photo_2015-09-17_11-23-57

Pantai Klebang, Melaka terletak 22 kilometer daripada Tol Ayer keroh (Lebuhraya Utara-Selatan). Kalau tak sesak boleh sampai dalam 30 minit saja dari tol tu. Selalu kalau ke Melaka, ramai yang ke Bandar Hilir. Tapi kali ni kami nak highlight tentang Pantai Klebang.

Best ke?

Setelah tim Saya Backpacker teroka kawasan ni, kami simpulkan, ok…best juga. Nak tau beberapa tarikan di Pantai Klebang? Nah, kami sediakan lapan point tentang cuti-cuti Pantai Klebang ni.

photo_2015-09-17_11-58-49

1. Bustel

  • Tempat ni memang dah terkenal sebenarnya. Pernah dapat liputan daripada pelbagai media dan beberapa artikel pun ada sebut pasal Bustel ni.
  • Ia adalah penginapan bajet berkonsepkan bas-bas lama di Melaka. Tapi janganlah expect macam hotel lima bintang. Ini memang hotel bajet yang selesa yang ruangnya muat-muat katil queen dan sebuah meja solek. Ada bilik mandi dan toilet yang selesa tapi tak ada hot shower. Jadi kalau ada sesapa jenis yang tak tahan air sejuk tu, harap maklum. Tak ada cerek air atau mini fridge macam hotel. Diingatkan Bustel adalah hotel bajet berkonsepkan bas “tingtong”.
  • Kadar untuk hari biasa adalah RM90 semalam manakala di hari minggu dan cuti umum adalah RM130 semalam.
  • Tempat ni strategik. Berada di Dataran 1Malaysia, di tepi Pantai Klebang dan terdapat banyak gerai makan di situ. Tak payah sibuk keluar cari makan jauh-jauh. Makanannya bertaraf “boleh la…”.

 

2. Menunggang Kuda Padiphoto_2015-09-17_11-23-52

  • Kalau kita lepak petang-petang di Pantai Klebang, ada beberapa ekor kuda padi yang parkir “cun-cun” di persisiran pantai. Bolehlah kalau nak merasa tunggang kuda. Walaupun kuda padi ni rendah, tak macam kuda biasa tu, oklah tu sebab kalau terjatuh pun taklah tinggi sangat jatuhnya. Hehehe.
  • Kadar yang dikenakan dalam RM10 & RM15 sekali naik, ikut jarak jauhnya.
  • Kami sempat tanya, apa nama kuda-kuda yang comel tu? Namanya Santi dan Puteri. Bulunya cantik dan bersih, kata tuannya kuda-kuda ni selalu kena shampoo. Jadi kalau ada yang tak suka bershampoo, malu sikit la dengan Santi dan Puteri ya…

 

3. Kereta Kudaphoto_2015-09-17_11-24-02

  • Ada kereta kuda tau di Pantai Klebang. Kereta kuda tu dihias dengan lampu yang berwarna-warni, meriah!
  • Kereta kuda menggunakan kuda padi juga. Melihatkan saiz kuda yang agak kecil dan comel, rasa kesian juga nak naik kereta kuda tu. Macam biasa kami sibuk tanya nama kuda comel tu, nama kuda tu Manja. Ha, bukan main nama kuda dah macam panggilan seorang isteri gitu…
  • Kadar yang dikenakan adalah RM5 & RM10 seorang, ikut jarak jauhnya. Kami terjebak naik kereta kuda ni sebab kami dah banyak tanya sangat dengan tuan kereta kuda sampai rasa bersalah pula kalau tak naik. Harap Manja ok…

 

photo_2015-09-17_12-01-284. ATV

  • Teringat Krabi kalau tengok ATV ni. Rupanya di Pantai Klebang pun ada. ATV ni memang terletak di pesisir pantai. Dibuka hari-hari kecuali kalau mereka nak servis motor-motor beroda empat tu.
  • Kadarnya adalah RM25 untuk tujuh pusingan. Bawalah lambat-lambat kalau nak puas naik, hehehehe.
  • Kepada cikpuan Ilyana yang kami interview tentang ATV ni, terima kasih kerana layan kami walaupun kami tak naik pun. Kami tak ada duit, maafkan kami. Huhu.

photo_2015-09-17_11-56-57

5. Cafe Bustel

  • Yang ni memang unik sebab selain penginapan bajet dalam bas yang diubahsuai jadi bilik hotel, cafe-cafe yang terletak sepanjang tepi jalan di Pantai Klebang pun berkonsepkan bas “tingtong”.
  • Ada banyak cafe Bustel yang menghidangkan pelbagai makanan tempatan dan western food. Ada coconut shake yang dah jadi macam signature desert di Melaka. Oklah, nak kata sedap sangat tu, entahlah sebab kami hanya cuba otak-otak dan coconut shake with ice cream.

 

photo_2015-09-17_11-22-576. Tapak Pesta Klebang 2015 (28 Ogos – 27 Sept 2015)

  • Sekarang sedang berlangsung pesta di Pantai Klebang seperti tarikh yang tercatat di atas. Jadi, bolehlah anda habiskan duit di sini kalau ke Pantai Klebang. Seperti yang saya cakap, kami tak berapa nak ada duit masuk ke tempat-tempat berbayar macam ni.
  • Tapak pesta dikendalikan Asia Fun Park. Ada Top Gun, Flying Carpet dan benda-benda yang boleh menggegar adrenalin anda. Silalah ya.

 

7. Asam Pedas Jalan Tun Fatimahphoto_2015-09-17_11-57-10

  • Yang ni bukan di Pantai Klebang tapi saya masukkan juga dalam artikel ni sebab kedudukan kedai yang hanya 6-7 kilometer dari Pantai Klebang dan yang penting SEDAP!!!
  • Kami datang sarapan ke sini dan tak expect apa-apapun. Saya memang suka kedai yang nampak ‘sangat tempatan’ macam kedai-kedai kampung gitu.
  • Satu yang saya perasan di Melaka, mereka letak kangkung goreng dalam nasi lemak. Rupanya sedap juga makan nasi lemak bersayurkan kangkung. Kangkung bukan sekadar untuk dibawa lenggang sana sini saja rupanya!
  • Selain nasi lemak bersayur kangkung, ayam gorengnya memang sedap. Ada juga hidangan seperti lontong basah yang nampak sedap. Mee goreng disediakan secara masak on the spot. Kira boleh order panas-panas la. Ada roti canai yang nampak sedap juga sebab saya tengok ramai yang order. Semua nampak sedaplah!
  • Bila dah pukul 10 pagi, mereka mula buka order untuk cendol dan goreng pisang. Syok!
  • Sambal sedap cuma tak pedas.

 

8. Restoran Pak Putraphoto_2015-09-17_11-57-04

  • Ok, yang ni pun bukan di Pantai Klebang tapi kedudukannya adalah 6.5 kilometer dari Pantai Klebang. Dekatlah kan?
  • Keistimewaan kedai makan yang popular ini adalah Roti Nan dan Ayam Tandoorinya. Saya memang akui, sangat sedap!
  • Tempat ni buka dari 5.30 petang ke 1 pagi, menurut kawan kami Chan. Sila betulkan jika fakta tu tak tepat. Tapi serius tempat ni sangat ramai pelanggan. Memang berebut meja. Jenuh kami tunggu orang bangun. Orang Cina pun suka makan kat situ.
  • Sedap tu memang sedap tapi siapa yang nak pergi sini kena banyak bersabar sebab sangat lambat nak dapat pesanan kita tu. Bertabahlah demi sesuatu yang berbaloi untuk dirasa dan ditelan.

Jadi, kepada sesiapa yang tengah usha backpack ke dalam negara kita dan tak berapa cukup duit ke luar negara, Pantai Klebang memang ok juga untuk diteroka dan untuk bersuka ria.

Jom ke Klebang!