebagai Russiatown atau Russia Market. Kita boleh jumpa orang Rusia memenuhi kawasan ini dengan papan tanda kedai pun 100% ditulis dengan tulisan Rusia.

Ada sebuah masjid berhampiran, iaitu Nanxiapo Mosque. Tidak jauh dari masjid ini, ada sebuah kedai makan Rusia halal. Jadi, kalau nak feeling-feeling macam pergi Rusia, boleh lah jenguk Russiatown ya.

12) Madame Tussauds Beijing
Ini tarikan terbaru. Sejak 31 Mei 2014, Madame Tussauds telah dibuka di Beijing dan dikatakan terbesar di Asia. Ia merupakan muzium patung lilin yang menampilkan selebriti seperti Johnny Depp, Kate Winslet, Leonardo Di Caprio, Goerge Clooney, Angelina Jolie, Bruce Lee, Jackie Chen, Leslie Cheung dan Michael Jackson.
Ada banyak lagi tempat menarik di Beijing tapi cukuplah saya kongsikan ini sahaja dulu. Ini pun sudah boleh cover dalam 4 hari di sana.
Selamat mengembara ohsem ke Beijing!
Saya bercadang nak ke sana secara backpack.boleh share ilmu tengang cara pergi 1 tempat,ke 1 tempat.WhatsApp saya,01129180736.terima kasih
Best pulak nak rasa panjat one of the 7 wonders ni kan?
Salam, kami bercadang sekelas untuk buat lawatan sambil belajar di beijing tahun depan. saya perlukan sedikit maklumat daripada saudari. Mohon hubungi saya (whatsapp) di talian 01125710326
as salam.. blh email sy semua kos n tempat2 menarik di beijing.. harziana82@gmail.com. thanks ya
Salam.. bulan 11 nnti sy akan ke beijing.. boley sy nk tahu detail kos dan semuanya mengenai beijing.. sy bercadang nk backpaker.. boley wassup sy 0139364742.. tq
salam…
saya bercadang untuk ke Beijing pada bulan December 2015. boleh syer dengan saya pengalaman dan tips untuk kesana. pls watsapp saya di No.0193748786.
wslm
mus
salam,
saya nak ker Beijing x lama lagi. Boleh tak share dengan saya itinerary , cost and how to get to each destination.. Thank you so much for your sharing.. Sgt2 membantu..
salam, saya akan ke sana tahun ini. susah tak kalau tak guna travel agen?
camne nak bergerak ke tempat2 menarik tu ye?
-tolong jawab-
ok je tak guna travel agen. bergerak sendiri lagi senang. boleh sewa basikal, naik subway, teksi & jalan kaki. kalau nak pakai teksi, saya ada contact. driver perempuan. kami biasa booking je dia utk ke mana2. harga pun berbaloi.
Kami pergi beijing atas urusan kerja. So far, rasa senang je nak berjalan tanpa agent.
-boleh hubungi kami di fb jomlahbercuti
Salam.. bulan 12/2016 nnti sy ingin ke beijing.. boley sy nk tahu detail kos tmasuk hotel dan semuanya mengenai beijing.. sy bercadang nk backpaker bsama suami dan anak 1thn..terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkongsi
Assalamualaikum, akak saya nak tahu berapa total budget akak ke sana boleh?