Ketika trip mengembara ke Medan-Sumatra Utara dengan menaiki motorsikal selama 4 hari daripada 4 Jun-7 Jun 2015 tempoh hari, saya tidak melepaskan peluang merasa makanan di sana namun masih menjaga bajet dengan ketat. Alhamdulillah trip ke sana tidak melebihi RM600 insya-Allah. Jika terlebih pun, itu adalah kerana pemberian dan belanja makan untuk warga tempatan Medan yang membantu dan menjaga saya sepanjang perjalanan.
Oleh itu, jom saya kongsikan menu halal yang saya cuba.

1. Lemang Kaya
4 Jun 2015, 10.30 pagi, Tebing Tinggi, Medan
Lokasi: Tepi jalan
Harga: Rp 30,000 @ RM 8.70 /sebatang lemang dengan kuah kaya buatan sendiri

2. Air Kelapa Perah Limau
4 Jun 2015, 11.11 pagi, sempadan antara Tebing Tinggi dan Siantar, Medan
Harga: Rp 15,000 @ Rp 4.35 / sebuah kelapa

3. Mi Sup Segera + Air Teh O
4 Jun 2015, 2.00 petang, Parapat
Harga: Rp 14,000 @ Rp 4.00

4. Nasi Padang
4 Jun 2015, 7.20 malam, Tomok, Pulau Samosir, Danautoba
Harga: Rp 35,000 @ Rp 10.15 untuk 2 orang makan (Nasi kosong 2 set, ikan mujair masak lemak sepotong, ikan tongkol masak tumis cili api sepotong, sayur 2 jenis, teh O panas 2 gelas)

5. Lontong Medan + Air Teh O
5 Jun 2015, 7.30 pagi, Tomok, Pulau Samosir, Danautoba
Harga: Rp 10,000 @ Rp 2.90

6. Bakso + Air Kopi Sidikalang
5 Jun 2015, 3.15 petang, Kedai Muslim Mandailing, Sipiso-piso
Harga: Rp 18,000 @ Rp 5.20


7. Nasi Ayam & Ikan Bakar + Teh O Panas
5 Jun 2015, 9 malam, Berastagi, Sumatra Utara
Harga: Rp 122,000 @ Rp 35.40 (6 nasi putih, 3 ketul besar ayam bakar, 1 ikan bakar dan 6 gelas teh o panas)

8. Pisang Cheese
6 Jun 2015, 8.25 malam, Cafe Residence Hotel (Backpacker’s Hostel), Medan
Harga: Rp 10,000 @ Rp 2.90

9. Pecal Lele+ Teh O Panas
7 Jun 2015, 10.30 pagi, Cafe Residence Hotel (Backpacker’s Hostel), Medan
Harga: Rp 18,000 @ Rp 5.20

10. Hidangan di Restoran Tiptop Medan – restoran tertua di Medan
7 Jun 2015, kota Medan
Harga: Rp 47,200 @ Rp 13.70
Sambil2 blogwalking… Mintak izin tuan tanah promote kat sini.. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. Pergi ramai boleh dapat RM290 je.
Hubungi:
Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
Instagram: herry_tour_medan
Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
Call/WhatsApp:
ID:+62 813 9788 0156 (Herry)
MY:+6013 4618637 (Ina)