By Norsa’adah Ahmad

Buku terbaru Rohaniah Noor & Normi NAS. Ia buku berkembar tentang perjalanan mereka ke India tahun 2017. Anie (Rohaniah Noor) berada di sana selama sebulan. Normi pula selama 10 hari. Anie sampai dulu ke India bersama 2 orang rakan. Jadi saya baca buku 4 Idiots dahulu. Ini travelog pertama Anie. Sebulan tempoh yang agak lama untuk mengembara. Saya belum pernah lakukannya.

Ini satu cabaran buat Anie apabila tiba sahaja sudah dilanda masalah. Satu lagi cabaran ialah perbelanjaan yang terhad dan harus berhati-hati mengurus wang selama sebulan. Selain wang, bekalan makanan juga terhad. Namun, Normi yang sampai ke India 20 hari selepas itu bawa bekalan tambahan. Jadi mereka tak kelaparan.

Banyak tempat yang mereka lawati di India. Kebanyakan dijejaki dengan kenderaan awam. Tidur di hotel bajet. Jangan salah sangka, hotel bajet itu tak seperti yang biasa kita lihat di Malaysia. Nak tahu keadaannya kenalah baca buku ini.

Secara keseluruhan, penulis memperkenalkan tempat yang menarik namun agak sukar untuk ke sana. Tempat yang indah namun harus menempuh perjalananan ke altitud tinggi. Anie juga pergi ke lokasi penggambaran filem 3 Idiots yang diidamkan sejak menonton filem terkenal itu. Bahagian kedua apabila Normi tiba pada sepuluh hari terakhir mereka di India. Rupanya wajah India (orang, budaya, kepercayaan) sememangnya berwarna warni. Seperti travelog sebelum ini, Normi menulis dengan bersahaja.

Tahniah sekali lagi. Kehadiran Normi ke India memang dinantikan dua sahabatnya. Senang hati sebab dapat menjamah makanan dari Malaysia setelah berhari-hari makan makanan vegetarian. Buku ini menceritakan secara terperinci orang yang mereka temui serta kerenah masyarakat India. Normi berada di Srinagar dan Kashmir.

Apa yang saya boleh simpulkan daripada pembacaan ini, masyarakat di dua tempat ini mempunyai budaya yang berbeza. Buku ini masih ada di pasaran lagi. Jadi, jika anda mahu dapatkan boleh dapatkan di Shopee Kasi Terbit melalui link ini.

Backpack India 4 Idiots: KLIK DI SINI

Backpack India Punjab ke Kashmir: KLIK DI SINI