Buku bertajuk Backpack Jejak Avatar Di China ni dikeluarkan pada tahun 2018 dan ditulis oleh Normi Nas. Sebelum ini beliau sudah menulis lima buah buku. Kiranya, buku Backpack Jejak Avatar di China ini adalah buku keenam beliau. Buku dengan 187 muka surat ini padat dengan kisah pengembaraan penulis di China. Kali ini, beliau mengembara bersama tiga lagi rakannya iaitu Anie, Kakju dan Aina.

Perancangan ke China ini sebenarnya dibuat last minute apabila rakan penulis iaitu Anie terjumpa tiket promosi Air Asia ke Wuhan. Penulis yang ketika itu sedang mengumpul bajet travel ke India terpaksa ikut serta selepas Anie belikan tiket untuk penulis. Sedangkan penulis tak berikan apa-apa persetujuan lagi. Bajet yang beliau ada ketika itu hanyalah RM800. Mak aih, ini betul-betul bajet tersepit . Apa aje yang boleh dibuat dengan RM800? Macam tak cukup aje Rm800 untuk enam hari di China.

Penulis dan rakannya menaiki kapal terbang dari KLIA2 dan turun di Wuhan Tianhe International Airport dengan kos tambang pergi dan balik, RM398 seorang. Sampai sahaja disana, mereka terpaksa berehat dan tidur di terminal 2 sementara menunggu bus shuttle ke stesen Metro Subway .

Dari Metro Subway penulis menaiki tren ke Hankou Railway Station, kemudian menaiki bullet tren dan turun di Yinchang East. Penulis menaiki bas dari Yinchang East dan turun di Zigui. Dari Zigui pula sekali lagi penulis dan rakan-rakan kembaranya menaiki bas dan barulah mereka tiba persinggahan pertama iaitu Three Gorges Dam. Nak ke empangan hidraulik terbesar dunia itupun memakan masa, tenaga dan agak mencabar.

Sepanjang perjalanan ke Three Gorges Dam, penulis terpaksa berdepan dengan perangai masyarakat China yang boleh tahan annoying. Sudah lah pegawai di pusat informasi tak pandai berbahasa inggeris dan buat tidak endah pada mereka. Papan tanda pula susah difahami kerana kebanyakkan papan tanda hanya berbahasa China. Kemudian wujud pula masyarakat China yang suka meludah merata dan sesuka hati memotong barisan.

Mujurlah susah payah penulis membuahkan hasil. Ternyata pemandangan Three Gorges Dam memang sangat indah dan memukau. Yangtze River yang terletak berdekatan pula menambahkan lagi seri  panorama sekeliling. Dari puncak Three Gorges Dam, penulis boleh melihat keseluruhan daerah empangan. Cumanya, entah kabus atau jerebu yang agak tebal mengganggu pemandangan mereka. Kalau tak, comfirm lagi syok!

Persinggahan penulis yang paling menarik ialah Zhangjiajie National Forest Park. Penulis menghabiskan masa empat hari meneroka dan menginap disana. Tanpa sedar, rupa-rupanya mereka telah booking hostel iaitu Tongfu Inn yang terletak di tengah-tengah hutan. Pergh, memang syoklah! Dapat pula bilik yang menghadap sungai, wahh beruntung betul nasib penulis. Akhirnya, dapat juga penulis tidur dengan tenang selepas dua malam beliau kurang rehat dan tidur merata-rata.

Pada hari pertama mereka di Zhangjiajie National Forest Park, penulis melawati Yuanjiajie Scenic Area. Kepenatan beliau hiking tangga selama dua jam 15 minit berbaloi. Walaupun belum sampai di Yuanjiajei Scenic Area, mereka sudah teruja melihat pemandangan bukit bakau yang cantik. Belum lagi pemandangan di Yuanjiajie yang sudah tentu lagi indah dan mengagumkan

Selama empat hari penulis di Zhangjiajie National Forest Park, beliau juga melawati Golden Whip Stream. Disitu, terdapat sungai yang airnya sangat jernih dan dijaga rapi. Menurut penulis, semakin jauh mereka menelusuri sungai, pemandangan sekelilinginya semakin cantik. Terdapat juga banyak bukit bakau yang mempunyai nama-nama unik.

Munurut Carol iaitu pemilik hotel yang penulis inap, beliau memerlukan masa empat atau lima jam untuk meneroka Golden Whip Stream sepuas-puasnya. Terdapat sangat banyak spot untuk meneroka Golden Whip Stream. Antara spot menarik yang sempat penulis lawati adalah Longevity Spring. Disitu, penulis sempat menadah air gunung yang keluar dari celah batu.

” Memang patutlah Golden Whip Stream ini digelar lembah paling indah di dunia dan sungai paling poetic di dunia. Alam semula jadi di situ ibarat lukisan.”

Bukan itu sahaja, beliau juga dapat melawati Huangshi Village iaitu sebuah gunung yang setinggi 1080 meter. Terdapat 37 spot untuk mengelilingi puncak Huangshi.. Setiap platform diibaratkan sebuah lukisan fantasi yang sangat cantik hinggakan sukar untuk penulis gambarkan dengan kata-kata. Wahh, entah kenapa saya sendiri mula rasa tertarik untuk melancong ke China.

” Saya semakin kagum kerana setiap platform tinjau di Huangshi Village ada pemandangan berbeza. sangat unik.”

 Penulis juga berpeluang menaiki kereta kabel terpanjang di dunia untuk menuju ke Tiamen Mountain. Untuk sampai ke puncak memakan masa 28 minit. Pemandangan sepanjang menuju ke Tiamen Mountain sangat cantik dan mengagumkan.

” Pemandangan sepanjang menaiki kereta kabel memang indah, Dari bandar, melintasi perkampungan dan kemudiannya merentas gunung-ganang di Zhangjiajie National Park.”

Sampai sahaja di Tianmen Mountain, penulis melalui trek tebing tinggi di bahagian darat menuju ke arah timur. Untuk kearah barat, terdapat Glass Skywalk yang sangat popular untuk dilalui pengunjung. Namun, dek kerana gayat, penulis dan rakannya Aina hanya melalui laluan biasa yang ada jambatan gantung sepanjang 160 meter. Hanya rakannya Anie dan Kak jue sahaja yang melalui Skywalk tersebut.

Tiba hari terakhir mereka Zhangjiajie, penulis dan rakan-rakannya masih lagi diuji dengan beberapa cabaran. Selepas meninggalkan daerah Yangjiajie, mereka terlupa sesuatu hal yang penting. Rakan penulis, Kak jue terlupa untuk tuntut wang deposit 200 yuan dari pemilik hostel Tongfu Inn. Pada ketika itu, 200 yuan bersamaan dengan lebih kurang RM120. Banyak juga tu!

Nak berpatah balik ke Yangjiajie, sudah jauh. Mereka perlu segera menaiki tren ke Yinchang East. Dalam kekalutan untuk balik ke Malaysia, agaknya berjaya ke mereka tuntut semula duit tersebut? Tapi kalau tak berjaya tuntut, rugilah!

 Tak terhenti disitu sahaja, sekali lagi kesabaran penulis dan rakan kembaranya diuji. Tren pergi ke Yichang tertangguh, sepatutnya mereka menaiki tren jam 8.30 pagi tapi tertangguh jam 10.30 pagi. Mereka perlu sampai di Yinchang East sebelum jam 3.22 petang dan tiba di Hankou. Dari Hankou barulah mereka dapat ke Wuhan Tianhe International Airport. Harap-harap kami bernasib baik kali ini, bisik penulis.

Ternyata nasib tak menyebelahi mereka. Mereka tiba di Yinchang East jam 3.45 petang. Penulis sudah tertinggal tren untuk ke Hankou. Matilah, kata penulis. Ada lagi ke tiket untuk waktu seterusnya?

Penulis semakin resah mengenangkan mereka sudah menempah tiket flight balik Malaysia pada malam itu. Mereka betul-betul dalam masalah besar. Kalau tak sempat sampai ke Hankou dan naik flight malam itu, kemana pula mereka nak tidur malam itu? Bila pula mereka dapat balik ke Malaysia? Berepa pula kos mereka terpaksa tanggung kali ini?

Penulis pula sudah kehabisan duit poket, bajet beliau sudah lari jauh. Masalah yang sangat kritikal ni. Adakah pengembaraan penulis di China ini berakhir dengan baik atau sebaliknya?

Untuk ketahui apa yang terjadi seterusnya, anda boleh beli buku ini di semua cawangan kedai buku Popular Bookstore, SMO, Hassani, dan Kinokunia. Ataupun order sahaja melalui link http://www.wasap.my/60123547636.

Dapatkan buku Backpack Jejak Avatar di China segera!