Turki sememangnya destinasi pelancongan yang sangat popular. Terutama Istanbul, ramai yang pasti singgah ke Blue Mosque dan Topkapı Palace atau Topkapı Saray yang bersebelahan sahaja.
Ada juga yang ke Turki dalam pakej umrah. Saya pernah bertemu dengan satu kumpulan jemaah Umrah dari Acheh di Lapangan Terbang Istanbul. Mereka singgah Istanbul sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.
Saya sendiri sudah ke Turki secara backpacking pada bulan September 2014 bersama kawan. Alhamdulillah, pengembaraan ke Turki memanglah mahal sedikit dari kos mengembara di sesetengah negara ASEAN, tetapi masih lebih murah berbanding Eropah.
Baiklah, berdasarkan pengalaman, saya kongsikan tips 7 perkara yang anda patut tahu sebelum mengembara atau melancong ke Turki. Dengan ini, mungkin anda dapat merancang dengan lebih baik dan dapat menikmati pengembaraan itu sehabis-habisnya.
Tips 1: Hantu sos cili kena bawa sos cili sendiri
Bagi mereka yang hantu sos cili atau makan burger mesti nak ada sos cili, seperti saya, sila bawa sos cili dan apa juga sos anda sendiri dalam paket kecil begini.
Di Turki mereka makan kebab ayam, roti ikan atau apa juga makanan seumpamanya tanpa sos. Hanya roti dan inti daging itu sahaja dengan timun atau salad.
Nasib baik kalau kedai ada sediakan sos tomato. Sos cili? Apa tu?
Tips 2: Jangan berani langkau Cappadoccia kalau tak mahu menyesal
Sepadat mana pun tempoh pengembaraan anda, jangan tinggalkan Cappadoccia atau ejaan tempatannya Kapadokya. Carilah masa 2 hari 1 malam untuk lari ke sana.
Dari Istanbul, boleh naik bas ekspress, bertolak lebih kurang jam 8.00 malam. Harga tiket dalam 65 Turkish Lira. Lebih kurang RM 85. Sampai di sana dalam jam 7.30 pagi. Dah jimat penginapan kan.
Pagi tu boleh jalan-jalan sekitar Cappadoccia . Pergi Open Air Museum, Pasabag dan nikmati sunset di atas bukit. Tidur satu malam cukup. Hari kedua tu boleh naik belon panas di awal pagi jika ada bajet. Harga tiket belon panas bermula dari 75 euro – 150 euro (RM290 – RM581) bergantung pada kecekapan dan pengalaman pemandu belon tersebut, selain adakah ia trip pertama atau trip kedua. Trip pertama lebih baik kerana dapat tengok matahari naik.
Kemudian, bolehlah ambil trip ke Green Tour. Naik minibus atau van sebab destinasi Green Tour ni jauh. Tak boleh jalan kaki. Melainkan anda sewa motorsikal di sini.
Green tour biasanya akan bawa anda ke Selime Monastery, Derinkuyuu Underground City iaitu kota bawah tanah purba, trekking di Ihlara Valley iaitu canyon kedua besar di dunia selepas Grand Canyon di USA, Pigeon Valley untuk tangkap gambar dan singgah satu kilang membuat cenderahati dari batu onyxy.
Malam tu dah boleh bergerak ke Istanbul atau ke mana-mana destinasi lain dengan bas ekspress. Jimat lagi penginapan kan.
Tapi jika ada masa lebih, boleh la menginap dua malam di Cappadoccia. Itu pilihan. Boleh ambil Blue Tour Cappacoddia yang meliputi destinasi yang lebih jauh. Saya tak ambil Blue Tour sebab hanya 2 hari sahaja di sana.
Selain dari bas, boleh juga ambil flight dari Istanbul ke sana untuk lebih jimat masa. Tiket flight kena beli awal dan bergantung pada promosi. Harga tiket bermula dari 89 TL iaitu lebih kurang Rm116.
Kalau pergi Turki tak ke Cappadoccia ibarat pergi ke Malaysia tak ke Perhentian atau Redang.
Tips 3: Tandas mahal
Sangat susah untuk jumpa tandas awam yang percuma. Seingat saya, tiada! Tandas awam cap ayam di tempat biasa-biasa pun kena bayar. Kadar masuk tandas di sana adalah 1 Turkish Lira. Lebih kurang RM1.33. Mahal kan.. hampir nak sama harga dengan tandas premier di KLCC.
Sukacita diberitahu, setakat yang saya pergi, biasanya masjid-masjid di sana pun, tandasnya berada berasingan. Bukan dalam bangunan yang sama dengan masjid. Tiada tempat wudhu’ wanita disediakan di dalam bilik tertutup. Tempat ambil wudhu’ biasanya terbuka. Jadi wanita terpaksa ambil wudhu’ di tandas.
Kecuali di Süleymaniye Mosque atau Süleymaniye Camii sahaja yang ada tempat ambil wudhu’ tertutup.
Tandas di masjid tetap dikenakan bayaran. Jadi, bayangkan, bukan sahaja nak ke tandas pada waktu biasa kena bayar, perempuan nak ambil wudhu’ pun kena sediakan bayaran juga.
Kalau satu kali ke tandas dah kena RM 1.33, kalau 5 kali ke tandas dalam sehari dah berapa tu? RM6.65.
Kalau travel seminggu?
RM6.65 x 7 = RM 46.55
Kena pulak kalau jenis macam saya ni, pantang jumpa tandas mesti nak singgah. Kalau naik bas overnight tu, malam tu je dah 3 kali ke tandas. Belum waktu siang lagi.. belum waktu ambil wudhu’ lagi.
Ahaa… jadi, jangan lupa sediakan bajet secukupnya untuk ke tandas ya.
Oh ya, tandas di sini biasanya tandas duduk dan ada bidet air. Yang air pancut dari bawah tu. Jadi, sila pandai-pandai adjust buat yang tak biasa tu.
Tips 4: Jangan mengumpat Mustafa Kamal Attaturk
Di Malaysia, Mustafa Kamal Attarturk mungkin kurang digemari kerana menyingkir dan menamatkan pentadbiran kerajaan Islam Uthmaniyyah.
Tetapi berbeza halnya dengan rakyat Turki sendiri. Rata-rata di sana, mereka sangat mengagumi dan mengagungkan beliau sebagai Bapa Turki Moden. Gambarnya masih terpampang di bendera sebesar rumah dan digantung di bangunan sekolah. Bendera bersaiz biasa pula dijual di tepi-tepi jalan.
Oleh yang demikian, apabila ke Turki, jangan sekali-kali berkata yang kurang baik mengenai Mustaffa Kamal ini. Untuk menyebut namanya dalam perbualan berbahasa melayu juga harus berhati-hati, kerana dibimbangi ada yang terperasan dan menoleh nanti.
Kalau nak bergossip pun, sebutlah gelaran lain selain nama Mustaffa Kamal atau Attaturk. Kami tempoh hari menyebutnya sebagai ‘Pak Kamal’.
Luangkan masa melawat Dolmabahce di Istanbul. Ia merupakan istana baru Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Di dalamnya ada bilik khas Mustaffa Kamal di mana beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tips 5: Burger Ikan Eminönü
Jika ke Istanbul, jangan lupa makan burger ikan di Eminönü. Burger ikan ini dijual di kedai-kedai makan di bawah jambatan menyeberangi Selat Bosphorus di sana.
Harga standard pada tahun lepas adalah 6 Turkish Lira. Lebih kurang RM8.
Burger ikan ini rasanya istimewa. Ikan dibakar segar dengan roti yang pasti tak muat satu saiz mulut kita rakyat Malaysia. Cuma bagi kaki sos, ketiadaan sos amatlah dirasai.
Sambil makan burger ikan, sambil menikmati pemandangan yang cantik di Selat Bosphorus, beserta teh Turki yang lebih dikenali sebagai çay atau sebutannya chai.
Teh ini dihidang dalam gelas kaca kecil sahaja. Tetapi rasanya istimewa, Penggemar teh pasti dapat bezakan rasanya dan terngigai-ngiagau bila balik Malaysia nanti
Tips 6: Jus oren terbaik
Selain cay, satu lagi minuman yang wajib anda rasa di sana adalah jus oren yang segar dan pekat. 3 biji oren diperah dengan tangan menggunakan mesin khas. Rasanya memang terbaik.
Semasa kami di Cappadoccia, harga secawan jus oren ini mahal juga. Dalam 4 turkish lira. Lebih kirang RM 5.40. Tapi di Istanbul, harganya agak berbeza-beza serendah 2 TL iaitu lebih kurang RM2.70 hingga lah 4 TL, bergantung pada lokasi dan berapa besar cawannya.
Di Eminonu, iaitu berhadapan dengan Selat Bosphorus, harganya cuma 2TL dan peniaga yang kami pergi boleh tahan cute juga.
Tips 7: Istana Kapas
Selain Istanbul dan Cappadoccia, Saya Backpacker ingin mencadangkan anda berlari seketika ke Pamukkale di wilayah Denizli.
Pamukkale berada di selatan Istanbul. Makna perkataan Pamukkale adalah istana kapas. Ini kerana pada zaman kerajaan Rom dan Byzantine, pusat bandar mereka dibina di atas kawasan yang putih seperti kapas. Bandar ini dikenali dengan nama Hieropolis.
Di Pamukkale, terdapat kolam teres putih dengan air hangat di sini. Kawasannya luas dan dikatakan kelebaran bertambah setiap hari. Namun untuk memeliharanya, hanya sebilangan kecil kawasan sahaja dibuka untuk dimasuki oleh orang awam.
Bila saya melihat gambar Pamukkale, saya fikirkan tanahnya lembut dan gebu seperti kapas. Rupanya saya silap. Ia keras seperti batu namun agak licin.
Untuk ke Pamukkale, anda ada beberapa pilihan.
1) memandu kereta terus ke sana. Masa perjalanan dari Istanbul lebih kurang 7 jam 41 minit sepanjang lebih kurang 658 km.
2) menaiki kapal terbang Pegasus Airline dari Istanbul ke Denizli. Harga tiket bermula dari 19 USD untuk tiket promosi hingga ke 60USD. LAman web Pegasus Airline adalah —> http://www.flypgs.com/en/
Bolehjuga ambil Turkish Airline atau Borajet.
3) jika mahu menaiki keretapi, hanya bermula dari Izmir ke Denizli sahaja. Keretapi dari Istanbul ke Denizli dah ditamatkan.
4) Menaiki bas malam. Ini cara yang saya lakukan. Harga tiket bas tak sampai 60 TL iaitu kurang dari RM80 sehala. Saya naik bas jam 8.00 malam dari Istanbul ke stesen bas Pamukkale. Tiba di sana dalam jam 7 pagi. Dari stesen bas ini, saya naik minivan pula untuk ke tapak Hieropolis dan tapak putih Pamukkale ini. Petang, saya pulang ke stesen bas dan ambil bas malam semula ke Istanbul. Jimat penginapan 2 malam.
Pemukkale dan Hieropolis telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Unesco pada tahun 1988.
Saya cadangkan, seharian penuh cukup di Pamukkale. Jadi, dah alang-alang ke Turki, luangkanlah satu hari di sini ya.
– Rohaniahnoor
Hellο, yyeah thyis post iss actuallʏ goօd and I haѵe learned lot of tҺings from
iit гegarding blogging. tɦanks.
thank you 🙂
Duduk di mana ya di istanbul? Ada lift tak dan dekat dengan tram? Sorry banyak tanya sebab nak bawa parents yg sakit lutut
saya duduk di sebuah homestay milik rakyat Malaysia. Hmm.. kena periksa betul-betu. Jangan di kawasan berbukit.
Blh x dptkan email or contact homestay org msia kt turki
ada contact number homestay rakyat malaysia tu? saya bercadang nak pergi sekeluarga 2 dewasa 3 kanak kanak. sesuai xhomestay tu? boleh cadangkan itenarary yang sesuai utk keluarga mcm kami?
Di dolmahbace camii juga ada tandas tertutup….nk ambil wudhu xperlu byr…tpi nk gunakn tandas boleh pakai istanbulkart
terima kasih atas info
Nk tny hbs total brp pergi sana? Tringin sgt nk pergi.
kos tiket flight rm1700, kos ground RM1600.
Salam…sgt menarik dan bnyk info yg bermanfaat…u ambil airline ape ye..dan kos tu utk berapa hari stay..saya dan famili rancang nak ke sana end of this year..tq
Salam…nak tanys..kos tiket flite yg u dapat agak murah..u guna airlie mana ya..ada tip2 tak nak dpt tiket murah ni
1. Yes it’s true If ur chili sos crazy u hv to bring ur own anywhere actually.not only to turkey
2. If ur going once in ur life to cappadocia might as well fly the balloon. …i am afraid of heights but oneonce ur up you will never regret the choice.
3. Don’t go looking for paid toilets of course u hv to pay
find a restaurant ask politely turkish people are very nice.
u just have to be friendly.
4.u never talk bad about any historical heroes in any country. Reminder DON’T DISCUSS POLITICS
5. The rest i totally agree with the bagpackers
Thank you for your coment, miss Caroline
nak tambah .
Kalau nak ambil wuduk di masjid biru pun ada tempat wuduk tertutup dekat dengan toilet . tapi toilet tu turun ke bawah . tempat wuduk perempuan tak perlu turun bawah . ada macam pondok kecil berkayu . saya selalu ambil wuduk di situ jika kebetulan lalu di situ .
Lagi satu masjid Fatih juga ada tempat wuduk di Toilet . Ada ruang khas siap tempat duduk. Disini banyak wanita turki dah siap berwuduk dari rumah . Ada juga masjid kecil kecil dibelakang spice bazaar ada tempat wuduk .
Salam Istanbul dari saya
Yeni dogan
baik, terima kasih atas info.
total budget semua lebih kurang brape ye ?
flight rm1700, kos ground rm1600
Murah tiket flight. Dr KL ka? Flight apa? Tak sabar nak pegi !!!
Thanks for sharing. Kami sekeluarga nk ke sana next week ! Excited !!
Nice info. gi backpacking brape orang semuanya dan hanya ke Turkey je ke?
info yang menarik dan sangat berguna. Boleh tahu tips nak cari tempat penginapan di Istanbul? Yang murah/budget dan berdekatan lokasi-lokasi utk dilawati.
thanks!
Assalamualaikum.
Thanks sharing info yang seriesly berguna ni. Sy nk tanye if sy ke cappadocia dan pamukkale seorang diri (saya perempuan) selamat ke x ye? And dr cappadocia ke pamukkale (or sebaliknya) berapa jam?
Thanks in advance 🙂
salam, saya merancang berbackpacking ke Turkey secara solo. Adakah sy perlukan travel agent semasa di Cappadocia dan Pamukkale?
Kalau perlu, boleh syorkan tak?
salam,,,,,
maaf tuan / puan saya tumpang share sikit di blog ini
saya agency pelancongan di bandung indonesia, menawarkan kreta untuk city tour bandung.
ada juga pakej hotel dan transpot untuk 3malam 4hari dengan harga yang cukup berbaloi
untuk yang berminat, atau nak tanya pasal pakej sila contact
wahtsap +6287821719271
facebook brek.yahya19@gmail.com
Assalam, boleh tak kongsikan itinerary dan bajet sebab saya bercadang ke sana November ni.
namira4560@gmail.com
Assalamualaikum, Byk maklumat yang sgt membantu. Kalau tak keberatan boleh tak kongsikan itinerary dan bajet sebab sy bercadang nak pegi sana next year. 🙂
Assalamualaikum, Byk maklumat yang sgt membantu. Kalau tak keberatan boleh tak kongsikan itinerary dan bajet sebab sy bercadang nak pegi sana next year. 🙂 .. My email banos_82@yahoo.com
bab mengumpat kamal atarturk tu betul. jalan2 terjumpa banner besar gambar dia tergantung di bangunan-bangunan
T kasih diatas info turki. Boleh tahu tak nama Dan contact homestay orang Malaysia kat istanbul
Hi Backpacker,
Thanks di atas perkongsian maklumat. Saya bercadang pergi ke Istanbul , Antalya, Pamukkale & Cappadocia pada 24 Dec 2015. Boleh tak bagi nombor local ground arrangement?
Thanks,
Syima
Total budget RM bpe yea ?
salam. saya nak tnye, kalau saya dari pamukale nak ke Cappadoccia boleh naik kapal terbang ke? terima kasih 🙂
Salam..tumpang tanya? Pergi turki ni agak agak ada tak promosi, atau baucar percuma seperti yang dianjurkan Korean Tour Organization? Cam jawab survey tuk dapat booklet dengan baucar lain..
Hi, nak tanya berkenaan dengan matawang. Kalau pergi Turki, better tukar Rm ke Turkish Lira siap@ ke or boleh je bawa Euro? Mana satu lebih molek? Kalau nak bawa USD ok x? Hope to hear from you soonest, sbb nak pegi this Saturday. hehe. Thank you