photo_2016-10-19_17-10-40
Baphuon Temple, Angkor Achaelogical Park, Siem Riep

Alhamdulillah, setelah empat hari di Siem Riep, saya mengakhiri kembara saya dengan sejenis makanan tempatan Kemboja bernama Kuy Teav. Ia adalah sejenis mihun yang dihidang bersama sayur-sayuran yang tak dicelur bersama ayam panggang. Inilah sarapan saya sebelum terbang pulang ke Kuala Lumpur.

Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi kos kembara selama empat hari dan juga akan mencadangkan perbelanjaan minimum dan itinerari jika kawan-kawan nak ke sana. Perkongsian pengalaman boleh didapati di laman FB Saya Backpacker.

Kos saya seperti berikut:

  • Tiket Return Kuala Lumpur-Siem Riep (Airasia) – RM200

Hari Pertama

  • Check-in Owl Inn, 2 malam USD26. Bahagi 2 dengan Azimah = USD13 @ RM55.25
  • Simkad Smart – USD2 @ RM8.50
  • Makan di Muslim Family Kitchen. Harga makanan untuk 3 orang USD12.50 @ RM53.10. (Sebenarnya Azimah belanja makan, tetapi untuk kira-kira saya bahagi tiga supaya senang sesiapa nak buat kiraan secara individu iaitu USD4.20 @ RM17.70 seorang)

—> Jumlah keseluruhan untuk hari pertama USD19.20 @ RM81.60

photo_2016-10-19_17-11-21
Angkor Wat, Siem Riep

Hari Kedua

  • Tiket sehari Angkor Archaelogical Park – USD20 @ RM85
  • Makan di D’Wau Restaurant. Harga makanan untuk 3 orang USD 8.50 @ RM36.10 (Yang ni pun Azimah belanja tapi saya berdegil bayar USD5 sebab semalam dia dah belanja. Tapi untuk kira-kira saya bahagi 3 supaya senang buat kiraan individu iaitu USD2.80 @ RM12 seorang)

—> Jumlah keseluruhan untuk hari kedua USD22.80 @ RM96.90

photo_2016-10-19_17-10-29
Banh Chao, Makanan Kemboja

Hari Ketiga (Azimah sambung perjalanan ke Bangkok, tinggal saya seorang di Siem Riep)

  • Check-in hostel Boutique Dormitary Kochi-ke – USD5 @ RM21.25
  • Sarapan di kedai makan orang tempatan. Satu hidangan Banh Sung – USD1.25 @ RM5.30
  • Masuk lagi ke Angkor Archaelogical Park – USD20 @ RM85
  • Makan di pasar malam tempatan. Satu hidangan (2 keping) Ban Chao dan air tebu – USD1.75 @ RM7.40
  • Beli buah tangan di Old Market – USD10 @ RM42.50

—> Jumlah keseluruhan untuk hari ketiga USD38 @ RM161.50

 Hari Keempat (Hari Terakhir)

  • Sarapan di kedai makan orang tempatan. Satu hidangan Kuy Teav – USD1.25 @ RM5.30
  • Bayaran tuk tuk adalah USD13 sehari. Kami guna tiga hari. Sebenarnya Azimah belanja 2 hari. Saya cuma bayar hari ketiga. Kos hantar ke lapangan terbang tak dikira kerana dah termasuk dalam pakej. Namun untuk memudahkan kiraan individu untuk rujukan semua, saya bahagi dua kos tersebut. USD13 X 3 hari bahagi 2 = USD19.50 @ RM82.90

—> Jumlah keseluruhan untuk hari terakhir USD20.75 @ RM88.20

JUMLAH KESELURUHAN TRIP (termasuk tiket kapal terbang) = RM628.20


 

Itinerari saya pula:

Hari Pertama

-> Pagi

  • Wat Preah Prohm Rath (masuk percuma)
  • Grand Garden (tiada bayaran)
  • Wat Thmey @ Killing Field (masuk percuma)

-> Tengah Hari & Petang

  • Check-in penginapan Owl Inn, USD13 semalam untuk sebuah bilik
  • Menghantar derma warga Brunei ke Masjid Ar-Rafee’ah di Tonle Sap
  • Menikmati Water Festival dan suasana petang di tasik Tonle Sap

-> Malam

  • Makan malam di Muslim Family Kitchen (USD12.50 untuk 3 orang makan)
photo_2016-10-19_17-10-53
Melihat matahari terbit di Angkor Wat adalah aktiviti yang jangan dilepaskan

Hari Kedua

-> Pagi & Tengah Hari

  • Angkor Archaelogical Park (tiket USD20 sehari)
  • Makan tengah hari di D’Wau Restaurant (USD8.50 untuk 3 orang makan)

-> Petang & Malam

  • Pusat kraftangan Artisans (masuk percuma)
  • Old Market Area
  • Pasar malam tempatan 
  • Lucky Mall
  • Hard Rock Cafe 
  • King’s Road Angkor
  • Pusing-pusing atas tuk tuk di Night Market
photo_2016-10-19_17-10-24
Ta Prohm Temple (Tomb Raider)

Hari Ketiga

-> Pagi

  • Hantar Azimah ke lapangan terbang
  • Sarapan di gerai halal tempatan, Banh Sung (USD1.25)

-> Tengah Hari dan Petang

  • Check-in hostel Boutique Dormitory Koci-ke (USD5 semalam)
  • Angkor Archaelogical Park (tiket USD20 sehari)
  • Makan di pasar malam tempatan, Banh Chao (USD1.75 satu hidangan)

-> Malam

  • Beli buah tangan di Old Market (USD10)
  • Menonton persembahan tradisional di King’s Road Angkor (percuma)
  • Jalan-jalan Night Market dan Pub Street
  • Lepak minum kopi Kemboja di restoran tempatan. Dua gelas kopi ais USD1
photo_2016-10-19_17-11-11
Persembahan tradisional di King’s Road Angkor boleh disaksikan secara percuma setiap 6.30 pm

Hari Terakhir

-> Pagi

  • Sarapan di gerai halal tempatan, Kuy Teav (USD1.25)
  • Pulang ke Malaysia

 

Berikut adalah cadangan itinerari dan bajet kepada sesiapa nak pergi:

Hari Pertama

-> Pagi

  • Wat Preah Prohm Rath (masuk percuma)
  • Wat Thmey @ Killing Field (masuk percuma)

-> Tengah Hari & Petang

  • Check-in hotel/hostel. Satu bilik boleh dapat USD13 sehari dan hotelnya macam 3 bintang.
  • National Museum (USD12)
  • Tasik Tonle Sap. Kalau nak naik bot USD18 seorang.

-> Malam

  • Makan dan berjalan di Night Market dan Old Market Area
  • Makan boleh bajet USD5 sehari seorang.

Hari Kedua

-> Pagi & Petang

  • Angkor Archaelogical Park. Tiket USD20 sehari untuk seorang. Jika suka tengok wat, sehari tak cukup. Kalau badan cepat penat pun sehari tak cukup. Tapi kalau boleh buat seharian, pun ok saja.

-> Petang & Malam

  • Singgah pasar malam tempatan.
  • King’s Road Angkor, ada persembahan tradisional setiap hari pukul 6.30 pm boleh ditonton secara percuma.
  • Makan bajet USD5 sehari seorang
photo_2016-10-19_17-10-45
Old Market Area, Siem Riep

Hari Ketiga

-> Pagi & Petang

  • Angkor Archaelogical Park. Tiket USD20 sehari untuk seorang. Jika ambil 2 days pass pun USD40. Sama saja kadarnya.

-> Petang & Malam

  • Pusat kraftangan Artisans (masuk percuma)
  • Landmine Museum (USD3)
  • Membeli buah tangan di Old Market atau Night Market
  • Makan bajet USD5 sehari seorang
photo_2016-10-19_17-11-06
Arifin dan Nasi Ayam Kemboja

Hari Keempat (Hari Terakhir)

  • Sarapan di gerai tempatan (USD1-2 seorang)
  • Balik

Kos Keseluruhan (Jika pergi berdua, kos tuk tuk dan penginapan dibahagi dua):

  • Tuk tuk 3 hari penuh dan hantar ke airport – USD13 x 3 hari / 2 orang = USD19.50
  • Penginapan USD13 semalam untuk satu bilik – USD13 x 3 hari / 2 orang = USD19.50
  • National Museum – USD12 seorang
  • Naik bot di Tonle Sap – USD18 seorang
  • Angkor Archaelogical Park untuk 2 hari – USD40 seorang
  • Landmine Museum – USD3 seorang
  • Makan untuk 4 hari – USD20 anggaran untuk seorang

Jumlah anggaran 4 hari percutian di Siem Riep (jika berdua) = USD132 @ RM561 seorang tak termasuk tiket flight. Itupun jika pergi berdua dan masuk Angkor Park 2 hari.

Kalau nak bajet lagi, pergi sehari saja ke Angkor Park dan tak perlu pergi ke muzium berbayar. Masuk yang percuma-percuma saja. Bot pun tak perlu naik jika nak kurangkan kos. Cukup sekadar bermain tepi tasik saja.

Jika tolak kos sehari di Angkor Park, National Muzium dan bot di Tonle Sap, bajet dapat dikurangkan kepada USD82 @ RM 348.50 saja. Oklah tu kan…

Ok, untuk lebih jimat, saya cadangkan ambil tuk tuk driver kami yang bernama Arifin. Kepada yang beragama Islam, senang nak cari makanan halal dan tempat solat. Arifin juga boleh tolong cadangkan tempat yang bajet-bajet kepada yang pentingkan poket masing-masing.

photo_2016-10-19_17-11-16

Boleh hubungi Arifin di +855967692477. Dia ada whatsapp juga. Boleh cari di Facebook Ravin Angkor Tour. Dia ni baik sangat dan saya cukup puas hati dengan Arifin. Tuk tuk lain harganya sekitar USD15-18. Dengan Arifin cuma USD13 sehari semalam. Arifin fasih berbahasa Melayu (pernah bekerja di JB selama 5 tahun) dan boleh berbahasa Inggeris walaupun tak lancar sangat.

Oklah, semoga perkongsian ini dapat beri manfaat kepada sesiapa yang nak ke Siem Riep.

Banyak kembara, macam-macam merasa, pengalaman luar biasa!