Jimat Duit Poket

 

  • Selalunya student mendapat duit poket melalui tajaan ibubapa, biasiswa atau pinjaman. JIka dibahagi, sehari perbelanjaan katakanlah RM10 (kalau di bandar lebih RM10), tolak ke tepi RM5 setiap hari. Melalui pengalaman student yang mengembara termasuk saya masa belajar dulu, saya makan sehari sekali atau 2 kali. Pilih nasi kosong dan telur berkuahkan kicap. Makan asal kenyang. Belanja mengikut keperluan bukan kemahuan.

 

  • RM5 X 30 hari = RM 150. Kalau 3 bulan RM 450. Ini dari duit poket sahaja.

 

  • Bekerja sambilan di mana-mana kedai makan, kedai buku atau pusat tuisyen. Pusat tuisyen seperti KUMON selalunya lebih lumayan. Saya dibayar RM 5 sejam (kisah 10 tahun dulu). Sehari saya mengajar 3 jam. RM5 X 3 = RM15 sehari. Jika mengajar 3 kali seminggu, saya di bayar RM15 X 3 = RM45. Sebulan bersamaan RM45 X 4 = RMRM180

 

  • Ada banyak lagi cara berjimat yang anda sebagai student lebih faham tricknya. Melalui perkiraan di atas, insya-Allah seorang student boleh kumpul sekurang-kurangnya RM150 (duit poket) + RM 180 (duit kerja part-time) = RM 330 sebulan

 

  1. Survey Tiket

 

  • Daftar dengan apa-apa sahaja tiket online, bas, tren dan kapal terbang. Mendaftar sebagai online user boleh mendapat keistimewaan dan kelebihan mendapatkan info tiket murah dengan lebih awal.

 

  • Aktiviti survey tiket perlu dilakukan sekerap mungkin. Tapi janganlah sampai tak belajar pula. Saya pernah mendapat tiket murah dari Johor ke Pulau Pinang pergi balik RM50 sahaja. Ada kawan yang pernah dapat harga RM30 pergi balik ke Pulau Pinang. Dengan duit simpanan yang mencecah RM330 mimimum seperti contoh kira-kira di atas, anda tiada masalah terus menempah tiket apabila ada harga durian runtuh dari mana-mana syarikat pengangkutan.

 

  • Rancang dan belilah tiket 6 bulan sebelum perjalanan kerana harga tiket lebih murah. Jika nak ke luar negara, dengan RM200 di waktu-waktu promosi, anda boleh ke mana-mana kawasan di Indonesia, negeri-negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Brunei, Labuan dan juga Thailand.

 

  • Jika anda beli tiket RM200 pada bulan Januari ke mana-mana lokasi, perjalanan tersebut jatuh pada cuti semester bulan 7 (contoh), anda ada masa 6 bulan mengumpul duit penginapan dan belanja sebelum tarikh perjalanan tersebut.

 

  1. Guna Aplikasi Yang Tepat dan Memudahkan

 

  • Disebabkan target paling mudah adalah cuti semester, student adalah manusia paling beruntung berbanding orang yang bekerja. Ini kerana student bebas memilih tiket murah yang selalunya jatuh pada hari bekerja. Oleh itu, gunakan skyscanner.com, letak tarikh cuti semester di dalam aplikasi tersebut dan tekan butang cari. Hasil carian akan menunjukkan harga-harga tiket di pelbagai lokasi pada tarikh yang kita masukkan. Kita boleh sort harga yang paling murah. Jangan pilih Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin kerana tiket agak mahal di hari-hari tersebut.

 

  • Lihat contoh di bawah:-

skyscanner

 

  • Andai kata anda memilih Thailand, lihat gambar di atas, harga 4 August – 11 August 2015 jatuh RM182 sahaja. Kita ambil contoh ke Chiang Mai, Thailand. Selepas membayar tiket dengan duit tabungan, beberapa bulan selepas tabungan bertambang, boleh mula survey penginapan pula.  Ingat ya, kalau nak murah boleh tempah hostel. Apa ada hal duduk hostel, macam tak biasa. Yang penting kita sampai negara orang.

 

  • Cara menempah, Saya Backpacker cadangkan anda masuk booking.com. Mengapa? Sebab majoriti penginapan yang ditempah tak perlu bayar dulu. Bayar semasa anda tiba di sana nanti. Jangan lupa kaji selidik dulu hostel yang anda pilih, mana tahu berhantu ke, bahaya ke atau apa-apa lagilah masalah.

 

  • Masukkan tarikh dan nah! Lihat di bawah:

bookingdotcom

 

  • RM11 satu malam! Mengikut tarikh contoh yang saya guna 4 Ogos – 11 Ogos 2015 bersamaan 7 malam. Baru RM77 jumlah keseluruhan harga penginapan. Tapi janganlah ikut bulat-bulat. Pelbagaikan tempat penginapan dan lokasi lawatan. Baru seronok, pengembara tegarlah katakana…

 

  • 7 malam takkan nak lepak di Chiang Mai saja, jadi bolehlah anda masuk laman web seat61.com dan cari tren atau beli dari situ. Sekurang-kurangnya laman web ni boleh dirujuk lokasi, waktu tren dan kadar tambang. Lihat di bawah:

seat61dotcom

 

  • Ada banyak lagi, tapi cukuplah beberapa aplikasi asas yang boleh dicadangkan. Lain kali kami kongsi aplikasi lain pula.

 

  1. Program Pertukaran Pelajar Kampus

 

  • Yang paling murah atau hampir tiada kos langsung adalah menyertai program transfer student. Tapi perlu diingat, kena apply cepat dan pointer kena power.

 

  • Pastikan anda berlegar-legar di papan kenyataan Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau di mana-mana sahaja letaknya iklan kampus. Peka juga dengan pengumuman di laman web universiti. Ramai yang berebut jadi anda kena pantas!

 

  • Fakta: Meor Farid Asyradi atau penulis Travelog Mr. Traveler dapat pergi ke China, South Korea dan Mesir (kalau tak silap) melalui program sebegini. Tapi pointer dia memang hebat.

 

  • Boleh juga masuk pertandingan-pertandingan anjuran universiti yang kita dapat hidu bakal diadakan di Jepun, di Indonesia atau di mana-mana saja.

 

  1. Masuk Kelab Kembara

 

  • Ini salah satu cara bagaimana student boleh melebarkan langkah ke tempat-tempat idaman.

 

  • Selalunya kelab sebegini ada peruntukan dari universiti, atau mereke menjalankan aktiviti mengumpul dana bagi mengembara. Kelab ini juga menyediakan pelbagai informasi dan tips-tips kembara yang sangat berguna kepada pelajar.

 

  • Seperti baru-baru ini pelajar di USIM buat Travel Talk. Mereka menjemput 2 pengembara terkenal memberi inspirasi dan berkongsi maklumat berharga tentang pengembaraan.

 

  • Kalau bernasib baik, melalui kelab ini, anda dapat menyertai program kembara ke mana-mana negara melalui peruntukan yang diberi Kementerian Belia dan Sukan atau Kementerian Pelancongan. Kadang-kadang tiba-tiba saja pihak ini bermurah hati beri dana pelajar melakukan aktiviti sebegini.

 

Sebagai pelajar, ini adalah masa terbaik untuk mengembara kerana apabila anda pulang, anda menjadi manusia yang berbeza dari segi cara berfikir dan kematangan diri, percayalah. Dalam al-Quran pun banyak sebut tentang musafir.

Bila dah mula kerja, walaupun ada wang, tak semestinya anda punya masa yang banyak kerana orang bekerja tak boleh bercuti sesuka hati.

Minta izin dan restu ibubapa. Sangat penting bagi memastikan keselamatan anda. Untung-untung dapat derma daripada mak ayah.

Tak mahukah anda menjadi seperti Badrul Hisham (Adventura Pulang ke Malaya) dan Meor Farid Asyradi (Travelog Mr. Traveler) yang sudah menjejakkan kaki lebih 20 buah negara sebelum usia mencapai 26 tahun?

 

Fikir-fikirkan.