Kuching diibaratkan jantung hati buat negeri Sarawak. Sekiranya di Sabah, Kota Kinabalu dan Semporna kaya dengan pemandangan semula jadi yang indah. Tapi di Kuching pula, ia kaya dengan kepelbagaian budaya etniknya. Mereka masih mengekal adat budaya sehingga kini.

Kuching merupakan ibu kota Sarawak. Ia mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai. Tak dinafikan, Kuching merupakan tarikan utama pengunjung di negeri Sarawak.

Apa yang menarik sangat di Kuching ni? Mari saya kongsikan 10 tempat wajib singgah di Kuching.

1.Kampung Budaya Sarawak

Kredit foto: http://www.malaysia.
travel/ms-my/my/experiences/top-25-experiences/20

Dikenali sebagai muzium kehidupan, Kampung Budaya Sarawak adalah tempat yang paling sesuai jika anda nak kenal budaya dan kepelbagaian etnik di Sarawak. Terdapat beberapa bangunan dan replika rumah etnik-etnik Sarawak seperti rumah panjang orang ulu, penan dan pagoda. Ada juga petugas yang memakai pakaian tradisional masyarakat Sarawak. Jika anda sampai kena pada masanya, anda dapat lihat pertunjukkan tarian tradisional di ruangan khas Kampung Budaya Sarawak. Anda juga boleh menjamu selera di beberapa restoran dan membeli cenderahati di kedai kraf tangan yang tersedia disana.

2.Taman Negara Bako

Jika anda berminat untuk mengenali kehidupan liar dengan lebih dekat, disinilah tempat wajib anda singgah. Taman Negara ini mempunyai keluasan lebih 27 km dan memulihara lebih 200 spesies haiwan seperti burung-burung unik, orang utan, dan monyet belanda. Bila tengok monyet belanda mesti teringat kartun Squidward Tentacles dalam cerita Spongebob. Hidungnya serupa kan? Hehehe..

Terdapat juga pantai yang sangat cantik yang akan dijumpai sekiranya anda meredah sedikit hutan. Anda juga boleh deal dengan pemandu pelancong untuk hiking bukit dan lihat pemandangan pantainya yang seumpama Pulau Bohey Sabah. Anda boleh naiki bot di jeti terminal Bako untuk kesini.

3.Taman Buaya Jong

Kredit foto: http://www.jongscrocodile.com/

Sarawak memang terkenal sebagai habitat terbesar sang buaya. Taman Buaya Jong merupakan pusat pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia. Tempatnya berada 20 minit sahaja dari Bandaraya Kuching.

Taman Buaya Jong mempunyai lebih 100 spesies buaya. Terdapat juga spesies ikan air tawar terbesar dunia iaitu ikan airapaima dari amazon yang seberat 180 kg. Apa yang menarik disini, anda boleh saksikan waktu makan sang buaya. Petugas akan mengantungkan ayam mati, dan buaya akan menerjah dari bawah.

Woww, syok jugak tengok aksi buaya mengganas depan mata kan? Yang tak syoknya tengok si buaya darat, opss!

4.Taman Negara Kubah

Taman Negara Kubah merupakan habitat haiwan liar dan juga bunga orkid liar. Disini, anda boleh lihat beratus jenis bunga orkid liar yang mungkin tidak pernah dilihat ditempat lain.

Haiwan liar yang terdapat disini juga tidak kurang hebatnya. Anda boleh lihat kehadiran rusa, siamang dan burung-burung berbagai spesies. Pada waktu malam pula, anda boleh ke Frog Pord untuk lihat dan kenali spesies katak-katak unik. Untuk yang gemar melakukan aktiviti mencabar, anda boleh hiking ke Air Terjun Gunung Serapi yang memakan masa dalam sejam sahaja. Untuk meneroka seluruh Taman Negara Kubah mungkin mengambil masa selama 5 jam pergi dan balik.

5.Muzium Sarawak

Kredit foto: http://www.
butterflycottagehomestay.com/places.html

Muzium Sarawak adalah tempat yang terbaik untuk anda ketahui sejarah negeri Sarawak. Terdapat pelbagai artifak dan item bersejarah yang dipamerkan disini. Dikatakan muzium ini menyimpan artifak-artifak terbaik asia tenggara. Ia juga banyak mempamerkan kisah perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang mempertaruhkan nyawa mereka menentang penjajah british dan jepun. Terdapat juga tengkorang buaya lagenda yang diberi nama bujang senang.

Untuk pengetahuan anda semua, Muzium Sarawak telah dibina dan dibuka untuk orang ramai sejak tahun 1891. Ini bermaksud muzium ini dah berusia 128 tahun!

6.Borneo Samariang Water Park.

Kredit foto: https://kuchingborneo.
info/borneo-samariang-water-park-kuching/

Anda bercuti bersama keluarga dan ada anak kecil? Jika ya, disini tempat yang wajib anda singgah dan bersuka ria.

Borneo Samariang Water Park merupakan taman tema air pertama di Kuching. Ia bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah kita sebagai orang dewasa pun mesti seronok bermain air sambil menenangkan fikiran. Terdapat gelongsor rendah dan tinggi yang sesuai dengan semua peringkat umur. Harga tiket bagi dewasa rm30 dan kanak kanak hanya rm28. anda juga boleh sewa pelampung dengan harga lingkungan rm15 hingga rm25. Borneo Samariang Water Park ini terletak hanya 30 minit sahaja dari bandaraya Kuching.

7.Kuching Waterfront

Kredit foto: https://sarawaktourism.
com/attraction/kuching-waterfront/

Kuching Waterfront merupakan tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk melihat sungai Sarawak. Kuching Waterfront terletak berhampiran Bangunan Dewan Undangan dan juga Jambatan Darul Hana. Anda boleh bersiar siar di Jambatan yang baru siap ini untuk melihat pemandangan yang menarik disekitarnya.


Terdapat juga musical fountain show untuk disaksikan pengunjung yang bermula jam 8.30 pm hingga 10.30 pm. Gerai menjual cenderahati dan makanan ringan juga terdapat di sekitar Kuching Waterfront. Jadi, sambil bersiar-siar tu, bolehlah belikan ole-ole untuk keluarga kan?

8.Rumah Terbalik Kuching

Kredit foto: http://mysarawak.com/
news/updates/kuchings-upside-down-house/

Aikk? Kukuh ke rumah kalau terbalik? Jangan risau, bangunannya tak terbalik, tapi perabot dan hiasan dalamannya yang disusun secara terbalik. Jadi, apabila anda bergambar akan kelihatan seperti anda yang berada disiling. Woww, inilah peluang untuk kaki selfie dan ootd bergambar sakan kan? Iyelah, background yang bukan biasa-biasa punya ni.

Harga tiket masuk hanyalah rm15 untuk dewasa dan rm10 untuk kanak-kanak. Terdapat juga hotel berdekatan sekiranya anda ingin menempah tempat penginapan seperti Hotel Waterfront Kuching, Imperial Riverbank Hotel Kuching, Hill Residence Hotel dan Tune Hotel Waterfront.

9.Annah Rais Hotspring

Selepas penat berjalan kesana-kesini, pasti kita terasa seperti mahu bersantai atau memanjakan diri kan? Annah Rais Hotspring merupakan tempat yang tepat untuk anda kunjungi. Annah Rais Hotspring merupakan kolam air panas yang berada di kaki Bukit Highland Borneo. Bayangkan anda sedang berendam air panas dikelilingi persekitaran yang tenang . Penuh dengan pokok-pokok disekeliling yang lebat menghijau dan berlagukan bunyi burung-burung berkicauan. Perghhh memang syoklah!

Bukan sahaja dapat menenangkan fikiran, berendam air panas juga bagus untuk kesihatan kerana dapat membantu melancarkan peredaran darah juga mengurangkan sakit sendi-sendi. Annah Rais Hotspring dibuka dari jam 8.00 am hingga 5.00 pm.

10.Matang Family Park

Kredit foto: http://www.sedctourism.com/matang.asp

Matang Family Park memberikan anda peluang berkelah dan menikmati panorama hutan borneo. Matang Family park adalah salah satu tarikan semula jadi yang senang diakses oleh pengunjung. Lokasinya berada hanya 22km sahaja dari bandaraya Kuching dengan tempoh perjalanan 30 minit sahaja dan terletak berdekatan Kubah National Park. Kumudahan seperti tandas dan bilik mandi, parking kereta dan jalan untuk pejalan kaki juga disediakan disni untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

Seronok seronok juga, kebersihan jaga bersama tau? Pastikan sebelum balik dari berkelah kutip dan buang sampah anda di tong sampah yang disediakan.

Demikian sahaja ulasan 10 tempat di Sarawak yang wajib andah singgah sebelum pulang ke kediaman. Bersyukurlah kita hidup dan mampu melihat keindahan ciptaanNya yang tiada bandingan. Dah like dan share ke belum? Kalau belum cepat sharekan pada kawan anda! Mana tahu boleh pergi trip ke Sarawak hujung minggu ni? Chill and stay tuned!