Tips Kembara Bajet Koh Lipe

Kalau orang bertanya di manakah pulau yang pantainya putih cantik, perahu nelayannya bersusun, lautnya biru jernih serta pemandangan sunset dan sunrise yang romantis tetapi lokasinya tak jauh dari Semenanjung Malaysia?

Jawapan saya Koh Lipe.

DSCF6004

Kalau kemudian pula ada penyelam yang mahu turun menyelam pada hujung tahun tetapi pulau-pulau di Pantai Timur ditutup pada waktu itu. Mahu mencari alternatif lokasi yang coralnya cantik dan harga penginapan juga berpatutan.

Jawapan saya Koh Lipe.

DSCF6066

Koh Lipe merupakan salah satu pulau yang terletak di Laut Andaman di Selatan Thailand. Kedudukannya sangat hampir dengan Malaysia. Disebabkan jaraknya yang dekat dengan negara kita, anda boleh sampai ke pulau comel ini melalui jalan darat ke Pakbara, seperti yang saya lakukan, dan juga melalui Pulau Langkawi mengikut musim-musim tertentu.

lokasi koh lipe

*****************************************************
EBOOK KOH LIPE: PERJALANAN, PENGINAPAN, AKTIVITI DAN BAJET
*****************************************************

Alhamdulillah, berdasarkan pengalaman saya mengembara dengan jalan darat ke Koh Lipe, terhasillah ebook ini.
Ia ditulis agar menjadi panduan kepada anda yang mahu mengembara atau melancong ke Koh Lipe sama ada secara backpacking atau beg tarik.

cover koh lipe R6

Antara kandungan ebook ini adalah:
– Pengenalan Koh Lipe
– Merancang Itinerary
– Itinerary Kami
– Pengangkutan ke Koh Lipe
– Pilihan penginapan di Koh Lipe
– Makanan Halal
– Bajet dan Kos
– BONUS: Panduan langkah demi langkah bagaimana membawa kenderaan sendiri ke Koh Lipe dengan selamat.

Bangunan Imiresen Thailand
Bangunan Imiresen Thailand

*****
BAGAIMANA MEMBELI
*****

Untuk memiliki ebook yang ohsem ini, pelaburan anda hanya RM10 sahaja.
Untuk membuat pembelian, ikuti 3 langkah ini.

1) mohon bank in ke akaun Maybank 162339012482 atas nama Normi binti Ahmad Shafie
masukkan email kasehakademi@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran

2) emailkan kepada kasehakademi@gmail.com dengan menyatakan nama, email, no tel, tarikh dan bukti pembayaran dibuat.

3) mohon beri saya masa 24 jam untuk emailkan ebook ini ya.

Jika mahu muat turun sampel ebook ini, Muat turun percuma DI SINI.

Terima kasih

2 thoughts on “Tips Kembara Bajet Koh Lipe

  1. Koh Lipe adalah salah satu pulau yang termahal di Thailand. Jadi kalau backpackers bajet ciput macam kami ni pergi, memang tak merasa la nak makan sedap sedap kat pulau tu. So, bagi yang bajet ciput bolehlah bawa biskut, meggi, air mineral, milo 3in1 siap siap dari Malaysia. Bayangkan hot water dkt 7e di sana pun dah 40 baht.

Leave a Reply