Buku berjudul Backpack India 4 idiots ini ditulis sendiri oleh cik Rohaniah Noor selaku penerbit Kasi Terbit. Kisahnya bermula selepas penulis dan rakan-rakannya menonton filem 3 Idiot yang dibintangi Aamir khan dan Kareena Kaapor pada tahun 2009. Siapa pernah tengok cerita ni sampai habis? Perasan tak babak last mereka di Tasik Pangong Tso? Haa, bermula dari babak itulah penulis mula memasang angan travel ke India.

 Pada awal 2015, penulis dan rakan-rakannya sudah mula bincangkan plan untuk travel ke India. Namun perancangan mereka tertangguh apabila cik Rohaniah terlibat kemalangan dan alami kecederaan yang serius di kepala. Kecederaannya memakan masa lebih setahun untuk pulih sepenuhnya. Doktor menasihatkan beliau untuk tidak menaiki kapal terbang dan menyelam dalam tempoh setahun selepas pembedahan, bimbang boleh beri implikasi yang teruk pada otaknya.

 Menjelang hujung tahun 2016, kesihatan penulis sudah semakin baik. Bila dah sihat, apa lagi? Penulis pun mulalah aturkan semula plan ke India. Tiket flight dibeli dari Kl ke New Delhi dan pulang semula pada 4 October dari Amritsar ke Kl. Sebulan di India dengan bajet hanya rm2000. Dengan bajet yang kecil, penulis bertekad juga tarvel ke India. Wow, boleh tahan mencabar tu! Boleh survive ke sebulan di India dengan RM2000?

 Sampai sahaja di India, bukan calang-calang cabaran penulis dan rakan-rakannya hadapi. Hinggakan waktu malam pertama mereka di India, salah seorang rakan penulis yang dipanggil Kak jue sudah mula menyesal ke India. Manakan tidaknya, sampai sahaja di New Delhi, mereka sudah terkena dua atau tiga kali scam. Sudahlah hotel dan teksi dicaj harga dua kali ganda dari harga sebenar, hotelnya kotor dan menjijikkan pula tu. Start dari malam itu, bermulalah mimpi ngeri mereka. Jeng jeng jeng…

Pengembaraan dimulakan dari Taj Mahal hinggalah destinasi terakhir mereka, iaitu Golden Temple. Sepanjang sebulan penulis disana, beliau sudah melalui bermacam-macam pengalaman yang sangat ekstrem. Dari pengalaman berjalan kaki sejauh 7.6 km dibawah terik matahari sambil menggalas beg seberat 17kg, hinggalah pengalaman terpijak najis manusia. Eww, menggelikan! Setiap tempat ada cabaran yang berbeza-beza yang sangat menguji fizikal dan mental penulis.

“India sebuah negara yang sangat ekstrem. Dari kencing di tembok dan sampah merata hinggalah air sungai dan tasik yang biru yang boleh diminum begitu sahaja.”

Sebulan di India, mereka akhirnya makin lali menghadapi ragam beberapa masyarakat India yang suka ambil kesempatan dan ada juga yang tiada adab pada pelancong asing. Ada yang tanpa segan silu membuka zip seluar dan kencing di tepi tong sampah. Penulis juga beberapa kali dimarahi penduduk tempatan kerana mengambil gambar dan menggunakan tripod. Agaknya di India ada peraturan melarang pelancong asing mengambil gambar dengan kerap kot?

Tapi mujurlah, ada juga masyarakat India yang baik hati dan banyak menolong mereka terumata sekali sewaktu mereka gagal menggunakan kad sim dan hampir kehabisan minyak ditengah pergununungan.

Penulis juga sudah menjejakkan kaki ke lima buah negeri, dan menginap di 10 buah pekan seperti Agra, Delhi, Ladakh, Keylong, Jammu dan Amritsar.

Antara pengalaman menyeronokkan dilalui penulis adalah sewaktu beliau dan rakannya Aina, trecking sejauh 6 km di Thajiwah Glacier. Walaupun mereka beberapa kali dipaksa lelaki tempatan untuk menaiki kuda, tetapi penulis berkeras juga untuk berjalan kaki sahaja. iyelah, sudahlah bayarannya mahal dua kali ganda, jalan kaki lagi syok!

Sepanjang hampir lima jam setengah treckking, penulis sempat melalui lokasi pengambaran filem Bajragi Bhaijan. Pemandangan yang sangat menajubkan bikin penulis teruja dan berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar.

Waktu yang paling mencabar apabila penulis dan rakannya Aina pergi ke Pangong Tso sendirian menaiki motorsikal 220cc meredah kawasan pergunungan. Penulis sangkakan perjalanan ke Pangong Tso lebih mudah, rupa-rupanya sangat mencabar dan memenatkan!

Dengan kawasan yang bercuram, sunyi, jalan yang berbatu besar dan berpasir, motor boleh pula buat hal. Gear tersangkut ditengah pergunungan dengan ketinggian 5360 meter dari aras laut. Dengan cuaca yang sangat sejuk, terpaksalah dua wanita malaya tersebut mengharungi gunung himalaya itu dengan gear satu sahaja. dramatik betul waktu ni!

“Tiba tiba saya nampak laluan dihadapan itu putus. macam curam menurun tebing dan perlu naik tebing balik.”

Cabaran tak terhenti disitu sahaja. Perjalanan memakan masa sehari suntuk. Malam makin menghampiri, penglihatan pun semakin terbatas. Penulis mula sesat jalan dan alami kesukaran apabila terpaksa melalui tebing yang sangat tinggi, bercerun hinggakan penulis dihempap motorsikal yang berat dan bekalan minyak petrol tertumpah atas kaki kiri dan kanannya. Aduhai, sambil baca buku ini, sambil meremang bulu roma. Rasa cemas dan tak keruan pembaca dibuatnya.

Agak-agaknya apalah lagi cabaran mereka untuk sampai ke Pangong Tso? Berjayakah mereka sampai di Pangong Tso pada malam itu atau terpaksa patah balik dan pergi keesokkan harinya? Berbaloi ke penulis bersusah payah mengerah kudrat untuk sebuah tasik biru yang diimpikan lapan tahun lalu?

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh beli buku di semua cawangan kedai buku Popular Bookstore, SMO, Hassani, dan Kinokunia. Ataupun order sahaja melalui link http://www.wasap.my/60123547636. Segera, dapatkan buku Backpack India 4 Idiots!