Sabtu 23 Mei 2015 saya dan kawan-kawan telah berjaya melakukan aktiviti white water rafting di Ulu Slim, Slim River, Perak.

Sebenarnya saya dah 2 kali sebelum ni buat white water rafting ni. Satu kali di Sungai Kampar dekat area Gua Tempurung. Kali kedua di Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Antara dua tempat ni, saya lebih suka Kuala Kubu Bahru. Lebih mencabar, jeram lebih tinggi dan lebih hampir dengan rumah saya di Kajang.

Jadi, kali ni ingat nak ke Kuala Kubu Bahru juga lah. Rancangan sejak bulan Februari lagi. Saya kumpul kawan-kawan yang berminat dan akhirnya terbentuklah satu tim 5 orang. tapi di saat akhir seorang tak dapat turut sama atas sebab kesihatan, maka kami pergi berempat sahaja.

DCIM100MEDIA
Geng rafting Ulu Slim

Kemudian, memandangkan sekarang ni musim hujan, empangan di Kuala Kubu Bahru ditutup untuk menyimpan air. Jadi, sungai di sana tu airnya tak berapa ada. Tak best lah. Jadi pihak organiser cadangkan kami ke Ulu Slim. Katanya Ulu Slim pun best. Gred 3 dan 4 juga dan jeramnya banyak.

Ternyata memang terbaiklah. Awal pagi hujan, jadi air di sungai banyak dan deras. Memang betul jeramnya non-stop. Ada bot yang terbalik, ada bot yang sengaja diterbalikkan. Saya sendiri 2 kali terjatuh dari bot dan diselamatkan instructor.

DCIM100MEDIA
Thrill menuju jeram setinggi 2 meter di Ulu Slim

Jadi untuk rujukan kawan-kawan pembaca blog Saya Backpacker, saya ingin berkongsi 5 fakta mengenai white water rafting agar dapat membantu anda yang merancang mahu melakukan aktiviti fizikal ini.

 

5 Fakta Mengenai White Water Rafting

1) Lokasi dan Gred

Tentukan lokasi white water rafting yang anda mahu pergi. Setiap lokasi merupakan sungai yang mempunyai tahap kesukaran sendiri berdasarkan jeram dan arus yang ada. Tahap kesukaran ini dipanggil Gred.

rafting sg kampar 9
Jeram di Sungai Kampar

Ada 6 gred semuanya.

Gred 1 merupakan sungai yang paling mudah. Sungai agak tenang, hanya sedikit arus sungai yang bergerigi. Tahap kemahiran mengendali bot sangat asas diperlukan.

Gred 2 pula mempunya sedikt air yang deras dan bergerigi dengan sedikit batu-batu. Memerlukan kemahiran mengayuh bot.

Paling tinggi adalah gred 6 iaitu sungai yang mempunyai jeram yang merbahaya dan tidak boleh diselusuri dengan bot.

Biasanya lokasi rafting di Malaysia berada di tahap gred 2, 3 dan 4. Kiranya kalau gred 3 dan 4 ni dah best dan sesuai untuk orang level biasa-biasa.

menuju jeram yang tak berhenti di Ulu Slim
menuju jeram yang tak berhenti di Ulu Slim

Antara lokasi yang terkenal di Malaysia adalah:

a) Kuala Kubu Bahru, Selangor  – gred 3 dan 4

b) Sungai Kampar, Perak – gred 2 dan 3

c) Ulu Slim, Perak – gred 3 dan 4

d) Sungai Singor, Grik – gred 1 – 5

e) Padas, Sabah – gred 3, 4 dan 5

f) Kiulu, Sabah – gred 2 dan 3

 

2) Cari geng 5 orang

rafting sg kampar 1
geng rafting di Sungai Kampar

Satu bot rafting biasanya ada satu atau dua instructor iaitu mereka yang berpengalaman mengemudi bot dan 5 lagi peserta. Jika anda cuma ada 4 orang, anda mungkin dikenakan caj tambahan, bergantung sama ada masa tu ada group lain tak nak turun rafting sama. Kalau ada group lain, mungkin pihak operator tak kisah.

Jadi, sebaiknya kalau nak pergi buat white water rafting ni, cari kawan-kawan berlima atau dalam gandaan lima. Tapi kalau tak ada juga, empat orang pun bolehlah…

rafting kkb - kelengkapan
Geng rafting di Kuala Kubu Bahru

 

3) Hubungi operator dan buat tempahan pakej

Untuk membuat white water rafting, anda perlu menghubungi mana-mana operator yang memang menawarkan aktiviti ini di lokasi yang anda mahu. Ambil pakej melalui mereka yang biasanya meliputi aktiviti white water rafting itu sendiri, peralatan, bot dan makan tengah hari. Biasanya kos dalam RM180 – RM200 seorang.

Google untuk mendapatkan nama operator dan rujukan servis mereka. Jika ada kawan-kawan yang pernah buat aktiviti ini, anda boleh dapatkan cadangan operator dari mereka.

rafting sg kampar 4
kenangan dengan Nomad Adventure di Sungai Kampar

Pengalaman saya, semasa buat rafting di Sungai Kampar, kami ambil pakej dari  Nomad Adventure,  di Kuala Kubu Bahru melalui  Khersonese Expedition  manakala Ulu Slim saya ambil pakej yang ditawarkan oleh Xventure Mind.  Setakat ini, memang saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Hubungi mereka untuk mendapatkan harga setiap seorang peserta dan biasanya mereka akan minta kita bank in sedikit amaun sebagai tanda jadi. Macam di Ulu Slim semalam, saya bank in 30% dari jumlah bayaran group saya dulu kepada en Nassir, pemilik operaor tersebut.

IMG_20150523_130722
Bergambar dengan en Nassir di Ulu Slim

 

4) Pakai pakaian yang sesuai

Nak pergi rafting, kena lah pakai pakaian sukan atau pakaian yang sesuai untuk mandi sungai. Seeloknya elakkan seluar pendek kerana takut-takut bila jatuh ke sungai, kaki terkena batu.

Untuk kasut pula, pakai kasut khas untuk dalam air, atau sandal untuk aktiviti air. Kasut dalam air ini dibuat dari fabrik lembut dan bergetah dan tahan basah. Namun jika tidak ada, crocs pun boleh juga.

water shoe
kredit foto: http://www.walmart.com
water sandal
kredit foto: http://shop.nationalgeographic.com

Elakkan memakai selipar jepun atau sandal yang tak ada tali mengikat kasut tu kemas ke kaki. Sebab bila bot terbalik atau bila kita terjatuh dari bot, nanti mudah kasut hanyut lebih dulu dari kita. Pastikan tapaknya getah supaya ia menggeggam permukaan sungai yang berpasir atau permukaan batu yang agak licin.

Memakai kasut sukan pula akan cepat merosakkan kasut, terutama jika kasut tu tak tahan kena air lama-lama.

 

5) Musim hujan lagi bagus

Biasanya orang ingat musim hujan ni bahaya untuk aktiviti air. Air deras.

Sebenarnya untuk rafting, bila musim hujan la lagi best. Sebab air banyak dan deras. Jadi, jeram jadi lebih adventure. Lebih tinggi airnya jatuh sebab air lebih banyak. Bot pun mengalir laju. Batu-batu banyak tenggelam jadi bot tak tersangkut-sangkut.

Pengalaman saya semasa rafting di Sungai Kampar, masa tu dah lama tak hujan. Jadi bot asyik tersangkut je. Air pun perlahan dan tak deras. Jadi kurang thrill pulak. Asyik kena buat aksi jump jump iaitu melompat-lompat kecil atas bot sampai ada satu masa tu, instruktor kena tarik bot kami yang tersangkut di batu-batu.

rafting sg kampar 6
Instructor terpaksa tarik bot kami yang tersangkut di batu. Air kurang masa tu sebab dah lama tak hujan.

Kalau terjatuh dari bot atau bot terbalik, punggung pun tak ada la asyik tersangkut kat batu sebab air deras buat badan kita mengalir ikut arus air. Macam baru-baru ni di Ulu Slim. Bila terjatuh, tak rasa sakit pun sebab arus air bawa badan saya dari terkena batu-batu di tepi kiri kanan.

rafting Ulu Slim- Air banyak masa ni
rafting Ulu Slim- Air banyak masa ni

Jangan risau.. jaket keselamatan ada. Percaya pada jaket keselamatan. Ia akan buat anda terus terapung dan sempatlah orang selamatkan anda atau anda capai tali penyelamat yang dibaling kepada anda.

Sebelum kita turun ke dalam bot, akan ada taklimat keselamatan. Anda akan diajar bagaimana untuk diselamatkan dan bagaimana untuk rileks, luruskan badan dan biarkan badan terapung sementara belum diselamatkan lagi.

DCIM100MEDIA
Bot ini terbalik ketika melalui jeram paling tinggi di Ulu Slim

Rafting memang sukan extreme tapi jika anda tidak panik, ikut arahan dan ikut teknik menyelamatkan diri seperti yang diajar, insya Allah anda selamat.

rafting kkb air terjun
Ada air terjun di KKB

 

Enjoyyyyyy!