Woww..  Nampaknya mulai Julai nanti, kita boleh tersenyum lebih gembira. Selain Syawal yang bakal menjelma, ada satu lagi berita menarik buat orang kampung belah utara yang merantau di KL atau buat mereka yang ingin travel ke utara.

ktm butterworth

Berita menarik itu adalah, perkhidmatan ETS yang menghubungkan KL dan Butterworth serta KL  dan Perlis akan mula beroperasi.  Wahhh…

Dengan adanya ETS ni, perjalanan dari KL ke Butterworth dijangka hanya 3 jam. Tanpa traffic jam! Ia sejauh 171km.

Manakala bagi perkhidmatan ETS KL ke Perlis pula, kita dijangka boleh tiba dalam hanya 4 jam sahaja. Jarak perjalanan sejauh 500km. Kelajuan ETS nanti dijangka sehingga 160 km sejam.

Wahh.. kalau macamni, tak payah la dah kami naik Tren Intercity KTM yang ambil masa lebih 12 jam dari KL ke Padang Besar atau arah bertentangan. Jimat banyak masa.

ktm kajang

KTM sekarang sedang menunggu kelulusan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) namun mereka positif yang ia sudah boleh beroperasi menjelang Aidilfitri ini.

Jadual kekerapan  dan kadar tambang akan diumumkan sekali pada bulan Julai nanti.

Jadi, kawan-kawan.. tak lama dah ni. Siapa nak jadi antara yang terawal naik ETS sampai ke utara?

Sumber info:

Harian Metro

Free Malaysia Today