Ga Hanoi

Jam 5.40 pagi waktu tempatan, kami tiba di stesen keretapi Hanoi. Ga Hanoi.

Waktu di sini sejam lewat dari di Malaysia. Tapi cahaya matahari naik tak jauh beza sangat.

Keluar je dari stesen keretapi tadi kami diserbu kereta sapu. Sengaja bertanya harga. Mereka minta 200k dong. Giler mahal sedangkan kalau tengok google map, cuma lebih kurang 2km je ke hostel yang kami book.

Kami memutuskan untuk berjalan kaki sahaja. Punya la nak lari dari kereta sapu, sampai jalan pun bertentangan arah dari sepatutnya.

Datang sebuah kereta sapu mengekor kami dan menawarkan harga lebih murah.
80k!
Kami geleng.

70k!
Kami geleng lagi.

Dia berhentikan kereta. Keluar dan berdiri di sebelah azzah.
50k!

“We walk,” kata saya.
“Walk very far. 50k.” tawar dia.

Azzah cakap kalau 40k kita naik lah.
Saya pula rasa 50k memang mahal. Jalan pun 2km dekat je.

Kami berjalan lagi.
Lelaki tadi jerit 40k.

Hmmm 40k not bad juga. Tak naik karang dia marah pulak sebab kami sebut 40k tadi.

Kami setuju. Dia buka bonet kereta, ambil beg kami letak dalam bonet sambil mulut dia bising.
Menyumpah kami agaknya sebab tak dapat pau.

 

-Rohaniah Noor-