IMG_4797Pada 23 Mei yang lalu, admin NAS menghadiri program Sembang Travel yang dianjurkan oleh Muslim Backpackers bertempat di Studio Abuain Kitchen di bandar Putra Mahkota, Bangi.

Banyak yang dikongsikan dalam Sembang Travel, tak kira daripada admin mahupun peserta. Program dikendalikan oleh Cik Puan Azzah AR, admin bersama Muslim Backpackers merangkap tuan tanah kepada FB Nota Perempuan Backpacker dan www.azuzafu.com.

Cik Puan Azzah berkongsi tips 6W1H yang wajar difikirkan pengembara. Saya kongsikan secara ringkas di sini bagi memberi manfaat kepada semua.

 

7 Soalan Yang Perlu Difikirkan Sebelum Mengembara

 

  1. Why
  • Mengapa kita mahu mengembara
  • Kita perlu menetapkan niat dan tujuan agar pengembaraan kita lebih fokus dan mendatangkan kebaikan.
  • Sebagai orang Islam, menetapkan niat juga penting kerana jika kita pergi dengan tujuan berhibur atau bersuka ria sahaja, kelayakan mengerjakan rukhsah solat sudah gugur. Dengan niat yang betul dan Lillahi Taala, pengembaraan menjadi satu ibadah dan memberi manfaat, malah memenuhi tujuan pengembaraan

 

  1. Where
  • Ke manakah destinasi yang kita mahu tuju
  • Ia bukan setakat destinasi utama, lokasi-lokasi kecil juga perlu diambil kira
  • Jika destinasi sudah dipilih, kita dapat membuat kajian dan memahami destinasi tersebut sebelum menjejakkan kaki ke tempat itu.

 

  1. What
  • Apa tema yang kita pilih untuk mengembara
  • Contoh tema adalah melihat budaya dan masyarakat, jalan-jalan cari makan atau menjejak sejarah
  • Sebagai contoh, Tuan Khairul Hakimin merangkap admin Muslim Backpackers, mensasarkan pembelajaran masakan sesebuah negara sebagai tema pengembaraannya. Beliau juga sedang mengusahakan untuk menjadikan studio masakannya sebagai destinasi kembara masakan kepada pengembara seluruh dunia

 

IMG_4312

  1. Which
  • Kaedah yang mana menjadi pilihan untuk mengembara
  • Ada yang memilih agensi pelancongan dan ada yang lebih selesa merancang sendiri pengembaraanya
  • Jika memilih kembara bajet, pemilihan pengangkutan dan lokasi perlu diambil kira dengan teliti
  • Itinerari perlu dirancang dan dirangka agar pengembaraan tidak tersasar dari tujuan

 

  1. Who
  • Dengan siapa kita mengembara
  • Pemilihan travel buddy yang sesuai sangat penting bagi memastikan perjalanan tidak terganggu dan matlamat kembara dapat dicapai.
  • Tetapkan matlamat dan jelaskan kepada travel buddy agar tidak berlaku konflik ketika mengembara

 

  1. When
  • Bila kita mahu mengembara
  • Perkara tertentu perlu dititikberatkan apabila ke negara 4 musim
  • Sebagai contoh, jika mengembara ketika musim sejuk, jaket tebal perlu dibawa dan tidak perlu membawa banyak baju biasa kerana kurang berpeluh

 

  1. How
  • Berapakah peruntukan pengembaraan?
  • Bagaimana mengumpul dana ke destinasi idaman?
  • Beberapa tips kembara bajet dan tiket percuma dikongsikan ketika program ini berlangsung. Jika mahu mengetahui lebih lanjut, boleh menyertainya di masa hadapan.

 

Walaupun ia adalah soalan biasa dalan kehidupan, namun 7 perkara ini dapat membantu kita agar lebih bersedia dan insya-Allah dapat mengelakkan kesukaran atau masalah ketika berada di tempat orang.

Saya Backpacker mengucapkan terima kasih kepada Tuan Khairul Hakimin dan Cik Puan Azzah AR selaku admin Muslim Backpackers dan berharap program sebegini lebih kerap dianjurkan di masa hadapan. Banyak manfaat dan maklumat yang diperolehi di samping berpeluang mendengar perkongsian pengalaman dari pengembara-pengembara yang hadir.

 

Nota: Makanan disediakan oleh Abuain Kitchen. Sila layari alamat berikut bagi mengintai menu yang dihidangkan ketika program tersebut:

http://www.kuahkari.com/2015/05/sembang-travel-1-muslim-backpackers.html

 

Penghargaan: Muslim Backpackers, Nota Perempuan Backpacker, Tuan Khairul Hakimin, Cik Puan Azzah AR, www.azuzafu.com, www.kuahkari.com

IMG_4805