“gomo kelate gomo” lebih kurang macam itulah slogan ore kelate kecek. Negeri Kelantan mungkin tak popular dengan tarikan semula jadi seperti pulau atau pantai, tetapi balik sahaja dari negeri serambi mekkah tu, confirm bonet kereta anda penuh dengan hasil bershopping sakan. So, teruskan membaca untuk aim awal-awal tujuh tempat shopping paling syok di Kelantan untuk anda serbu. Jom!

Kredit foto: http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1709618

1. Pasar Terapung Suri.

Pasar dengan nama lainnya Kelantan Floating Market bertempat di kampung Pulau Suri Tumpat. Haa, kalau anda mengidamkan makanan tempatan Kelantan seperti nasi kak wok, laksam dan ayam percik kelantan, bolehlah singgah sekejap disini.

Pasar Terapung Pulau Suri dibuka setiap hari sabtu yang merupakan hari hujung minggu buat masyarakat negeri Kelantan. Pasar ini dibuka dari jam 10.00 am hingga 12.30 pm. Untuk singgah ke pasar terapung ini, anda boleh menaiki bot dari Jeti Kuala Besar, Kota Bharu terlebih dahulu.

Kredit foto: http://www.mpkbbri.gov.my/ms/pelawat/beli-belah/pasar-siti-khadijah

2. Pasar Siti Khadijah.

 Pasar Siti Khadijah merupakan pasar jualan bahan basah seperti ayam, daging dan makanan laut. Majoriti peniaga disini merupakan wanita. Iyelah, wanita kelantan bukan sahaja terkenal dengan rupa paras yang cantik, malah kaum hawa kelantan juga dianggap pandai berniaga.

Perkakasan dapur dan pakaian juga banyak dijual disini. Ada juga beberapa lot kedai yang menjual perkakasan perkahwinan seperti bunga palsu, kain renda dan dulang hantaran yang cantik dengan harga berpatutan. Kalau anda pandai tawar-menawar harga dan boleh kecek kelantan, confirm dapat banyak diskaun.

Kredit foto: http://www.pmbk.gov.my/pemasaran/index.php/lines-listing/komersil/bazar-tok-guru

3. Bazar Tok Guru.

 Bazar besar yang terletak di Kota Bharu ini terkenal dengan jualan borong kain ela yang sangat cantik. Kaum wanita akan menghabiskan masa berjam-jam, sementara yang lelaki pula mengelak untuk singgah disini hahaha. Iyelahh, bukan selalu kan dapat beli kain ela cantik dengan harga yang murah pula tu.

Selain daripada kain ela, terdapat juga jualan tudung, kain telekung dan pakaian lelaki yang dijual secara runcit dan borong. Ada juga yang membeli pakaian disini secara borong untuk dijual ditempat lain, kerana semakin banyak yang anda beli, semakin murah harganya.

4. Pasar Malam Wakaf Che Yeh.

 Pasar Malam Wakaf Che Yeh adalah tempat favourite untuk penduduk setempat menghabiskan waktu malam mereka. Dikatakan Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini port paling menarik untuk bersiar-siar dan melepak pada waktu malam. Pasar ini satu-satunya pasar yang dibuka dari petang hinggalah keesokan paginya.

Selain daripada membeli pakaian, alat permainanan kanak-kanak, anda juga dapat menjamu selera sambil bersantai di medan selera yang terletak di tengah-tengah pasar. Pada waktu ramadhan pula, terdapat banyak jualan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding waktu lain. Ohh yaa, pasar ini juga dibuka setiap hari dan sentiasa sesak dengan pengunjung.

Kredit foto: http://sini.com.my/business/lgmtravelDetailview/1000005130

5. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.

Anda teringin membeli pinggan mangkuk dengan harga murah? Disinilah tempat anda wajib singgah untuk beli pinggan mangkuk, periuk belanga yang berbagai saiz, dan juga toto.

Pada musim buah pula, terdapat berbagai buah tempatan yang dijual dengan harga berpatutan seperti buah durian, manggis, rambutan dan mempelam. Malah, makanan thailand seperti som tam dan pulut mangga ada di juga disekitar pasar ini. Ada juga kedai yang memberikan anda beraneka pilhan dengan harga yang lebih rendah berbanding di tempat lain.

Kredit foto: http://www.flyklia.com/handicraft-village-and-craft-museum-kelantan/

6. Kampung Kraftangan

 Sebelum balik dari bercuti, mestilah nak beli ole-ole untuk office mate atau family kan? Apa kata anda singgah di Kampung Kraftangan di Kota Bharu, confirm licin habis duit dalam dompet tu hehehe.

Keseluruhan kedai di Kampung Kraftangan ini diperbuat daripada bahan binaan kayu. Terdapat berbagai kraftangan tempatan yang sangat menarik seperti tudung saji, tikar, alas makan, raga dan juga beg galas yang disulam dengan sangat kemas.

Songket dan kain batik di Kmapung kraftangan ni jangan cakaplah, semuanya cantik-cantik. Paling best, selain bershopping sakan, anda juga berpeluang melukis sendiri kain batik dengan caj sebanyak rm10 sahaja. Wah, bestnya!

Kredit foto: https://rileklah.com/jalan-jalan/tak-perlu-lagi-ke-negara-jiran-cari-pasar-terapung-kelantan-pun-ada-2-floating-market

7. Pasar Terapung Pengkalan Datu.

 Berbeza dengan Pasar Terapung Pulau Suri. Untuk ke Pasar Terapung Pengkalan Datu anda tak perlu menaiki bot dan lebih mudah untuk diakses.

Pasar terapung Pengkalan Datu terletak di Pengkalan Chepa iaitu 10 km sahaja daripada Kota Bharu dan memakan masa 20 minit perjalanan dari Kota Bharu. Rata-rata penjual disini menjual manisan dan makanan tempatan Kelantan. Sambil bersantai bolehlah makan kuih akok, nasi ulam, etak salai, dan kerabu sarea yang ada dijual disini.

Nampak macam syokkan? Lepasni kalau pergi ke Kelantan, dah tahulah kat mana tempat best untuk shopping. Jangan lupa untuk sharekan artikel pada partner atau rakan-rakannya. Manalah tahu nanti ada orang nak berlanja anda shopping. Stay tuned and chill!