IMG_20150530_153643Ada orang mengembara dengan pelbagai tujuan. Ada yang mahu melihat budaya masyarakat setempat, ada yang mahu memahami sejarah dan ada juga yang hanya mahu menenangkan jiwa setelah berhempas pulas bekerja atau belajar.

 

Antara banyak sebab orang mengembara, tak kurang juga yang bertujuan memburu makanan setempat. Oleh itu Saya Backpacker nak cerita sedikit 5 makanan yang wajib anda cuba di Teluk Intan, Perak.

 

Jangan main-main, Teluk Intan ni setaraf bandar Itali tau! Kalau singgah di bandar ini, jenguk-jenguklah Menara Condong yang terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan atau nama lamanya Teluk Anson. Selepas melihat-lihat menara tersebut, bolehlah mengisi perut dengan makanan-makanan terkenal di bandar ini.

 

  1. Nasi Beriyani dan Ayam Berempah di Restoran Gulam Rasul

IMG_20150530_153616

  • Restoran ini terletak di Jalan Changkat Jong, jalan menghala masuk ke bandar Teluk Intan dan berada di sebelah kiri jalan raya.
  • Ia adalah makanan mamak turun termurun Teluk Intan yang berusia lebih 25 tahun.
  • Masakan kari yang pelbagai memang sedap dan boleh dikatakan yang paling sedap di Teluk Intan.

 

  1. Mee Rebus Mastan Ghani

 

  • Mee rebus Mastan Ghani sangat terkenal di kalangan orang Perak. Siapa yang datang Teluk Intan wajib rasa makanan ini.
  • Sudah terdapat beberapa cawangan Restoran Mastan Ghani namun lebih seronok jika makan di kedai lama mereka di Jalan Bandar berdekatan dengan Menara Condong.
  • Kedai lama kecil dan sempit ini memang tak berubah selepas 30 tahun. Jika mahu ruang yang luas dan selesa, boleh ke Jalan Selat, Teluk Intan, iaitu jalan menuju ke Kampung Gajah sebelum jambatan merentasi Sungai Perak.
  • Selain Mee Rebus, rojak Mastan Ghani adalah antara menu popular yang wajib rasa.

 

  1. Aneka Makanan Panas di Medan Selera Menara Condong

 

  • Medan Selera ini sudah berusia lebih 20 tahun. Di situ terdapat banyak gerai makanan. Makanannya semua sedap-sedap dan terdapat banyak pilihan.
  • Kedudukan Medan Selera ini betul-betul berhadapan dengan Menara Condong, Teluk Intan. Saya suka makan mee bandung yang dimasak panas di Medan Selera ini. Memang kena dengan tekak saya yang sukakan masakan pedas.

 

  1. Mee Kicap di Gerai Chah Sabar Menunggu

IMG_20150530_153601

  • Gerai ini terletak di Jalan Mahkamah Teluk Intan.
  • Ia adalah destinasi sarapan yang terbaik di Teluk Intan
  • Perak memang terkenal dengan Mee Kicap, dan di Teluk Intan Mee Kicap yang sedap adalah di gerai inilah.
  • Selain Mee Kicap, Kuetiow Sup dan Teh Tarik adalah menu yang hangat diperkatakan.

 

  1. Hidangan Udang Galah di Restoran D’tepian Sungai

 

  • Restoran ini terletak di Dataran Udang Galah di pinggir bandar Teluk Intan.
  • Udang Galah dihidang dengan menu yang pelbagai seperti udang galah bakar, udang masak lemak cili api, udang masak tempoyak dan macam-macam lagi.
  • Anggaran harga RM60 ke atas sekilogram udang galah.

 

Sebenarnya admin NAS memang berasal dari Teluk Intan. Itu sebabnya tak ada gambar nak tunjuk sebab dari kecil memang biasa dengan makanan no. 1 – no. 3 itu. Lain kali kalau saya pergi, saya ambil gambar. Yang no. 4 dan 5 admin belum pernah rasa, kawan-kawan sekampung yang sibuk bagitahu kata sedap.

Jemputlah backpack ke Teluk Intan ya dan selamat mencuba makanan popular orang Teluk Intan.