bukutravel A3051

Salam buat backpackers semua!

 

Backpacker sejati tu yang banyak membaca dan mengkaji. Walaupun kita ni jenis kaki terjah, tapi terjah bukan sebarang terjah. Kitalah kaki Google, kita jugalah kaki Lonely Planet, dan kita juga si cool yang rajin membaca. Bukan apa, semua ni berguna bagi menambah ilmu di dada pengembara.

 

Oleh itu, Saya Backpacker mengambil kesempatan menjemput anda semua ke booth kami di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor bermula 29 April 2016 sehingga 9 Mei 2016. Ala, tapak ekspo MAHA tulah… yang dekat-dekat UPM tu.

 

Booth kami iaitu Booth #KakiBuku (dewan A3051) mendominasi buku-buku kembara atau travelog terhangat di pasaran. Ada 12 buah buku travelog. 7 antaranya baru dilancarkan sempena PBAKL 2016. Anda boleh dapatkan buku-buku ini dengan diskaun 10% atau kalau nak lebih syok, kami tawarkan HARGA KOMBO, 3 buah buku hanya RM60 sahaja. Murah kan?

bukutravel KOMBO A3051

 

Bukan sekadar buku, anda juga berpeluang bertemu dan bertepuk tampar dengan penulis-penulis buku ini. Bukan penampor ya. Ada sesi Meet & Greet dengan penulis-penulis hampir setiap hari. Tapi bukanlah setiap masa mereka ada di booth. Jadi jangan lepaskan peluang!

 

Siapa yang ada? Aha, kami ada Siti Noridah @ET, Badrul Hisham (Sham Adventura), Meor Farid Asyradi (Travelog Mr. Traveller), M Hilmi Osman (Lantang Nepal), Faiz Nazmi (Musafir Duniawi), Azzah AR (Berjalan di Muka Bumi), Nor Sa’adah Ahmad & Dr. Noor Hayati Yasmin (Melbourne & Sydney Dalam Sepuluh Hari) dan…penulis Saya Backpacker sendiri, Normi Ahmad Shafie (KRABI & SEOUL). Otai besar Saya Backpacker iaitu Rohaniah Noor sudah tentunya ada juga. Yeay!

 

Bagaimana nak pergi ke Pesta Buku ni? Aha, senang saja. Kalau tak faham peta ni, boleh cari di Google Map atau di aplikasi Waze. Dan kalau naik pengangkutan awam, boleh ambil shuttle bus dari KTM Serdang menuju ke MAEPS. Ia disediakan khas untuk Pesta Buku kali ini.

maeps

Jom ramai-ramai serang booth kami!