Sambung dari posting sebelum ini, mengenai kami tiba di Padang dan bergerak ke Painan. Boleh baca di SINI.

Puas google map dan van Isuzu besar gabak kami mencari jalan yang lebih luas untuk ke homestay, kami hanya jumpa satu lagi jalan yang kecik juga. Tak lepas van Isuzu ni masuk dalam kawasan ni.

Saya buat keputusan, saya turun dulu. Nak cari homestay tu betul-betul dan nak tanya dulu betul ke tak. Dalam 5 minit juga saya berjalan kaki ke arah homestay tu. Kemudian saya tiba di sebuah rumah besar, sebijik macam dalam gambar di Booking.com.

Homestay Bu Mimi

Saya memberi salam.
Senyap.
Saya pandang keliling rumah. Ada banyak rumah kayu campur batu di sebelah dan didepannya. Jarak antara rumah agak rapat tapi masih muat untuk kereta lalu.
Saya beri salam lagi.
Dan lagi.
Kemudian barulah ada seorng lelaki keluar dari pintu. Saya tanya, betul ke ini Bu Mimi Homestay.
Katanya betul.
Lega..

Saya memberitahu dia yang keluarga saya dan barang-barang ada dalam van yang besar. Ada di simpang. Tak muat untuk masuk ke dalam kawasan ini.

Dari jauh saya nampak beberapa anak sedara saya berjalan kaki membawa sedikit beg.

Lelaki tadi menawarkan untuk mengambil beg dan keluarga saya dengan kereta. Saya berbesar hati. Sementara itu dia menunjukkan bilik-bilik di tingkat atas yang kami akan menginap malam ini.

Antara bilik di tingkat atas

Oh, rupanya Bu Mimi Homestay ni betul-betul homestay. Pemiliknya tinggal di sini tetapi tingkat atas disewakan unutk tetamu. Ada satu bilik di bawah juga disewakan.

Kemudian lelaki itu berlalu dan pergi menjemput keluarga saya di simpang. Adiknya dan ibunya pula muncul. Menyantuni saya dan keluarga. Saya minta kipas angin di ruang tamu hadapan. Si Ibu mengangguk dan sebentar kemudian membawa kipas angin tersebut.

Di tingkat atas ada 3 bilik dan ruang tamu. Ada 1 bilik air. Cukup untuk kakak saya sekeluarga yang 8 orang tu. Saya dan mak pula tidur di satu bilik di tingkat bawah. Pun ada bilik air sendiri juga. Ada 2 lagi bilik di rumah ini, didiami owner homestay ni. Ruang makan di bawah luas. Ruang tamu juga. Rumah ini memang bersih.

Ruang makan di tingkat bawah
Bilik saya dan mak

Tuan rumah homestay ini sangat peramah dan baik. Untuk makan malam, kami order sahaja makanan dari dia dan adik si ibu masakan. Ada 2 menu yang kami boleh pilih. Pecel, pecel nasi atau murtabak. Untuk 10 orang makan, kosnya 230,000 rupiah.

Pecel

Selepas setengah jam, anak sulung Ibu datang membawa makanan. Kami makan, mandi dan tidur kepenatan.

5 Disember 2019

Hari dah pagi, kami bersiap. Yeayy… Kami nak ke pulau.
Ibu Mimi menawarkan menu makanan untuk sarapan. Mee goreng atau pecel.
Haa.. Jangan salah sangka. Kat sini kalau kata mee goreng tu maknanya maggie indomie goreng.
Jumlah harga sarapan untuk kami 10 orang cuma 130K rupiah sahaja.

Elok nak sarapan, Pak Feri sampai. Alamak.. Lupa nak order sarapan untuk Pak Feri. Nasib baik saya tak berapa nak sarapan. Jadi makanan saya, saya bagi kat Pak Feri. Cukup saya minum sahaja dulu. Rupanya Pak Feri tidur dalam van sahaja.Sebenarnya owner homestay tawarkan dia tido dalam rumah ni. Percuma sahaja. Tapi Pak Feri tak berani nak tinggalkan van tu kosong di simpang. Tempat tak biasa. Takut apa-apa berlaku. Betul juga kan.

Siap makan, kami angkat beg dan checkout. Sekali lagi anak lelaki Ibu Mimi tolong angkat beg dan keluarga saya ke simpang dengan keretanya. Saya jalan kaki sahaja.

Sebelum keluar, saya sempat bergambar dengan Ibu Mimi. Rupanya dia seorang guru dan penulis buku juga. Patutlah ada banyak buku di rumahnya. Kami sempat berbual mengenai industri buku di negeri masing-masing.

Pagi ini, sasaran kami adalah pergi ke Pulau. Namun kami singgah sebentar di Pantai Cerocok. Kiranya kalau datang Painan, mesti kena singgah Pantai Cerocok ni. Ada banyak bot berlabuh di sini dan katanya, selalu diadakan festival dan keramaian di sini. Suasana malam lebih happening berbanding awal pagi begini. Ada beberapa penginapan bajet di sini, kalau nak menginap di Painan tapi nak berhampiran pantai.

Pintu masuk Pantai Cerocok
Pantai Cerocok
Pemandangan dari Pantai Cerocok

Kami tak lama di Pantai Cerocok. Kemudian kami bergerak ke jeti di Tarusan, tak jauh dari Puncak Mandeh.

Sebenarnya jeti ni berada di tengah-tengah Pucak Mandeh dan Painan. Kiranya kami patah balik sedikit ke arah Padang. Di tepi jeti, ada sebuah rumah makan atau kedai makan. Ada jual nasi dan lauk di sana. Tandas juga disediakan tapi kena bayar.

Ada beberapa pakej bot ke pulau-pulau berhampiran Mandeh ni. Kami pilih route 2 yang berharga RM1juta rupiah satu bot. Route 2 ni meliputi

  • Berehat di Pulau Kapo-Kapo
  • Lalu di Sungai Nyalo
  • singgah di Pulau Setan
  • spot snorkeling
  • sironjong ketek
  • melewati hutan paya bakau
  • mandi di sungai gemuruh

Route 1 paling murah. Hanya 800k rupiah untuk satu bot.
Ia hanya meliputi

  • singgah di Pulau Setan
  • melewati pulau cubadak
  • spot snorkeling
  • sironjong ketek
  • melewati hutan paya bakau
  • mandi di sungai gemuruh

Jika ada bajet lebih dan mahu naik bot lebih jauh, boleh pertimbangkan route 3 dan ruote 4

Route 3

  • Pulau Pamutusan
  • Pulau Pagang
  • Pulau Suwarnadwipa
  • hutan paya bakau
  • sungai gemuruh

Route 4

  • Pulau Sirandah
  • Pulau Pasumpahan
  • Pulau Pamutusan
  • Pulau Pagang
  • Pulau Suwarnadwipa
  • hutan paya bakau
  • sungai gemuruh

Bot tu besar. Setakat 10 ke 12 orang boleh muat.
Jadi rugi kalau sewa bot untuk dua tiga orang. Kalau lebih ramai, lebih jimat.

Bila dah sewa tu, kita seharian la akan dibawa ikut route tu. Bergantung berapa lama masa kita ambik di satu-satu tempat.

Macam kami, kami sebenarnya tak singgah di sironjong ketek sebab tempat tu ada tangga naik ke atas dan kemudian kita melompat terjun ke laut. Saya kira orang yang mahir berenang terutama mat salleh memang suka aktiviti terjun tinggi ke dalam laut ni. Tapi kalau kami orang Malaysia yang kurang mahir atau memang tak reti berenang, tak perlu pergi pun tak apa kot.

Pemandangan hutan kaya bakau tu memang cantik. Bot menelusuri hutan paya bakau, memang memberi pengalaman bermakna. Nak lagi best, hari ni sebenarnya hari lahir kakak saya. Pergh.. hebat sambutan birthday di

Pulau Setan pun sangat cantik. Ada beberapa rumah penduduk di situ. Ada gerai juga kalau nak minum-minum. Kucing di sana pun manja sangat.

Pulau Setan
Pulau Setan
Terdampar di Pulau Setan

Kami luangkan lebih banyak masa di pulau kapo-kapo, belah utara Pulau Cubadak. Makan tengahari, mandi laut, solat dan tidur tepi pantai. Pergh.. Seronok. Tadi kami ada tapau nasi dan lauk dari kedai makan tepi jeti. So makan tapau yang tu la. Ada surau dan tandas di Pulau Kapo-Kapo. Memang sesuai untuk piknik dan mandi-manda.

Santai di Pulau Kapo Kapo
Pantai di Pulau Kapo Kapo. Sesuai untuk mandi

Selepas Kapo-Kapo barulah kami pergi snorkeling. Lawak juga tengok kakak saya dan anak-anak sedara yang belum pernah snorkeling selama ni. Ini pengalaman kali pertama. Ada banyak ikan dan terumbu karang. Kalau nak compare dengan diving, memang la jauh beza tapi nak nanding dengan saya snorkel tepi pantai di Pulau Manukan, snorkeling berhampiran pulau Cubadak atau Kapo-Kapo ni lagi best.

Afifah snorkeling
Abang Am pun snorkeling juga

Last sekali kami mandi di Sungai Gemuruh. Ia air terjun yang ada banyak batu-batu besar. Mandi kat Sungai Gemuruh memang best. Kiranya cuci badan lepas kena air masin dengan mandi di sungai. Seronok, lagipun terus boleh tukar baju.

Oh ya, kemudahan tandas yang ada di sini semuanya berbayar. Tandas di jeti, tandas di Pulau Setan dan tandas di Sungai Gemuruh. Cuma di Pantai Kapo-Kapo sahaja ada surau yang ada tandas percuma.

Petang dalam jam 5.30 baru kami sampai semula di jeti. Semua rasa gembira.

Baca juga: Episod 1 – Padang ke Painan

Episod 3 : Puncak Mandeh ke Bandar Padang