Sejak 2015, macam berjanji pula, Kasi Terbit dan Dua Penulis menerbitkan buku pertama kami. Dari self-publish buku tulisan sendiri, hinggalah kami kini menjadi penerbit buku kecil. Dah mula menerbitkan buku-buku tulisan penulis lain.

Saya sebagai founder Kasi Terbit, selama ini amat terharu dengan anda yang membeli, membaca dan menyokong buku-buku yang saya terbitkan. Ada pembaca buku hartanah, buku travelog, buku kesihatan, buku self development, buku larian dan buku memoir.

Jadi saya berpandangan, dah tiba masa untuk saya membuka komuniti pembaca buku-buku terbitan dan edaran kami. Senang saya dan penulis-penulis buku Kasi Terbit berkomunikasi dengan anda semua. Kita juga boleh beraktiviti bersama.

Itu sebabnya saya ajak Dua Penulis untuk buka komuniti pembaca dan penyokong ini. Kami namakan komuniti ini sebagai KUDOS. Kelab Untuk Dunia Ohsem berSama.

Ok, jadi hari ni kita jemput anda untuk mendaftar sebagai ahli KUDOS. Pendaftaran PERCUMA sahaja dan seumur hidup. Tiada syarat, kecuali sertai kami dengan senyuman dan hati gembira.

Untuk mendaftar isi borang di link ini ya.http://bit.ly/kudos2021

Sebagai ahli KUDOS, anda akan menerima voucher diskaun pembelian buku dan free shipping. Kemudian, kita akan plan aktiviti untuk ahli kelab. Aktiviti percuma dan ada berbayar. Yang berbayar tu, anda akan dapat diskaun khas juga la.

Untuk tahu lebih lagi tentang KUDOS, boleh tonton video yang saya sediakan ni. Satu hari tau buat skrip, shoot dan edit video ni. hehehe

Jom daftar ahli KUDOS di http://bit.ly/kudos2021