Buku bertajuk 93 hari di Mesir ini ditulis oleh Fadzil Abu Samah yang mengisahkan pengembaraannya di tanah arab. Pengembaraannya bermula selepas penulis dapat tawaran menghadiri kursus di mesir selama 3 bulan. Pihak JAKIM telah menghantar namanya sebagai salah satu dari tujuh calon untuk sertai kursus di Universiti Al-Azhar bermula akhir februari 2016. akhirnya impian beliau menjejaki tanah bersejerah itu tercapai

Pada awalnya, penulis berasa agak berat hati meninggalkan keluarga serta ibunya yang uzur, namun beliau mengagahkan jua hati untuk menuntut ilmu disana. Baginya, peluang yang ada sangat berharga dan sukar dilepaskan. Meskipun sebelum ini beliau belum pernah mengembara sejauh itu dalam tempoh yang lama, namun beliau berani menyahut cabaran. Penulis betul-betul tekad meneruskan impian beliau.

Buku dengan muka surat sebanyak 217 ini lengkap menceritakan setiap moment dari hari pertama di Mesir hinggalah hari kepulangannya ke tanah air. Tiba sahaja di Mesir, suasana berubah 360 darjah berbanding di tanah air. Pelbagai cabaran yang beliau tempuhi bersama lima rakan seperjuangannya. Walaupun begitu, pelbagai memori indah yang terjadi sepanjang penulis kembaranya di Mesir.

Pengembaraannya diniatkan untuk mendalami ilmu agama islam. Sepanjang di Mesir, pelbagai pengajaran serta pengetahuan bermakna yang beliau peroleh. Penulis juga berpeluang menemui para ulama yang disegani ramai. Hari minggunya dipenuhi dengan menghadiri kuliah yang telah diaturkan pihak Universiti Al-Azhar. Manakala hujung minggu pula beliau memenuhi masa lapang dengan melawati lebih 20 tempat menarik dan bersejarah.

Antara tempat yang beliau lawati adalah Crystal Mountain, White Dessert, Attaba, Giza dan Siwa. Setiap kawasan yang dilawatinya memberikan suatu pengalaman yang sangat menarik dan menakjubkan. Ketakjuban beliau sering disertakan dengan kesyukuran dan kepujian pada tuhan selaku pencipta alam. Beliau juga banyak kongsikan pengalaman merasai pelbagai makanan tradisional di Mesir. Pengalaman beliau mengenali budaya masyarakat Mesir juga berjaya menggeletek hati setiap pembaca.

Setiap perjalanannya diceritakan dengan sangat terperinci. Secara tidak langsung, perkongsian beliau memberi pengetahuan yang baru kepada pembaca. Sekali dah start membaca, memang susah nak berhenti. Saya sendiri sebagai pembaca juga turut mengaku terleka dan begitu asyik membaca buku berjudul 93 hari di Mesir ini. Hinggakan tanpa saya sedari, saya sudah habis membaca keseluruhan buku ini dalam tempoh empat jam sahaja.

Antara moment menarik yang diceritakan adalah apabila penulis diangkat oleh seorang mamat arab yang tak dikenalinya dan dipaksa menaiki unta. nak lompat takut patah pula kaki, jadi penulis pun enjoy jelah menunggang unta dengan hati yang sedang marah. bukan itu sahaja, mamat arab tersebut jugak tak mahu pulangkan handphone penulis sekiranya beliau enggan bayar upahnya mengambil gambar. Bukan murah-murah pula tu upahnya, penulis dipaksa membayar rm150. Alamak, apalah kesudahan kisah penulis dengan mamat arab yang annoying ni ye?

Penulis juga pernah melalui detik cemas apabila beliau menemui seorang rakannya bernama yuz terbaring di ruangan wuduk. Rupanya yuz muntah darah yang sangat banyak hingga beliau rebah. Dengan ketiadaan kenderaan sendiri untuk ke hospital, macam manalah nasib si rakan penulis. berjaya atau tidak penulis membantu sahabatnya? haa, nak tahu apa terjadi sterusnya, kenalah beli buku 93 hari di mesir.

Jadi tunggu apa lagi, anda boleh dapatkan buku 93 hari di Mesir seperti di semua cawangan kedai buku Popular Bookstore, Galley Bookstore, SMO, Hassani dan Kinokunia. Ataupun, anda boleh order sahaja melalui link http://bit.ly/bukumesir Dapatkan buku anda sekarang!