Penulis: Rohaniah Noor

Pergi Bangkok tak pergi Grand Palace ibarat macam pergi Beijing tak pergi Forbidden City. Atau macam ke Phnom Penh tak ke Royal Palace. Begitulah lebih kurang.

Negara yang punya sistem beraja, ada istananya. Grand Palace telah menjadi tempat bersemayam rasmi Raja Siam sejak tahun 1782 hingga 1925. Walaupun Raja Thailand sekarang bersemayam di Dusit Palace, beberapa upacara rasmi di-raja masih diadakan di Grand Palace.

Ini pengalaman saya ketika ke Grand Palace pada tahun 2016. Sebenarnya pada hari pertama saya berada di Bangkok, saya dah nak ke sana. Tapi Grand Palace bukak dari jam 8.30 pagi sampai 3.30 petang je. Tak sempat masuk sebab tengah hari panas sangat. Nas, rakan travel saya tak boleh kena panas, nanti dia sakit kepala. Jadi kami rehat dulu dalam bilik sampai cuaca kurang panas. Bila tiba area Grand Palace, tempat tu dah tutup. Kami hanya ke Wat Po sahaja, tak jauh dari Grand Palace.

Hari kedua di Bangkok, Sabtu, pun tak sempat sebab pagi ke Chatuchak Weekend Market. Tengah hari dah panas, jadi member kata kita ke Grand Palace esok pagi. Tu yang tadi saya nak juga ke Grand Palace. Saya nampak dari luar, betapa cantiknya senibina istana lama ini.

Tiket masuk 500 baht. Hantam lah.. itulah damages yang perlu dibayar untuk melihat dengam dekat bangunan istana ini dan snap dengan lensa kamera saya. Tapi oleh kerana kami dah kalut nak ke Pattaya, saya memang masuk dalam keadaan rushing. Nas tak masuk, dia tunggu di luar. Katanya kurang berminat dengan tempat begini. Takut ada kekacauan spiritual. Entahlah.. Lagipun, kami memang nak ke Pattaya haritu. Jadi saya masuk Grand Palace agak rushing la. Kami pun tak mau sampai petang sangat di Pattaya. Jadi, saya masuk dalam.. snap snap snap di antara beribu pelancong lain yang ada di sana.

Ada kalanya saya teringat kenangan ke Forbidden City di Beijing. Ramai pelancong, senibina tradisional yang ohsem, sejarah yang mahal dan kenangan menjejakkan kaki yang takkan saya lupa. Ada banyak bangunan, dewan, menara, patung, taman lukisan mural di dalam istana ini. Bersambung dengannya juga adalah Temple of the Emerald Buddha. Tapi ada pintu lain ke temple ni. Saya jumpa semasa saya kalut cari jalan keluar.

Untuk yang meminati bangunan bersejarah, saya belanja gambar di Grand Palace. Wajib datang ke sini ya kalau nanti dah sampai Bangkok.