Good Guys Go to Heaven, Bad Guys Go to Pattaya

Penulis: Rohaniah Noor

Tahun 2016, semasa saya di Pattaya. Saya dan travelmate jalan-jalan di kawasan sekitar. Masa tu malam.pertama di sana. Member ajak tengok sunset kat pantai. Menarik tu.

Jadi kami pun turun dari hostel menghala ke pantai. Melalui lorong-lorong kecil, kemudian tembus jalan besar tepi Pantai Pattaya.

Di tepi-tepi lorong, ada banyak hotel bajet, hotel tak kisah bajet, bar, kedai makan dan ada juga shopping mall. Gerai makanan ada, tapi tak banyak.

Ada beberapa orang yang jual makanan di dua bakul yang dijinjit di bahu. Seingat saya, kalau kat Myanmar, biasa sangat orang jual makanan begini. Tapi di Bangkok, belum ternampak lagi.

Sunset kat tepi pantai sangat cantik. Ada banyak kerusi disusun di tepi pantai. Siap ada yang tawarkan foot massage kat tepi pantai lagi.

Kami melalui sebuah shopping mall yang ada galeri Ripley’s Believe it or Not. Tengok di internet, nampak menarik. Tapi kami tak ada bajet nak beli tiket masuk. Jadi tengok signboard je la.

Walking Street

Kami berjalan kaki terus sampai ke Walking Street. Kiri kanan ada banyak kedai yang antaranya bar, kedai makan, farmasi, kedai baju, dan kedai-kedai tertutup yang 18 tahun ke atas sahaja yang faham. Kata signboard sebuah kedai di sana, Good guys go to heaven. Bad guys go to Pattaya.

Wohoo…

Tak boleh ulas lebih-lebih.

Tapi kami boleh pesan..hati-hati.. Jangan sekali-kali benarkan suami atau boyfriend korang ke Pattaya seorang diri atau sesama kawan lelaki.

Bahaya….

Saya perhatikan kat sini ada banyak signboard yang ditulis dalam bahasa Russia, selain tulisan English dan Chinese. Kami tertanya-tanya.. Kenapa Russia?

Rupanya orang Russia hanya suka pergi Pattaya atau Phuket je kalau mengembara luar dari negara mereka. Jadi, ramailah pelancong Russia di sini rupanya.

Nak cari kedai makanan halal di Pattaya agak mencabar. Di dalam walking street, ada beberapa kedai makanan Turki dan ais krim Turki di sini. Ada restoran india pula yang jual makanan yang namanya Dosa.

Err.. Makanan ni halal ke haram? Hehehee

Muay Thai boxing pun ada tau. Ia terbuka. Bukan dalam dewan. Tapi kalau nak tengok, kena duduk kat kerusi dan beli air. Untuk yang Muslim, ada la kelapa untuk diminum tapi harganya 100 baht sebijik. Mak ai…

Kami cuba berdiri dan tengok tanpa duduk minum. Tapi masa boxing baru start, segerombolan pelancong China datang berdiri depan tu ramai-ramai. Memang bising la pompuan Thai yang jaga tempat tu. Nak tengok free mana boleh..

Malas dengar dia bising, kami chau sahaja.

Habis pusing Walking Street kami pulang ke hostel. Masa on the way tulah kami nampak polis angkut motor tengah parking naik atas 4 wheel drive. Tak tau apa kes.

Dengan perut kelaparan, kami lalu depan restoran makanan halal, Maha Rani. Tu yang pekena nasi goreng udang dan ikan masak stim. Perghh.. Sedap betul.

Oh ya.. Sejak kat Bangkok, kami jumpa air kelapa harga 50 baht sebijik. Mahal la. Kat Malaysia pun sebijik dalam rm3.50 ke rm4 sahaja.

Tapi malam tadi kami jumpa orang jual dengan harga 40 baht sahaja. Apa lagi.. Tekak segera meminta-minta.. Share minum sebijik kelapa kasi hilang kempunan. Memang manis air kelapa dia.

Nangka madu dalam plastik pun cuma 20 baht. Poskad 5 baht sekeping. Habis saya rembat.

Malam tadi kami pulang ke hostel dengan perut kekenyangan. Tengok tv dan tido.