Pulau Samosir terletak di tasik Danautoba, Sumatra Utara. Cara nak ke sini mudah saja. Ambil kapal terbang ke Bandara Kuala Namu, Medan. Lebih murah jika menggunakan Airasia. Dari lapangan terbang, anda boleh ambil bas ekspres direct ke Parapat yang berharga lebih kurang Rp 40,000 @ RM11.20 seorang. Dari jeti Parapat, naik bot ke Pulau Samosir, tambangnya Rp 8,000 @ RM2.50 seorang. Sampai di Tomok, Pulau Samosir, boleh naik angkut atau sewa motorsikal/basikal.
Banyak tempat yang boleh anda lawati di Pulau Samosir tetapi sekurang-kurangnya lawatilah 7 tempat yang Saya Backpacker cadangkan ini.
- Kawasan Tuktuk Siadong
Ia terletak 2.5km dari jeti Tomok. Ramai pelancong menginap di sini. Tak banyak yang diletakkan di online seperti Agoda dan Booking.com malah senarai yang ada di laman web berkenaan tidak cukup murah berbanding penginapan lain yang banyak terdapat di sini. Kawasan ini terdapat banyak hotel, resort, hostel, restoran dan deret kedai.
- Desa Wisata & Homestay
Jika anda teringin nak merasa kehidupan seperti penduduk tempatan Pulau Samosir, bolehlah ke Desa Wisata ini. Jika menginap di Homestay yang menggunakan rumah traditional Pulau Samosir, anda berpeluang mengikuti aktiviti orang tempatan. Bagi yang Muslim, mereka ini orang Batak Kristian, mungkin tak berapa sesuai.
- Air Terjun Sampuran
Air terjun ini terletak di lembah Gunung Bukit Barisan. Saya hanya melihat air terjun ini dari jauh tapi tak berpeluang mandi di situ kerana masa sangat suntuk.

- Perkampungan Batak Huta Siallagan
Ia adalah perkampuangan Batak Siallagan, terletak 5km dari Tomok. Terdapat Batu Kursi Siallagan yang menjadi tempat pengadilan kaum Batak, rumah tradisi dan kawasan hukuman dijatuhkan. Untuk memasuki perkampungan ini perlu membayar Rp 3,000 @ RM0.80 seorang.
- Danau Sidohoni
Danau bermaksud tasik. Tasik Sidohoni ini terletak di daerah Ronggur Nihuta. Agak jauh ke tengah Pualu Simosir iaitu 8km dari Pangururan. Ia dipanggil tasik di atas tasik kerana Pulau Samosir sendiri adalah pulau di tengah Danautoba dan di tengah Samosir pula terdapat tasik ini.

- Makam Raja Sidabutar
Sebenarnya secara peribadi saya kurang gemar melawat makam atau kuil yang memang banyak terdapat di Indonesia. Tapi saya pergi juga melawat bagi memberi gambaran kepada pembaca tentang Pulau Samosir. Makam ini adalah antara makam tertua di pulau ini dan terletak di daerah Tomok. Makam ini telah disiapkan rajanya sebelum raja itu mangkat.
- Kawasan Ambarita
Jika anda menaiki motorsikal atau basikal, lalulah di kawasan Ambarita, tidak jauh dari Tomok. Kawasan bukit bukau yang sangat hijau memang terlalu indah untuk dinikmati. Boleh bergambar di sini puas-puas.
- Pasar Souvenir / Sourvenir Market
Ada banyak kraftangan dan cenderahati yang dijual di pasar ini. Tapi hati-hati bila menawar. Mereka agak memaksa dan agresif. Saya terserempak rakyat Malaysia sedang bergaduh dengan peniaga tempatan kerana selepas tawar menawar, beliau tidak membeli barang itu. Jika tak ada niat nak beli, tak usah tanya-tanya. Kalau dah tanya, tawar habis-habisan dan beli. Yang murah dan diterima akal adalah magnet fridge dan keychain. Yang lain tu agak mahal bagi saya. Saya beli magnet fridge 5 buah dengan harga Rp 40,000 @ RM11.80.

- Sigale-gale Batak Dance
Tak jauh dari Makam Raja Sidabutar di Tomok, ada satu tempat namanya Sigale-gale. Terdapat pertunjukan patung Sigale-gale menari. Nak tengok Sigale-gale ni menari kena bayar Rp 80,000 @ RM23. Mengikut cerita orang tempatan, dulu patung Sigale-gale ni boleh menari sendiri tanpa digerakkan orang. Menakutkan. Terdapat juga rumah-rumah tradisi di sini yang masih ada yang tinggal di dalamnya.
*****
Jika anda menyewa motorsikal atau basikal, lebih mudah nak pusing-pusing pulau. Sewa motorsikal lebih kurang Rp75,000 @ RM22 untuk 24 jam, sementara basikal pula lebih kurang Rp50,000 @ RM14. Itu kadar maksimum sewa. Penginapan kalau yang ada di online paling murah RM50 semalam lebih kurang. Kalau cari walk-in lebih kurang RM20-30 pun ada, Kadar harga mengikut musim. Kalau musim cuti, harga menjadi 2 kali ganda.
Apa lagi, jom ke Samosir!
terbaikkkkkmm nomie shafie….
Mantaap kali kak normie.tapi napa gk ada ulasan tentang menara tele ama bukit pusuh buhitnya
Slm tumpang tanya dari airport kuala namu ada bas trus pergi ke parapat? Kerana saya sampai petang dlm pkul 6 setengah