Minggu lepas saya mendapat panggilan dari sepupu di Pulau Pinang, Makndak saya meninggal dunia. Sedih sangat.

Pada mulanya buntu juga. Kalau naik kereta, mesti penat dan lambat. Saya survey tiket ada pukul 10 pagi. Tengok jam dah 7.30 pagi.

Saya nak beli online tak boleh kerana tiket hanya available di online empat jam sebelum jadual penerbangan.

Saya perlu ke kaunter dan membeli di sana. Rumah saya pula di Kajang, saya mesti kena sampai di klia2 jam 9.00 pagi.

Saya tak ada pilihan, saya pandu Kelisa ke Putrajaya Sentral, parkir habis jadi saya parkir di rumah flat mana entah setengah kilometer dari Putrajaya Sentral.

Jam 8.50 pagi saya naik ERL ke klia2. Sampai klia2 jam 9.05 pagi. Saya tanya kaunter mana nak beli tiket Airasia, mereka suruh pergi ke tingkat 3.

Saya pergi ke Kaunter Jualan di tingkat 3 yang terletak paling kiri di kawasan Perlepasan. Masa nak beli, orang kaunter Airasia kata pukul 10 punya flight dah ditutup untuk pembelian.

Saya katakan pada mereka saya emergency ada kematian. Mereka suruh saya ke Kaunter Perkhidmatan Airasia di T16 atau U16. Kedudukan kaunter tersebut berdekatan dengan pintu masuk Perlepasan Dalam Negeri.

Saya berlari ke kaunter tersebut. Jam 9.15 pagi saya dah ada di kaunter dan mohon beli tiket last minute. Pegawai itu menghubungi ibu pejabat Airasia dan syukur mereka izinkan dengan syarat saya hanya ada hand luggage.

Saya dapat membeli tiket ke Pulau Pinang dengan harga RM130.20. Oh, saya ingat mahal sangat tapi ok juga harganya.

Alhamdulillah ada tempat kosong lagi.

Oleh itu, jika ada sesiapa yang ada masalah kecemasan seperti saya, bolehlah buat seperti ini jika pilih Airasia. Untuk penerbangan lain saya kurang pasti.

Semoga info biasa-biasa ni beri manfaat pada semua.

tiketemergency