Bas Hoi An - Da Nang

Cerita hari pertama di bumi Vietnam.

Selepas makan tengah hari, kami singgah beli sim kad kejap. Kemudian kami berpecah.

Al, backpacker yang kami temui tadi, pulang ke hostel manakala saya dah Azzah berjalan kaki mencari di mana nak ambil bas ke Hoi An.

Berpandukan peta yang dibekalkan oleh pihak hostel, kami mencari di mana nak ambil bas ke Hoi An. Sebutannya Hoiyan.

Menggagau juga mencari tempat nak naik bas tu. Kami berhenti dan tanya di Tourist Information Center. Pegawai di sana beri arah jalan. Kami berjalan lagi.

Kemudian blur. Bertanya pada seorang pakcik jaga bank. Bagus betul dia beritahu kami kena tunggu sebelah sana. Dari jauh dia beri arahan di mana spot yang kami patut berhenti tunggu bas. Dia juga tolong tengokkan bas dari jauh. Bila bas tu dah kelihatan dari jauh, dia beri isyarat kat kami untuk bersedia.

Terima kasih banyak-banyak pada pakcik tu. Tak boleh berkomunikasi dengan bahasa yang sama tak menghalang kami berkomunikasi dengan gaya badan, memek muka dan bahasa isyarat.

Tambang bas dari Danang ke Hoi An berharga 30,000 dong. Lebih kurang RM 5.10. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Public Transport Hoi An

Sampai di stesen bas Hoi An, kami diserbu pakcik-pakcik motor untuk membawa ke Old Town Hoi An. Lebih kurang 4 km jaraknya. Harga yang mereka minta asalnya memang hilang akal. 100,000 dong! Haihhh!

Tawar punya tawar, dapat lah 20,000 dong sahaja. Lebih kurang rm3.40. Murah je sebenarnya… Sengaja mereka cuba ‘pau’ pelancong dulu.

Kat vietnam ni, orang yang bawa motorsikal je wajib pakai helmet. Pembonceng di belakang tak perlu.

Hoi An

-Rohaniah Noor-