KRABIkaverAda RM500? Ok, cukup tu. Yang sedang belajar, yang tak banyak duit, yang ada duit tapi nak bajet…RM500 dah cukup untuk mengembara secara bajet dan adventure!

Ada yang kata, ‘buat apa susah-susah 24 jam naik baslah, baik trenlah…naik flight kan senang kalau takat nak ke KRABI, boleh bajet juga dengan beli tiket promo’.

Betul, tak dinafikan. Terpulang masing-masing punya selera. Tapi kami di Saya Backpacker pilih adventure. Kami nak tengok bumi orang dengan lebih dekat. Kami bukan sekadar melancong, tapi kami nak tengok sikap manusia, nak belajar hidup orang lain, nak rasa pengalaman yang kami tak pernah rasa sebelum ni. Jadi kami pilih naik bas, naik tren, malah kami tumpang hilux orang tempatan ketika kami lewat tiba di bandar Krabi, Thailand.

Kami bercerita setiap sen yang kami belanjakan. Kami nak orang tahu apa yang kami alami, yang kami pelajari, bagaimana kami cuba capai matlamat untuk kembara bajet rendah, kami nak bagitahu orang di luar sana, mengembara itu mampu dilakukan semua orang, bukan orang berduit je.

Kami cerita segala susah payah kami, dugaan kami sepanjang perjalanan, tapi kami tak lupa berkongsi maklumat aktiviti, penginapan dan apa yang kami makan. Kami jujur dalam bercerita, mana yang kami rasa tak patut, kami terang-terang cakap jangan buat aktiviti tu.

Sampaikan hal misteri yang kami alami pun kami kongsi dan terpulang pada pembaca untuk memahami atau mempercayainya. Ia bukan cerita yang dibuat-buat untuk melakukan buku, itu adalah true story atau cerita sebenar yang kami sendiri alami.

Jom, apa tunggu lagi. Tambah pengetahuan dan koleksi buku anda! Kami yakin, anda takkan kecewa dengan buku ni. Wah, gitu…

Macammana Nak Dapatkan Buku Ni?

Harga buku RM25 + kos pos RM6 semenanjung, RM10 Sabah/Sarawak.

Caranya:

1) mohon bank-in ke akaun CIMB Bank Akaun No. 8600304257 atas nama Kaseh Trading and Services.
masukkan email order@sayabackacker.com sebagai notifikasi pembayaran, dan tulis ‘KRABI’ di ruang recipient reference.

2) emailkan kepada order@sayabackpacker.my dengan menyatakan nama, email, alamat surat menyurat, no tel, tarikh dan bukti pembayaran dibuat.

3) jika mahukan tandatangan penulis, sila nyatakan di dalam email tersebut

4) Bagi kami masa 3 hari bekerja untuk urusan pos ya…

 

Nota: Buku ni sudah ada di kedai-kedai buku utama di seluruh negara seperti Kinokuniya, KLCC, MPH, Popular dan kedai-kedai buku lain yang sewaktu dengannya. Yeay!