Hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Begitulah peribahasa yang bermaksud secantik mana negara luar, negeara sendiri jugalah yang terbaik dan the best ever! Bagi orang luar, Malaysia seperti sebuah negara yang sangat harmoni walaupun rakyat kita terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Lebih-lebih lagi Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang memiliki panorama luar biasa. Marvelous, kata omputeh . Buktinya, lihat sahaja 5 pulau yang terdapat di Sabah ini, confirm anda terpukau, tak berkelip mata dibuatnya!

Credit foto: https://www.melancong.com.my/aktiviti-tempat-menarik-di-pulau-mabul-panduan-lengkap/
  1. Pulau Mabul, Semporna.

Siapa tengok persembahan Zero dalam Maharaja Lawak Mega 2019 minggu kelapan? Mesti perasan kan mereka jadikan Pulau Mabul sebagai sebahagian persembahan mereka. Apa yang special sangat Pulau kecil ni?

Meskipun pulau ini kecil, tapi keindahan batu karang yang dijaga oleh pihak berkuasa menjadi tarikan buat para diver yang berkunjung ke Sabah. Anda boleh menaiki bot dari semporna dengan perjalanan lebih kurang 30 minit sahaja. Specialnya di Pulau Mabul, anda boleh snorkelling sambil bermain dengan ikan-ikan yang sangat jinak macam kucing dirumah anda hehehe. Tapi jangan tangkap and ambil bawa balik ke rumah pula ikan-ikan tu ye?

Pulau Mabul juga ada bermacam-macam species hidupan yang dapat dilihat disini seperti kuda laut, tapak sulaiman, ikan buaya dan belut laut.

Credit foto: https://travel.padi.com/dive-resort/malaysia/manukan-island-resort/

2. Pulau Manukan, Kota Kinabalu.

 Pulau Manukan terkenal di kalangan pengunjung dengan terumbu karang berwarna-warni yang menghiasi persisiran pantai. Pulau Manukan merupakan antara pulau yang diiktiraf sebagai Taman Laut Negara Malaysia. Habitat dan hidupan disana dijaga rapi untuk mengekalkan tarikannya. Iyelah, kalau tak dijaga dengan betul, tak dapatlah anak cucu kita travel ke Pulau Manukan akan datang.

Untuk memasuki Pulau Manukan, anda perlu bayar yuran kemasukan sebanyak Rm3.00 untuk dewasa dan Rm1.00 untuk kanak-kanak. kemudahan perlancongan juga lengkap disediakan untuk keselesaan pengunjung. Terdapat lebih 20 challet, restoran, tandas awam, dan gerai makan untuk kemudahan pengunjung.

3. Pulau Sipadan, Semporna.

Pulau Sipadan terletak berhampiran dengan Pulau Mabul, kira macam berjiranlah. Kalau dah kata berjiran ni, mesti sama cantik kan? Pulau Sipadan hanya berada 20 minit sahaja dari Pulau Mabul, jadi anda mungkin boleh menempah tiket dari bot yang sama untuk berhenti dan snorkelling di dua pulau ini pada hari yang sama.

Pulau Sipadan menjadi antara pilihan utama buat diver dek pemandangan bawah lautnya yang sangat memukau. Antara point menyelam yang digemari ramai adalah Turtle Cavern, Coral Garden, Mid Feet, dan Taman Tergantung. Untuk menjaga kehidupan terumbuk karangnya, dalam masa sehari hanya 120 sahaja yang dibenarkan menyelam.

Haa, buat anda yang ada plan nak ke Pulau Sipadan, orang kata rugi tau tak menyelam disini. kalau yang tak ada lesen dan belum pandai menyelam macam saya, bolehlah sama-sama kita daftar kelas menyelam hehehe.

Credit foto: https://www.tempatmenarik.my/percutian-pulau-bum-bum-sabah-lokasi-percutian-bajet-menarik/

4. Pulau Bum Bum, Semporna.

Semporna lagi kan? Nak buat macam mana, Semporna ini memang kaya dengan keindahan pulaunya yang menakjubkan. Back to topic, Pulau Bum Bum adalah pulau terbesar yang ada di Semporna. Besarnya dianggap sebesar negara Singapura. Macam-macam perkara baru yang andai boleh explore disini. airnya juga sangat jernih, bersih dan cantik.

Meskipun Pulau Bum Bum tidak popular seperti pulau lain di Semporna, Pulau Bum Bum mempunyai pelbagai kemudahan dan keperluan yang lengkap seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan juga sekolah buat penduduknya.

Terdapat lebih kurang 10 buah kampung yang kebanyakkannya dibina di persisiran pantai. Untuk sampai ke Pulau Bum Bum, anda boleh menaiki bot dari Kampung Sum Sum.

Credit foto: http://malaysiaresorts.com.my/kota-kinabalu/2-islands-excursion-tarp-island/attachment/sapi-island4/

5. Pulau Sapi, Kota Kinabalu.

  Pulau yang berukuran 25 ekar ini sangat terkenal sebagai antara pulau yang tercantik di Kota Kinabalu. Tapi awas, kecantikkannya boleh mengundang padah andai anda tak ikut peraturan yang ditetapkan. Bukan apa, takut ada pulak yang kena sengat dengan obor-obor huhuhu Jadi, pastikan anda bermain air di kawasan yang dibenarkan dan dilengkapi jaring sahaja ok?

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan khas untuk pengunjung seperti jeti, ruangan berkelah dan memanggang, bilik air serta bilik persalinan yang selesa. Terdapat tiga resort yang sedia menerima tempahan pengunjung iaitu Citiriel Express Kota Kinabalu, Bunga Raya Island Resort dan Gaya Island Resort.

Amacam? tergugat iman tak dengan lima pulau ni? Dahh, jangan fikir lama-lama, tutup mulut yang tengah ternganga tu dan sharekan artikel ini pada travel budies anda. Book your ticket, and let’s fly to Sabah, yeay!