Artikel ini pernah ditulis dan dikongsikan dalam Facebook Page kami, Saya Backpacker. Tapi saya copy paste di sini supaya ia lebih kekal dan boleh dibaca lebih ramai lagi.

image

Pemilihan travel buddy.

1) pilih travel buddy yang sama tujuan  pengembaraan. Sama objektif, sama aktiviti yang mahu dilakukan. Jangan seorang nak dive, seorang nak tidur rehat sahaja, seorang lagi nak shopping. Kaki shopping sesuai dengan kaki shopping. Kaki hiking travel dengan kaki hiking. Jadi, tak ada la yang masam muka tak dapat buat apa yang dia mahu atau lemau sebab terpaksa tunggu orang lain shopping berjam-jam lamanya.

2) pilih travel buddy yang sama citarasa. Kalau kaki backpack yang nak jimat dan jenis asal dapat tidur, tak sesuai travel dengan kawan yang mahu resort selesa dan biar bayar lebih. Nanti ada yang tak selesa dan muncung mulutnya.

3) Ada orang yang makan sekadar boleh hidup. Tak kisah makan maggie atau beli roti makan dalam kenderaan. Yang penting cukup masa ke tempat pelancongan lain. Ada orang yang makan adalah salah satu itinerary percutian. Pergi berjalan untuk mencuba restoran dan makanan tertentu. Dua orang jenis ini elakkan mengembara bersama.

4) Kawan baik tak semestinya boleh travel bersama. Kena pula kalau masing-masing jenis tak mahu kalah. Tapi kalau seorang asyik mengalah je, ralat juga rasa dalam jiwa.

5) carilah travel buddy yang saling faham kelemahan diri dan cover satu sama lain. Seorang yang agak cuai elok travel dengan kawan yang boleh bantu tengok-tengokkan barang.  Seorang yang agak takut-takut atau pemalu boleh travel dengan kawan yang berani. Cover kelemahan kawan
Yang penting selamat pergi selamat kembali.

#redangisland #redangislandresort #redang #sunset #terengganu