01518b31919e42bb64bb456c12e6384dd0847b36bb

Jika anda mempunyai rancangan berjalan-jalan di selatan tanah air, bolehlah anda singgah di bandar Kluang, Johor. Dari lebuhraya Utara-Selatan, anda keluar melalui exit Air Hitam dan membelok ke kanan selepas tol PLUS. Boleh juga anda naik kereta api KTM dan berhenti di Stesen Kluang. Kalau mahu naik bas dari Kuala Lumpur, boleh ke Terminal Bersatu Selatan (TBS) dan terdapat banyak pilihan pengangkutan awam ke bandar ini.

Saya Backpacker mencadangkan 5 perkara yang anda boleh ‘layannnn’ ketika berkunjung ke Kluang, Johor.

 

1. Mendaki Gunung Lambak dan Gunung Berlumut

0199a51f525e77e67bd995bfd5eccc5e8662ce41bb -Gunung Lambak dan Gunung Berlumut adalah 2 buah gunung yang terdapat di Kluang.

-Gunung Lambak terletak hanya 10 km dari bandar Kluang, manakala Gunung Berlumut pula berada 30km dari bandar tersebut.

-Pengangkutan awam hanya ada di jalan utama ke dua-dua gunung tersebut. Namun jarak dari jalan utama ke kaki gunung agak jauh, terutamanya Gunung Berlumut.

– Anda digalakkan menggunakan kenderaan sendiri untuk ke sana. Jika tiada, boleh menyewa teksi yang terdapat di stesen bas Kluang. Kebanyakan teksi ini tambangnya mahal dan mungkin mencecah lebih RM30. Sila pastikan teksi tersebut datang semula mengambil anda untuk dihantar ke bandar.

– Anda perlu memperuntukkan lebih kurang 4 jam mendaki dan 2-3 jam turun ke kaki gunung bagi Gunung Berlumut. Manakala Gunung Lambak pula hanya 3 jam sahaja diperlukan bagi naik dan turun.

-Tiada permit diperlukan bagi mendaki Gunung Lambak. Tetapi untuk Gunung Berlumut, anda perlu mendaftar dengan pengurusan Gunung Berlumut sebelum melakukan pendakian.

 

2. Mandi-manda di Kaki Gunung Berlumut

– Anda perlu membayar RM2 seorang bagi bayaran masuk ke kawasan kaki Gunung Berlumut. Setiap kenderaan mempunyai kadar bayaran tertentu untuk parkir di situ. Untuk mereka yang berkereta, RM2 dikenakan.

– Di situ terdapat deretan gerai menjual makanan dan peralatan mandi di kawasan hadapan sebelum masuk ke kawasan kaki gunung. Surau, bilik air dan bangunan pengurusan juga berada di kawasan yang sama.

– Terdapat air terjun dan jeram yang menjadi tempat bermandi manda dan rekreasi. Ada juga pondok-pondok untuk kemudahan berkelah.

– Terdapat tapak perkhemahan dan pusat aktiviti riadah yang teratur dan selesa.

01e5a81587c57191219cc374810c2c12834524c514

 

3. Singgah di Kluang Rail Coffee

01c7d1d2457711bc0e444de88775ec2d1d79ba2d48 – Ia adalah lambang kemegahan bandar Kluang. Kedai yang berkonsepkan kopitiam ini terbina di stesen kereta api KTM Kluang. Ia masih mengekalkan struktur bangunan kedai yang lama dan bersambung dengan bangunan pengurusan KTM.

– Kopitiam ini terkenal dengan kopi yang diproses sendiri dan mendapat persijilan Halal dari JAKIM. Ia sekaligus menghapuskan keraguan tentang isu halal yang pernah dibangkitkan beberapa tahun dahulu.

– Roti bakarnya terkenal dengan rasanya yang lazat. Inti kaya pula diproses sendiri dan mempunyai rasa yang berbeza dengan kaya yang dikeluarkan oleh kilang-kilang pengusaha yang terkenal. Nasi lemak bungkus daun pisangnya bersaiz kecil namun kesedapan sambal dan aroma daun pisang pada nasi lemak tersebut membuatkan ia kelihatan sangat menyelerakan.

 

4. Jalan-jalan Cari Makan

– Terdapat banyak restoran dan gerai makan yang boleh dikunjungi di bandar Kluang ini. Antara yang terkenal adalah Nasi Daun Pisang Restoran NSM yang terletak di jalan menghala ke stesen keretapi. Ia adalah masakan India yang dihidangkan di atas daun pisang tanpa berlapikkan pinggan. Anda boleh memilih pelbagai pilihan kuah kari dan dal yang dihidangkan secara unik oleh pelayan restoran tersebut.

– Char Kuey Teow Ketam Kluang pula terdapat di Batu 4, Jalan Mersing, Taman Makmur, Kluang. Malangnya saya tak sempat ke sana. Ia adalah hasil maklumat sahabat saya yang menetap di Kluang.

– Anda juga boleh makan tengahari di Nasi Gulai Kawah & Asam Pedas Haji Ishak yang terletak di Perumahan Flat Haji Manan. Jika anda lambat, gulai akan kehabisan kerana pelanggannya ramai sekali.

– Ada banyak lagi tempat makan tapi cukuplah saya cadangkan tiga tempat ini dahulu. Jika saya senaraikan semua, ia sudah jadi blog makanan pula.

01701786938441bed0b28a37e2b9a4685c751aaf58
Nasi Daun Pisang

 

 

5. Membeli belah di Kluang Parade dan Kluang Mall

01a9eb3974262a46f43f45a2bf89ad4315316ecfa4– Terdapat dua kompleks membeli belah yang terkenal di bandar Kluang iaitu Kluang Parade dan Kluang Mall.

– Ia tidak gah seperti kompleks membeli belah di bandar-bandar besar namun ia tetap berbaloi untuk dikunjungi. Yang pasti harganya jauh lebih berpatutan dari pusat membeli belah di kota besar.

– Saya gemar ke Kluang Parade bagi mencari koleksi filem dalam bentuk DVD dan VCD. Di Kluang Mall pula terdapat pasaraya Pacific dan panggung wayang. Jika ada antara rakan anda yang tidak mahu menyertai anda mendaki gunung, campakkan sahaja mereka di sini.

 

Pastinya bukan ini sahaja aktiviti yang boleh anda layan di Kluang. Ia adalah antara aktiviti yang boleh Saya Backpacker cadangkan kepada anda yang teringin nak menjelajah ke bandar kesayangan Johor ini.

Selamat menjamu mata di Kluang!