Penulis: Rohaniah Noor

Hari ni saya dan Dahlia mulakan hari pertama trip ke Kedah. Trip kami ni 6 hari semuanya termasuk hari ni.

Plan asal jam 7.30 pagi saya akan ambik Dahlia di Shah Alam. Tapi sebab saya dah Dahlia sibuk bekerja semalam sampai tak sempat packing, kami pun adjust sikit. Saya kata jam 9 pagi saya sampai Shah Alam.

Tapi, saya terlewat jugak. Jam 9.30 baru tiba di Shah Alam. Ambik Dahlia kat ofis dia. Dia pun ada beberapa urusan kerja kat ofis.

Kemudian kami bergerak ke Utara. Berhenti di rnr Rawang untuk sarapan. Kami sebemarnya belum ada campsite untuk malam ni. Jadi, saya cuba hubungi satu dua campsite yang ada di Sungai Sedim. Tapi ada yang tak ada nombor telefon di Google, afa pula yang dia kata salah nombor. Hampa.

Kemudian teruskan perjalanan. Nanti sambung cari campsite masa lunch pulak.

Tapi hari ni banyak betul kereta bergerak ke Utara. Beberapa tempat yang trafik perlahan dan asyik tekan brek. Ada yang jem, kenderaan berhenti terus. Aduhlaa..

Kami rehat tengahari di RnR Sungai Perak. Saya cari lagi no tel beberapa campsite. Ada yang tak angkat call. Tapi ada satu ni, Anjung Sireh, angkat call. Katanya untuk satu khemah macam boleh muat lagi. Dia suruh kami datang tengok tapak dulu. Saya setuju.

Kemudian teruskan perjalanan. Kami keluar exit Alor Pongsu / Selama di Lebuhraya Utara-Selatan, kemudian lalu jalan dalam menghala ke Sungai Sedim.

Sampai di Anjung Sireh Riverside Sedim, pemiliknya tunjukkan kami sebuah wakaf kecik yang tinggi. Saya percaya ia muat dengan khemah yang saya bawak. Jadi, saya terus setuju.

Harga untuk kami berdua berkhemah dan parking kereta di sini adalah RM60. Ok sangat la. Campsite pun ada kemudahan tandas dan power plug. Lokasi betul-betul depan sungai.

Sungainya pulak jernih betul airnya. Tak dalam tapi tak la tohor sangat. Sesuai la untuk kita mandi-mandi di situ.

Ada 4 khemah lain di situ. Mereka semua satu keluarga. Kami je la yang geng lain.

Lepas pasang khemah, kami dahaga. Keluar cari kedai makan dan order teh ais dan teh o ais. Lepas tu, ada kedai runcit. Boleh la beli roti dan extension elektrik.

Petang sebelum maghrib, pertama kali saya buat live di Tiktok Saya Backpacker. Sambutan dari kawan-kawan di sana memang bagus. Terima kasih menonton.

Jam 8.30 malam, saya dan Dahlia mandi sungai. Hahaha.. sejuk giler wehh..

Sekarang saya menulis dari dalam khemah. Bunyi sungai kuat kedengaran. Puas hati.

Plan asal sebenarnya hari ni nak ke Tree Top Walk Sungai Sedim. Tapi rupanya ia ditutup sekarang. Belum tau bila akan bukak.