Penulis: Rohaniah Noor

Hujung Oktober hingga awal November baru-baru ni, saya dan kawan saya Chan mengembara ke Kelantan dan Terengganu. Tema trip kami kali ini adalah bukit, gua dan air terjun. Saya tak mahu pergi ke tempat tipikal atau yang dah sangat terkenal. Tiada bandar Kota Bharu dan Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Tiada juga Pulau Perhentian atau Pulau Redang yang sangat ikonik di Terengganu. Kali ini lain.

Asalnya trip ini kami rancang selama 10 hari. Namun disebabkan tiba-tiba kerajaan umumkan PKPB di seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak, buat kami terpaksa potong satu hari, menjadi 9 hari sahaja. Ini trip jalan darat dengan kereta. Kami bergerak dari Melaka dan memang sengaja elak untuk masuk Selangor kerana Selangor tengah PKPB dan ada halangan keluar masuk Selangor pada masa tu. Jadi, laluan kami, Melaka – Negeri Sembilan – Pahang – Kelantan – Terengganu – Pahang – Negeri Sembilan dan masuk semula ke Melaka.

Jadi saya nak kongsikan itinerari perjalanan kami dan apa tempat menarik yang kami pergi. Mana tau kalau kawan-kawan nak rujuk dan ikut itinerari kami ni.

Hari pertama : Sabtu 31 Oktober 2020

Kuala Lipis

Kami gerak dah tengah hari. Dah jam 1 tengh hari. Sebab saya perlu siapkan urusan membungkus dan mengepos buku dulu yang pembaca beli di Shopee dan Lazada. Kena pula malam tu saya tidur jam 3 pagi, sebab semalam sibuk siapkan banyak urusan di Serdang Selangor sebelum boleh bercuti panjang.ami berhenti makan di Gemencheh. Makan nasi campur di sebuah kedai makan, tapi nasinya dah habis. Jadi Chan dapat makan sikit je. Tak kenyang, Chan beli pula cheesy wedges dan aiskerim di KFC Gemencheh. Kemudian kami teruskan perjalanan.

menikmati aiskerim KFC

Bila hari dah gelap, kami melalui jalan yang berbukit bukau dan banyak selekoh. Hujan lebat pula. Nasib baik ada Chan untuk gilir memandu sebab saya silau kalau memandu dalam keadaan jalan gelap begini, apatah lagi kalau hujan lebat.

Bilik penginapan di Hotel Bestari, Kuala Lipis

Jam 8.40 malam kami sampai di Kuala Lipis. Menginap satu malam dulu di Hotel Bestari. Dengan harga penginapan sebanyak RM81 satu malam, keadaan dalam bilik sangat bersih dan selesa. Recommended.

Hari kedua: Ahad 1 November 2020

Dabong dan Restoran Che Da Mee Udang Galah

Pagi jam 10, kami bergerak ke Kelantan dari Kuala Lipis. Pada jam 12.30 tengahari akhirnya kami tiba di Dabong, Kelantan. Perut dah lapar, jadi kami pergi cari mee udang dulu.

Restoran Che Da Mee Udang Galah betul-betul di depan Stesen Keretapi Dabong. Harga semangkuk mee udang galah di sini adalah RM15. Ada 6 ekor udang galah besar-besar. Dari segi rasa, ia amat berbeza dengan mee udang yang saya makan di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Mee Udang Galah

Ia agak manis. Sedap tapi bukan mee udang terbaik saya pernah rasa. Namun saya hormati cara masakan mee udang galah di sini. Kiranya ok la. Tapi yang paling puas hati adalah udang galahnya yang besar-besar. Haaa yang tu memang puas makan.

Rose House Dabong

Selepas makan, kami check in di Rose House Dabong. Ia diusahakan oleh sepasang suami isteri, orang tempatan. Abang Din seorang pesara kakitangan awam. Rose House Dabong ada banyak bilik dan dari luar senang dicari kerana berwarna pink gelap. Ia tak jauh dari Stesen Keretapi Dabong. Kalau nak jalan kaki pun boleh.

Bilik di Rose House Dabong

Untuk memudahkan pengembaraan, saya minta Abang Din jadi guider kami di sini. Dia cadang kami panjat Gua Keris dan 2 lagi gua berhampiran. Kemudian nanti dia bawak ke kaki Gunung Stong untuk melihat air terjun Gunung Stong atau air terjun Jelawat dari port yang cantik. Kami setuju.

Selepas berehat, Abang Din bawak kami melihat tempat di Kompleks Gua Ikan. Di sinilah trekking ke gua kami akan bermula esok.

ATV di Jelawang Pipe Resort

Selesai bersiar-siar dan minum air panas di gerai di sini, saya dan Chan pergi ke Jelawang Pipe Resort untuk mencuba main ATV. Caj untuk satu ATV adalah RM60, saya dan Chan naik berdua.

Mendebarkan bila turun bukit yang menegak dengan ATV yang besar gabak ni. Tangan kena kuat rupanya sebab handle ATV ni berat. Malam tu, kami tidur di Rose House Dabong.

Hari ketiga: Isnin 2 November 2020

Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Ikan

Jam 10 pagi, Kak Jah, isteri Abang Din buatkan roti bakar dan kopi segera. Kemudian kami mula bergerak ke Kompleks Gua Ikan. Di sana, ada sekumpulan kawan-kawan pun nak join kami panjat gua. Bila mereka dah sampai, kami mulakan pendakian.

Laluannya mencanak naik melalui batu-batu. Saya cadangkan kawan-kawan kena berlatih jogging dulu kalau nak ke sini. Bimbang kalau tak ada stamina langsung, nanti cepat semput dan sakit kaki. Kami tiba di Gua Pagar dulu. Dari situ kami menghala ke Gua Keris pula.

Gua Keris terkenal dengan satu batu besar berbentuk keris, siap dengan hulunya. Kedua-dua gua ini sangat besar dan mempunyai stalagmit dan stalagtit yang cantik.

Turun dari Gua Keris, kami turun ke bawah dan melintas jalan besar. Kami mahu masuk Gua Ikan dari laluan belakang. Kami perlu melintas sungai yang cetek. Besar juga Gua Ikan ni. Syok juga la explore.

Makan Mee Udang di Kedai Makan Kak Nah

Settle meneroka 3 gua, Abang Din bawak kami makan mee udang kat kedai makan lain pula. Gerai tepi jalan tak jauh dari Gunung Stong Resort. OK, mee udang di sini lain pula masakannya. Ia seperti sup, kurang berlada atau tidak bersos. Ada 6 ekor udang harimau. Tapi rasa udangnya lebih menonjol. Mungkin air udang elok turun ke dalam kuah.

Mandi Air Sungai Kenderung

Lepas makan, Abang Din tunjukkan port best untuk mandi sungai Kederung. Airnya sejuk dan sungainya cetek kat tempat yang kami pergi tu. Jadi memang best la main air. Tak lama tu, cuaca mendung nak hujan. Cepat kami naik.

Pasar Malam

Haaa ni tempat best. Dalam perjalanan ke Jelawang Pipe Resort, kami terjumpa pasar malam. Apa lagi, singgah la.. Ada buah-buahan, makanan, pakaian dan barangan keperluan diri dulu-dulu macam bedak sejuk yang klasik dan bedak nyonya.

Saya tertarik dengan keropok lekor yang dihilis nipis dan digoreng rangup. Kemudian disapu serbuk cheese di atasnya. Rasanya kat Kajang tak ada Nampak keropok nipis rangup dengan cheese begini.

Kemudian kami gerak ke Jelawang Pipe Resort dan berkhemah di sana. Malangnya hari dah hujan. Pasang khemah dalam hujan sangat mencabar. Sudahnya habis dalam khemah basah. Baju saya basah. Haihhh tak best betul.

Untuk camping di sini, sorang kena bayar RM6. Khemah boleh bawa sendiri. Kalau nak sewa khemah pun boleh. Kena bayar dalam RM20-30 gitu. Agak lupa harganya. Ada lampu sepanjang malam. Tandas bersih. Kalau nak caj handphone, ada power plug di café. Kalau tak nak camping dan nak tidur di bilik penginapan kolong pun boleh. 

Hari keempat: Selasa 3 November 2020

Kaki Air Terjun Gunung Stong

Lepas kemas khemah, kami gerak ke Stong Hill Resort. Park kereta di situ. Abang Din dah tunggu. Kami hike dalam 30 min, dah sampai kat kaki air terjun tu. Pergh.. memang cantik. Siap boleh mandi dan berposing lagi.

Makan  tengahari di Kedai Makan Kak Nah.

Keluar dari Stong Hill Resort, singgah lagi di Kedai Makan Kak Nah. Makan nasi campur pula kali ni.  Kemudian, gerak ke Rose House Dabong untuk menginap satu malam lagi di sini.

Terima Kasih

Hari kelima: Rabu 4 November 2020

Jambatan Gullemard, Tanah Merah

Siap minum kopi segera, kami chek out dari Rose House Dabong dan bergerak ke Tanah Merah. Tujuannya nak melihat Jambatan Guillemard. Ia sebuah jambatan keretapi yang dibina pada tahun 1920 – 1924.

Ia dirasmikan pada tahun 1925 oleh Sultan Muhammad IX. Dikatakan ia jambatan keretapi terpanjang di Kelantan. Jambatan berwarna hitam ini pernah dibom oleh kerajaan Inggeris di satu hujung untuk menghalang tentera Jepun melintasi Sungai Kelantan ini.

Makan nasi kerabu di Kedai Makan Khalid Belakang HTM

Nasi kerabu di sini sedap dan harganya sangat berpatutan. Saya makan nasi kerabu dengan ikan keli dan teh o kurang manis, harganya cuma RM5.50 sahaja. Puas hati. Landmarknya, belakang Hospital Tanah Merah.

Kok Lanas

Kami ke Kok Lanas. Plan asal nak lawat mak member di sana, tapi maknya taka da di rumah pulak. Jadi kami terus check in di Hotel Oyo Dane & Shue. Murah je penginapan di sini. Dalam RM41 untuk satu malam. Katil, bilik air dan kebersihan bagus. Tapi yang tak best, TV tak ada chanel. Jadi kalau memang ada plan nak rehat rehat tengok TV, elok elakkan menginap di sini. Tapi kalau nak jimat dan tak kisah TV sangat, ok la.

Petang tu, saya dan Chan jalan-jalan sekitar pekan Kok Lanas. Dah maju sekarang berbanding kali terakhir saya datang sini. Yela.. dah lama dah tu. Mungkin hampir 20 tahun lepas agaknya last saya ke sini.

Wakaf Che Yeh

Haaa… bukan nak shopping sangat pun. Tapi sebab Chan belum pernah sampai ke Wakaf Che Yeh, jadi saya bawak dia ke sini. Mula-mula Chan nak makan malam dulu. Ada beberapa gerai makanan, tapi tak la banyak pilihan sangat sebenarnya.

Kemudian kami ronda la gerai-gerai pakaian di Wakaf Che Yeh ni. Saya beli satu tudung dan seluar 3 suku untuk pakai dalam rumah. Chan pula beli seluar jeans. Cukup lah sebagai souvenir. Tapi saya lihat, tak ramai la orang di Wakaf Che Yeh ni. Kata sorang peniaga, sejak ada satu kes covid 19 di Kelantan dua tiga hari lepas, jumlah pengunjung jatuh teruk.

Hari keenam: Khamis 5 November 2020

Pasar Kok Lanas

Awal pagi lagi saya ke pasar di pekan Kok Lanas. Sebenarnya ia di depan hotel saya menginap sahaja. Ada barang yang kawan saya Saadah pesan. Jadi saya ada barang la untuk dicari di pasar ni. Tak besar pun pasarnya. Tapi bersih.

Bukit Gua Kambing, Kok Lanas

Tujuan saya menginap di Kok Lanas ni sebenarnya sebab saya nak hiking di Bukit Gua Kambing. Chan sakit perut cirit-birit sejak semalam. Jadi, saya terpaksa pergi hiking seorang.

Saya tak pasti lokasi tempat bermula pendakian Gunung Kambing ni. Saya cari di Google Map. Ada Google Map tunjuk satu lokasi. Tapi rupanya lokasi tu tak tepat. Sudahnya saya terpusing-pusing mencari. Bila akhirnya saya jumpa tempat tu, saya berjumpa dengan tiga orang pendaki yang baru sampai ke tempat parking kereta. Dia kata, kalau saya seorang je perempuan, sangat tak direkemen untuk panjat. Sebabnya, trek tak berapa jelas. Tiada papan tanda yang lengkap. Jadi ia boleh mengelirukan. Kemudian nak jadi cerita, salah seorang dari mereka pula macam dah kena gangguan halus. Terus saya setuju, saya tak sepatutnya hike seorang di sini. Jadi saya pun tukar plan.

Bukit Bakar, Machang.

Disebabkan dah tak dapat panjat Bukit Gua Kambing, saya pergi ke Machang pula. Panjat Bukit Bakar. Sebenarnya bukit ni sangat tough sebab ia laluan jalan tar sepenuhnya. Jadi, agak mencabar juga sebab atas jalan tar yang berlekok dan naik turun bukit.

Kemudian, untuk naik sahaja, laluannya hamper 4 km. Jadi, naik dan turun 8km. wahh…Di atas tu ada satu pejabat TM dan ada view point. Boleh Nampak pemandangan bandar Machang.

Habib Elbie Restoran 

Sampai hotel, dah jam 3 petang. Jadi, lepas mandi dan rehat kejap barulah saya dan Chan pergi makan tengahari. Saya order nasi briyani chicken chop dan Chan order nasi goreng Habib Elbie. Makanannya sedap. Memang boleh makan la kat sini.

Hari ketujuh: : Jumaat 6 November 2020

Bukit Keluang, Besut.

Jam 5 pagi saya dan Chan check out dan bergerak ke Bukit Keluang, Besut. Selamat Tinggal Kelantan dan Selamat Pagi, Terengganu. Bukit Keluang ni berada di tepi laut. Ada dua laluan naik. Satu, naik ikut kawasan berbukit di tengah sikit, melepasi surau. Satu lagi laluan di sebelah tepi kiri, betul-betul turun di pantai.

Kami naik ikut laluan tengah. Ia mencanak naik tapi lebih pendek. Sangat sesuai dalam kes kami sebab kami nak kejar matahari naik. Kami mula mendaki dah jam 6.30  jadi sampai atas puncak bukit jam 7. Tu pun matahari dah naik sikit dah.

Pemandangan dari atas bukit sangat ohsem. Nampak Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang. Fuhhh… tengok gambar la baru boleh bayangkan.

Bila nak turun bukit, kami pilih laluan tepi pantai. Ia lebih Panjang dan ada banyak laluan agak landau. Untuk turun, kami ambil masa 45 minit. Agaknya kalau naik, lagi lama la masa yang diperlukan.

Pantai Bukit Keluang

Bila dah sampai bawah, memang terus kat Pantai Bukit Keluang. Ada banyak gerai menjual rojak buah, air dan beberapa jenis makanan seperti goreng pisang dan keropok lekor. Beli sikit dan bawak pergi makan di pantai.  Ohsem. Pantainya cantik dan putih. Bersih pula.

Pasar Tani Kuala Besut

Dari Pantai Bukit Keluang, tak jauh pun kalau nak ke Pasar Tani Kuala Besut ni. Ada makanan, minuman, pakaian, buah-buahan, ikan bilis dan ikan masin, anak pokok dan gerai menjual barangan besi seperti cangkul dan parang pun ada. Chan beli mangga , saya pula beli cangkul untuk diri sendiri. Saya juga beli ikan bilis untuk dibawa pulang sebab ikan bilisnya nampak lawa.

Iz Budget 2, Kuala Besut

Dah tengah hari, saya cuba hubungi owner Iz Budget 2, sebuah penginapan di Kuala Besut. Saya minta early check-in kalau boleh. Dia benarkan. Iz Budget 2 ni ada 3 bilik penginapan. Ia seperti dibina atas tanah sendiri di satu kawasan kampung, tak jauh dari jalan utama. Harga penginapan cum RM75 satu malam. Namun ia selesa, siap dengan aircond, TV dan bilik air sendiri. Cuma taka da water heater je la.. hahaha.. terpaksa mandi air sejuk.

Kota Putera Besut Paragliding Park

Kota Putera Besut Paragliding Park

Petang ini bermula Festival Paragliding di sini. Memang ada tempat paragliding, Namanya Kota Putera Paragliding Park. Tempat orang bermain paragliding di sini. Paragliding ni, ia tak ada enjin. Jadi dia memang bergantung pada kelajuan angin dan cara orang tu mengendalikan paragliding tu,

Dalam pertandingan ni, mereka bermula di sebuah bukit di sebelah dan turun di atas kawasan lapang di taman paragliding ni. Siapa yang dapat landing betul-betul dalam kawasan bulatan merah yang telah disediakan.

Hari kelapan: : Sabtu 7 November 2020

Pantai Penarik, Setiu

Hari ni hujan dari awal pagi sampai jam 10 pagi. Jadi kami memang berehat sahaja lah di bilik penginapan. Saya menyambung penulisan buku Taiwan yang masih belum siap. Chan bermalas-malasan sahaja atas katil. Bila hujan dah lega, kami pun bersiap dan check out.

Destinasi kami, Pantai Penarik di Setiu. Kami pilih pantai ni sebab ia cantik dan berada di dalam perjalanan dari Besut ke Kuala Terengganu. Pantai Penarik ni sangat cantik. Pantainya sangat putih dan bersih. Ia juga terkenal dengan makanan laut goreng celup tepung.

NL Celup Tepung Bira Pata

Kami singgah kedai ni sebab dia la kedai pertama yang korang akan jumpa bila sampai di Pantai Penarik. Saya order sotong goreng celup tepung dan Chan order ikan goreng celup tepung. Kemudian saya takut tak kenyang, saya order pula nasi ayam untuk kami berdua dan chan tambah lagi dengan keropok lekor. Ahaha lepas tu kekenyangan dan keboncitan.

Kuala Terengganu, Hotel Permai

Hari ni kami stay hotel sedap dan lawa. Sebabnya kawan saya Suridah Supian belanja. Sampai je kat hotel, Surisah Supian dah tunggu.

Wahhh rindunya dah lama tak jumpa dia. Last jumpa bulan 1 kot eh… sebelum PKP. Dia baru balik dari London atas hal kerja. Jadi kami check in dan letak beg dulu.

Minum petang di Uncle Chua

Suridah Supian bawak kami lepak minum petang dan makan desert kat Uncle Chua. Ia seperti café tapia da banyak pilihan makanan.

Tengah syok menyembang, baru tau kerajaan buat pengumuman PKPB di seluruh Malaysia, kecuali 4 negeri yang bersempadan dengan negeri yang kena PKPB. Hehehe.. maknanya macam semua la kan sebab negeri yang tak kena PKPB pun bukan boleh keluar dari negeri mereka. Perancangan asal, esok gerak dari Kuala Terengganu akan tidur satu malam di rumah mak di Jengka. Tapi bila dengar berita PKPB ni, nampaknya terpaksa la ubah perancangan.

Hari kesembilam: : Ahad 8 November 2020

Nasi Dagang Kak Pah

Ini tempat wajib saya. Makan nasi dagang Kak Pah di food court berhampiran Pantai Batu Buruk. Nasi dagangnya memang sedap. Harga pun berpatutan. Tapi portion tak banyak. Jadi untuk saya yang kebulur nasi dagang, saya makan dua pinggan. Hahahaha

Nasi dagang Kak Pah

Satu lagi kenapa saya suka makan nasi dagang kat sini sebab tak payah beratur panjang. Memang ia sistem self-service. Order dan ambil sendiri makanan di kaunter. Tapi ia sangat pantas.  Jadi, saya boleh luangkan banyak masa makan dan menyembang, dari beratur. Sepatutnya Suridah Supian join kami sarapan. Tapi dia rupanya ada meeting, jadi saya dan Chan bersarapan berdua je la. Dari Hotel Permai, saya jalan kaki sahaja.

Nasi dagang ..yum yum

Keropok Lekor BTB2209

Dah kat Kuala Terengganu, macam tak lengkap kalau tak bawak balik keropok lekor. Saya suka beli keropok di sini. Dah dibungkus vakum untuk tahan lama.

Pantai Teluk Ketapang

Suridah Supian ajak lunch sama sebelun saya gerak balik. Jadi sementara menunggu waktu rehat tengah hari, saya dan Chan nak gi jenguk Pantai Teluk Ketapang dulu. Malangnya sampai di sana, hari hujan lebat. Alaaaa… tak dapat keluar dari kereta. Tengok dari dalam kereta je la… Nampak pantainya putih, luas dan bersih.

Taman Awam Lagun Kuala Ibai  & Masjid Terapung Kuala Ibai

Suridah Supian kata, kita jumpa di sebuah kedai makan di Kuala Ibai. Tapi dia tak ingat nama kedai, jadi tak boleh beri lokasi lagi. Dia cuma kata, gerak ke Kuala Ibai dulu lah ya. Jadi kami akur dan menuju ke Kuala Ibai. Dah alang-alang, kami singgah di Taman Awam Lagun Kuala Ibai. Di dalamnya, ada Masjid Terapung Kuala Ibai. Masjid berwarna putih yang dibina atas tasik ni memang sentiasa mengkagumkan saya. Saya mungkin silap, tapi seingat saya inilah masjid terapung pertama yang dibina di Malaysia. Masa tu satu Malaysia kecoh dengan masjid ini.

Selera Ayam Kampung

Akhirnya saya terima mesej dari Suridah Supian. Dia hantar lokasi ke Selera Ayam Kampung. Jadi, kami ke sana. Bila tiba di sana, Suridah Supian dah tengah makan. Dia dah kelaparan, katanya. Tak ada hal..

Ada pelbagai lauk-pauk di sini. Tapi yang istimewanya adalah lauk ayam kampung goreng kunyit. Saya dah kekenyangan, jadi saya hanya makan ayam goreng sahaja. Chan makan nasi juga. Tak lama tu, kawan Suridah datang, menghantar pudding raja yang dipesan. Kami makan satu bungkus. Sedap betul dan kurang manis. Kemudian Suridah Supian suruh kami bawa balik lagi sebungkus. Baik.

pudding raja

Selesai makan, kami bergerak pulang. Masuk Lebuhraya Pantai Timur, jadi kami keluar di Exit Jengka. Singgah rumah mak saya dulu. Sepatutnya malam ni tidur Jengka dan esok baru gerak balik ke Melaka. Tapi sebab esok PKPB dah bermula, malam lepas Isyak kami teruskan perjalanan ke Melaka.

Jam 12.15 tengah malam, akhirnya kami tiba di rumah Chan di Bukit Katil. Tamatlah trip 9 hari Kelantan-Terengganu kami kali ni. Kesimpulannya, ia memang trip yang ohsem dan membakar lemak. Saya hike hampir setiap hari. Bakar banyak kalori. Chan pun sama kecuali kat MAchang masa Chan sakit perut tu je yang dia tak hike. Kemudian kami makan berat sehari sekali. Jadi, memang sesuai sangat trip ni untuk kami turunkan berat badan. Yeahh…