Kalau melancong ke India, wajib singgah di Taj mahal. Salah satu keajaiban dunia yang terdapat di India. Taj mahal terletak di Agra. Dalam negeri Uttar Pradesh dan berdekatan dengan sungai Yamuna. Binaan berusia 364 tahun ini pada asalnya dibina oleh Shah Jahan untuk memperingati isteri. Isterinya, Mumtaz Mahal meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka. Kiranya, Taj Mahal ni sebagai simbolik cerita mereka lah. Waahh, Sweet kan? bersemut gitu!

Pembinaan Taj Mahal  telah memakan kos Rm 4.3 billion dan mengambil masa 22 tahun untuk siap sepenuhnya. Dah namanya pun Taj Mahal, kos pembinaannya mestilah tinggi kan? Dianggarkan lebih 2000 tenaga buruh dikerah menyiapkan Taj Mahal. Manakala hampir seribu gajah digunakan untuk membantu menyiapkan kerja binaan. Iyelah, zaman dulu mana ada lagi jentolak atau lori. So, gajah je satu-satunya altenatif untuk angkat alat binaan yang berat.

Taj Mahal dibina menggunakan lebih 28 jenis batu yang ditempah khas dari Afghanistan, China dan Tibet. Antara batuan yang digunakan adalah batu Giok, batu Turqoise dan batu Lapis Lazuli.Patutpun kosnya tinggi, batuan yang diguna bukan yang biasa-biasa punya. Alangkah rumah kita pun guna batu bata sahaja sudah boleh cecah puluhan atau ratusan ribu.

Untuk memasuki Taj Mahal, terdapat tiga pintu iaitu di Selatan, Utara dan Barat. Anda boleh membeli tiket di ketiga-tiga pintu ini atau beli tiket secara online di laman web tajmahal.gov.my. Tiket untuk pelancong asing berharga 1000 rupee, bersamaan RM62 duit Malaysia. Okaylah tu kan? Rm62 untuk melihat pemandangan yang tiada ditempat lain.

Pintu di Selatan dibuka selepas jam 8.00 am manakala pintu Utara dan Barat dibuka seawal jam 6.00 am. Kenapa jam 6.00 am pintu sudah dibuka? Kerana, 6.30 am anda berpeluang untuk menyaksikan panorama matahari terbit di Taj Mahal. Pemandangannya sangat cantik dan memukau setiap anak mata yang melihat. Ibarat pakej 2 in 1, keindahan ciptaan tuhan dilengkapi pula kehebatan reka binaan manusia dulu kala.

Pada jam 5.00 pm pula, anda boleh mengamati pemandangan matahari terbenam. Waktu ini, mungkin tak berkelip mata dibuatnya.cantik dia tak boleh bawa bincang. MasyaAllah, sebuah bangunan boleh memberikan panorama yang berbeza mengikut waktu. Macam mana boleh jadi begitu?

 Kebiasaanya, hanya lantai sahaja yang diperbuat daripada marmar kan? Tapi berbeza dengan Taj Mahal. Boleh kata keseluruhan bangunannya diperbuat dari marmar. Marmar inilah yang menjadikan Taj Mahal berubah warna dengan memantulkan semula cahaya matahari. ibarat macam cerminlah, akan memantulkan semula imej dan cahaya yang sama.

 Pada waktu subuh, Taj Mahal menjadi warna merah jambu muda, manakala waktu matahari terbenam pula, berubah menjadi kekuningan. Siapa sangka kan, dari bangunan berwarna putih boleh menjadi berbagai warna tanpa memerlukan sokongan teknologi canggih. Reka binaannya menjadikan peredaran matahari sebagai elemen yang melengkapkan lagi Taj Mahal. Kira penambah seri gitu!

Sebagai langkah menjadi keindahan Taj mahal, setiap pelawat akan diberi sepasang kasut non-wozen supaya marmar tidak calar. Pengunjung juga hanya dibenarkan membawa masuk telefon bimbit, dompet serta camera. Tiada sebarang beg dibenarkan dibawa masuk ke Taj Mahal. Mungkin takut kalau pengunjung berkelah pula dalam tu kot? jadi Kalau ada beg galas atau apa sekali jenis beg tu, baik tinggal dekat hotel jelah.

Buku Backpack India 4 Idiot ada menceritakan pengalaman penulis bersama dua rakannya ke Taj Mahal. Pelbagai cabaran yang mereka terpaksa hadap untuk sampai ke Taj Mahal termasuklah ditipu Anda boleh jadikan buku itu sebagai rujukan ke Taj Mahal. manalah tahu, ada rezeki kesana kan?

Tungu apa lagi? Dapatkan buku ini di kedai buku Bookstore, Galley Bookstore, SMO dan Kinokunia.

Ataupun click sahaja link http://www.wassap.my/60123547636 dan terus buat pesanan anda. selamat mengembara!