Ahad, lagi dua hari sebelum Ramadan muncul, saya masih berkelana di Kuala Selangor.

Pagi ini, saya mau mencuba pengalaman bercermin langit. Sky Mirror di Pantai Sasaran, Kuala Selangor. Saya penah tengok banyak gambar-gambar orang lain di sini. Fuh.. macam bergambar atas cermin. Refleksi dia memang simetri. Kawan saya Azimah pun dah pernah posing atas cermin ni. Jeles.

Saya pernah juga tengok di Google Map. Lokasi tempat ni di tengah laut. Biar betul. Aish.. macamana boleh tengah laut tak ada air laut? Tu yang saya nak saksi sendiri ni.

Sama macam trip bagi makan helang, tengok kunang-kunang / kelip-kelip dan blue tears sebelum ni, saya pun booking trip sky mirror melalui Klook. Haa senang. Sebenarnya ada banyak operator lain yang bawa trip ke Sky Mirror ni. Tapi, apps klook dah ada dalam handphone kan. Guna je la. Harga pun berpatutan. Cuma RM70 seorang.

Jam 7.30 pagi, semua yang ambik pakej ni perlu menunggu di jeti yang sama macam trip bagi makan helang tempoh hari. Kat Restoran Makanan Laut Bagan tu. Hari ni saya tak puasa. Ahahaa.. jadi boleh la saya minum air kalau dahaga kena panas matahari kat tengah laut nanti.

Jam 8.12, saya dan ahli trip ini dipanggil masuk ke dalam bot. Dalam tu dah disediakan jaket keselamatan. Kami perlu pakai. Bot bergerak. Kali ni kami ada dua orang guide dalam bot. Sorang namanya Eric, sorang lagi saya dah lupa.

Yang-saya-dah-lupa-namanya ni memberi taklimat ringkas. Antaranya, kami tak boleh berdiri ketika bot sedang bergerak. Sambil bot bergerak laju memecah sungai Selangor yang luas… menuju ke laut. Ke tengah laut.

Saya memerhati laut yang luas. Nampak ada beberapa bot pun bergerak laju tak jauh dari kami. Menuju arah yang sama. Ahaa.. ni mesti bot operator lain. Sambil tangan saya melihat Google Maps. Saya nampak current location bergerak menghala lagi jauh ke tengah laut. Masa tu, cahaya matahari dah naik. Tembus di celah-celah awan. Seperti ada banyak lampu suluh dari langit menghala ke bawah. Cantik.

Jam 8.44 pagi, bot berhenti. Guide yang-saya-tak-ingat-nama tadi menerangkan yang kami perlu tinggalkan sahaja beg di dalam bot. Bukak kasut dan selipar. Kaki ayam sahaja turun ke bawah. Hoh. Saya tengok paras air laut kat bawah tu dalam paras betis. Air masih tinggi.

Kata guide tu, kita turun dulu dan tunggu air surut. Dia jangka mungkin dalam 15 minit lagi. Oh, begitu.

Saya tengok penumpang bot dah mula turun. Saya sangkutkan kamera mirrorless di leher. Handphone letak dalam kocek seluar. Tangan sebelah kiri pegang tripod yang saya dah buka dari casing. Sengseng seluar sikit. Turun.

Bila kaki dah mencecah laut, guide kami beri payung berwarna-warni sorang satu. Ambik sahaja. Saya melihat seluar saya.. Alamak basahhh.. kena air laut. Walaupun saya dah singsing seluar ni tadi, tapi masih tetap kena. Alaaa.. baru je tukar seluar pagi ni. Kalau tau begini, saya pakai seluar semalam.

Saya lihat ramai orang dari bot lain pun dah turun bawah. Ada ramai. Mungkin ada dalam 10 bot semuanya. Semua berjalan kaki menghala ke depan lagi. Ikut arah guide masing-masing. Tapi tak ada bendera ya.. bukan macam tourist guide pelancong dari China. Hehehe…Saya nampak Eric dan guide yang-saya-taktau-nama tu bawak 3 papan putih bersama. Untuk apa papan putih tu ya?

Tak lama kemudian, guide kami tu berhenti. Kami semua berhenti. Guide tu kata, kita tunggu area sini ya. Jangan pergi jauh sangat ke tepi. Kalau jauh sangat, nanti pasir ni turun semula dan laut akan dalam. Ohh..

Saya nampak guide kami dua orang tu memacakkan papan putih tadi ke atas pasir. Dalam air. But macam bentuk V terbalik. Guide dari bot lain pun sama. Seperti dalam satu barisan lurus ke depan. Masa tu air masih lagi setinggi atas pergelangan kaki. Saya pula, sambil menunggu sambil tangkap gambar. Pacak tripod dan snap gambar diri sendiri.

Jam 9.11 pagi, saya perasan air makin surut. Dah paras tapak kaki je dah. Saya nampak semua guide gunakan papan ratakan plaster simen untuk gerakkan pasir ke satu kawasan. Macam mereka tambunkan dan kumpulkan pasir ke satu tempat. Tolak pasir keluar jauh dari kawasan depan papan putih yang mereka pacak tadi.

Masa tu, papan putih dah diletakkan berbentuk U shape menghala ke depan. Orang lain buat tak peduli dengan apa guide buat ni. Hanya saya je heran dan tangkap video dan gambar.

Air semakin surut. Kemudian semua guide akan kaut sedikit pasir dan letak depan papan putih tu. Kaut lagi, letak depan papan putih tu lagi. Sambung lagi dan lagi sampailah.. ehhh dah jadi macam benteng pasir.

Saya tanya guide tu, kenapa buat macam ni? Dia terangkan, ini untuk bagi air bertakung. Nanti kita nak shadow dari air tu. Ohh…

Saya teringat gambar-gambar yang saya nampak di Sky Mirror. Sekelilingnya nampak biru. Langit biru, biasan cermin di bawah pun biru. Tapi lain sangat dengan yang saya nampak depan mata ni. Saya nampak coklat semuanya. Pasirnya coklat. Airnya jernih, jadi nampak coklat juga la. Jadi, macamana boleh datang warna biru? Saya keliru.

Paras air semakin surut. Saya kira hanya tinggal dalam beberapa mm sahaja atas pasir. Ada banyak juga tempat yang langsung tak ada air laut. Hanya pasir. Woww.. bayangkan di tengah laut, ada kawasan sebesar ini yang muncul. Seperti satu pulau pasir yang muncul beberapa jam sahaja hampir setiap hari. Ini rare!

Kemudian dua guide bot kami buat pengumuman. Semua ahli trip ni dibahagikan kepada dua kumpulan. Saya termasuk dalam kumpulan Eric. Maknanya kami akan bergambar dengan dibantu oleh Eric.

Eric meletakkan payung berwarna-warni di depan papan putih. Seperti menutup tempat yang dia akan duduk untuk tangkapkan gambar. Kemudian dia terangkan prosedurnya. Setiap orang atau kumpulan diberi peluang snap gambar 3 kali. Kemudian, tukar giliran ke orang atau kumpulan lain sesama kami ni pula. Begitulah berterusan hinggalah dah habis masa untuk kami pulang.

Baik. Kami semua budak baik, akur dengan perintah guide.

Eric bertanya, siapa nak start dulu. Masa tu saya agak hairan. Eh, dah boleh tangkap gambar ke? Tak nampak biru pun semua tempat ni. Beza sangat dengan yang saya tengok dalam gambar. Dalam gambar nampak biru. Tapi yang saya tengok ni, penuh pasir warna coklat muda. Saya masih blur.

Pasangan suami isteri dengan anak kecil volunteer jadi kumpulan pertama bergambar. Eric beritahu kat mana diorang patut berdiri dan cadangan posing. Ehehe.. posing pertama kan. Ramai masih blur. Saya, dah ada satu posing wajib saya nak buat. Saya dah bawak baju sejuk siap-siap.

Selepas Eric ajar posing, Eric pun ambik handphone mereka untuk snapkan. Kemudian Eric duduk bawah payung di depan papan putih tadi. Badan merapat ke bawah, handphone dan tangan betul-betul atas air.

Oh saya dah faham sekarang kenapa mereka buat benteng pasir tu. Mereka nak perangkap air supaya bergenang depan benteng tu. Jadi mereka bayang-bayang dari air yang bergenang. Patutla mereka alihkan pasir sebelum buat benteng tu.. Ahkak baru tau dik.

Ready… 1.. 2… 3.. snap!

Semua orang dengan curiousity nak tengok apa hasilnya. Eric bangun dari benteng pasir dan payung pertahannya. Dia tunjukkan kat pasangan suami isteri tu.. dan kami pun nampak la sebab menyebok dan tengok kat belakang tu.

Wohooo… memang lawa la gambarnya.

Rupanya yang nampak serba biru tu adalah warna langit. Yaa.. tak ada awan langsung di langit. Jadi langit memang biru sahaja. Kemudian air yang bertakung depan benteng pasir memantulkan imej atas kan. Imej kita dengan langit biru. Dan oleh kerana ini di tengah lautan, jadi tak ada sebarang objek lain. Kosong sahaja antara langit dan kita. Pasir berwarna coklat muda yang kami pijak ni tak nampak dalam gambar sebab Eric tak halakan kamera ke bawah. Tapi ke atas sahaja.

Kemudian dalam gambar nampak macam kami sahaja kan.. padahal ada sebaris group-group macam kami yang bergambar sama. Cuma jarak selamat antara group menyebabkan mereka tak masuk dalam gambar kami.

Brilliant! Teknik bergambar yang brillian menghasilkan gambar yang biru, clean, amazing dan smart.

Kemudian kami pun bergilir-gilir bergambar dengan posing masing-masing. Siapa blur dengan posing, Eric beri idea. Eric siap pergi pinjam gorilla dan menara Eiffel untuk kami posing. Ehehe..

terbaik

la semua guide kat sini. Tapi yang paling tough bagi saya adalah bergambar bertiga. Sorang di tengah-tengah. Sorang lagi di sebelah kiri dan sorang di sebelah tangan. Semua kaki bercantum di tengah dan tangan berpegangan, kecuali tangan yang paling tepi harus menahan di atas pasir.

Ho… gambar tu, tangan kita yang kat kiri kanan kena tahan kuat badan kita. Kalau tak, kita tarik tangan orang tengah. Bayangkan bila dua-dua tangan dia ditarik oleh dua orang di sebelah kiri kanan dia.. mau nak tercabut tangan dia nanti. Tapi hasilnya memang amazing la.

Jam 10.30 Eric umumkan kami perlu bergerak balik ke bot. Dah cukup time! Katanya lagi, kalau lewat, nanti susah nak sampai ke jeti sebab air sungai akan semakin surut. Kami semua akur dan pulang ke bot. Eric siap bagitau nombor bot lagi sebab takut kami salah naik bot orang. Hahahaa…

Apa pun, semua gambar yang dapat snap kat sini, adalah pengalaman unik saya. Pulau pasir yang timbul hanya beberapa jam dan memberi peluang kami berpijak atasnya. Dapat pula snap gambar yang cantik begini.. ini semua pengalaman yang bagi saya bertaraf antarabangsa. Tapi ini bukan di Hawaii atau China. Ini hanya di Kuala Selangor sahaja.

Cermin langit yang membiru. Pengalaman yang korang semua kena rasai.