Awal tahun lepas, kawan saya Norsa’adah Ahmad ada bercerita yang dia nak ke Vietnam dan China untuk 18 hari bersama sorang kawan dia. Mereka merancang untuk meneroka dari Hanoi ke utara Vietnam iaitu Sapa, kemudian terus merentas sempadan Vietnam – China untuk menuju ke Kunming. Mereka merancang untuk pergi pada hujung Oktober 2019.

Wowww.. saya sangat teruja mendengarnya. Sebab setahu saya, Sa’adah belum pernah travel yang cross border melalui jalan darat. Biasanya dia masuk sempadan negara dari atas kapal terbang je. Sebab dia selalunya pergi satu negara sahaja dalam satu trip.

Jadi, saya merasakan Sa’adah akan keluar dari comfort zone dengan melakukan trip cross border Vietnam-China ni. Saya pun belum pernah cros border ni, jadi saya menanti-nanti cerita kembara dia nanti. Walaupun agak adventure, tapi dia akan pergi berdua. Dua-dua dah biasa travel. Jadi, insya Allah semuanya akan berjalan lancar.

Namun begitu, saya amat terkejut bila tinggal lagi dua atau tiga minggu, saya menerima satu berita mengejutkan dari Sa’adah. Dia beritahu saya yang travelmate dia tak dapat pergi. Terpaksa cancel kerana ada urusan kerja.

Oh my! Ini bukan trip biasa-biasa bagi Sa’adah. Dia juga bukan pergi berkumpulan, tapi cuma berdua. 2-1 = 1. Maknanya Sa’adah akan travel sorang. Kemudian cross border Vietnam – China overland sorang? Ok, baik, ini saya dapat rasakan, kalau saya pun tough sebab China kot.. Ada banyak isu bahasa dan apps mereka berbeza. Bukan boleh pakai Google Map pun.

Namun begitu, saya dan beberapa kawan dia yang lain cuba untuk yakinkan dia yang dia boleh harungi 18 hari ini dengan baik. Jangan cancelkan trip ni. Sayang tiket flight, sayang peluang yang ada. Terbukti, Sa’adah seorang yang bukan sahaja baik orangnya, tetapi juga tabah dan kuat. Pesanan kami kawan-kawan dia, kami ada di Malaysia menyokong dan mendoakan perjalanan dia.

Nak tau lebih detail dan apa Sa’adah alami semasa 18 hari kembara solo terpaksa ni? Saya jemput kawan-kawan tonton video perkongsian pengalaman dia ni di bawah ni.

Melihat kepada bagaimana dia lalui cabaran ini, saya rasa bangga dengan dia ni. Dia boleh just cancel dan rasa takut, tapi dia sahut cabaran ini.

Inilah kekentalan pengembara.

Norsa’adah Ahmad adalah penulis buku Melbourne dan Sydney dalam Sepuluh Hari, Campervan Trip dari Queenstown dan Christchurch serta Tokyo dan Osaka dalam Lapan Hari. Dia juga adalah co-founder Dua Penulis, sebuah rumah penerbitan buku. Buku-buku tulisan dia ada di Shopee dan Lazada Kasi Terbit dan juga di laman web Dua Penulis.