Percaya atau tak, di Malaysia pun kita boleh dapatkan percutian ala-ala di Maldives. Agak-agak kat mana? Kat mana lagi kalau bukan di Pulau Perhentian yang bertempat di negeri Terengganu Darul Iman.

Kalau dari kuala Lumpur, anda boleh tempah tiket kapal flight dan turun di airport Kota Bharu yang berada 45 km sahaja dari Besut berbanding airport Kuala Terengganu yang memerlukan perjalanan dua jam untuk sampai ke Jeti Kuala Besut . Nak drive sendiri pun boleh, tapi memakan masa enam jam lebih perjalanan. Kemudian, untuk ke Pulau Perhentian anda boleh menaiki bot dari Jeti Kuala Besut.

Sampai sahaja di Jeti Kuala Besut, bolehlah anda selfie dulu sementara tunggu bot, sebab jeti dia cantik dan ceria sangat. Di sekitar jeti terdapat beberapa agensi perlancongan dan kedai menjual cenderahati, aksesori seperti kaca mata, topi dan pakaian yang cantik.

Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Jarak antara dua pulau ini sangat dekat, hanya mengambil masa tiga hingga lima minit sahaja perjalanan menaiki bot. Kedua-dua pulau ini banyak tempat penginapan disediakan seperti challet, resort dan hotel bajet. Tak kiralah samada anda menginap di Pulau Perhentian Kecil atau Pulau Perhentian Besar, kedua-dua cantik.

Terdapat banyak agensi perlancongan yang tawarkan pakej bermula dari harga serendah Rm250 seorang. Anda boleh pilih pakej mengikut kemampuan kewangan dan kemudahan yang mahu disediakan untuk keperluan anda seperti bot pergi balik ke jeti, makanan dan peralatan snorkelling. Samada pakej yang mewah atau bajet, kesemuanya cukup lengkap. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya booking pakej lengkap sekali dengan penyediaan makanan tiga kali sehari dan juga bot untuk pergi snorkelling, sebab kebiasaannya makanan dikawasan kepulauan ini agak mahal.

Aktiviti paling popular dekat sini ialah snorkelling. Snorkelling di Perhentian merupakan pengalaman yang tak akan dilupakan oleh saya. Punya syok snorkelling sampai tak sedar sudah lebih dua jam saya snokelling. Point snorkelling yang paling menarik adalah Turtle Bay, Shark Point, Fish Point, Coral Point dan Lata Air Berani.

Credit foto: https://www.dasiatravels.com/perhentian-island-holiday-tour/

Di Turtle Bay, ada banyak penyu-penyu yang berkeliaran untuk berjumpa dengan fans mereka (kita lah tu). Kalau bernasib baik, bolehlah bersefie didalam air bersama penyu yang jinak.

Shark Point pula memberi anda pengalaman unik apabila dapat melihat ikan jerung dengan jarak yang sangat dekat. Wow, bunyi macam menyeramkan. Jangan risau, jerung disini tak attact manusia, kira macam friendly lah.

Kredit foto: https://www.angel-diver.com/

Fish Point dan Coral Point pula point yang paling cantik dengan terumbu karang dan hidupan marin yang berwarna warni. Ada banyak sangat ikan-ikan yang tak takut pun untuk berenang berdekatan dengan manusia.

Kredit foto: https://www.besuttourism.com/?p=5113

Di Lata Air Berani pula terdapat aliran air sejuk yang mengalir dari bukit, bolehlah bermandi-manda disini dahulu sebelum pulang ke hotel

Selain snorkelling, anda juga boleh deal dengan pemandu pelancong untuk menyelam di beberapa point yang best. Untuk yang belum pro menyelam, anda boleh booking kursus menyelam dengan bayaran Rm 250 hingga Rm350. Anda akan diajar menyelam di tempat yang cetek dahulu, bila dah mahir, barulah menyelam di beberapa point yang lebih menarik dan mencabar.

Kredit foto: http://blog.traveloka.com/en/travel-guides-and-tips/guide-to-diving-and-snorkeling-at-perhentian-islands/

Point favorite para penyelam adalah Sugar Wreck, Tokong Laut dan Terumbu Tiga. Di Sugar Wreck terdapat sebuah kapal sepanjang 18 meter yang tenggelam sejauh 18 meter kebawah laut. Dulunya Kapal ini membawa bekalan gula, kini menjadi rumah kepada hidupan bawah laut.

Tokong Laut pula mempunyai kedalam sedalam 25 meter. Apa yang bestnya, disini terdapat banyak hidupan ikan badut, ikan pari dan ikan jenahak.

Manakala di Terumbu Tiga pula terdapat gua bawah air dan batuan yang berbentuk cantik dan sangat unik. Anda juga dapat bermain dengan beberapa spesies penyu disini.

Kredit foto: https://arbatravel.com/soal-jawab-pulau-perhentian/

Aktiviti lain yang popular di Pulau Perhentian ialah hiking ke kincir angin. Lokasinya terletak di Long Beach dan memerlukan masa 40 minit sahaja untuk sampai ke puncak. Hati-hati dan pakai kasut yang sesuai, jalannya agak licin dengan butiran pasir halus dan berlekuk-lekuk. Sampai sahaja di puncak, MasyaAllah, panoramanya indah tak terkata. Terasa berbaloi penat hiking mengharungi jalan berliku. Masa ni lah peluang untuk kita selfie sepuasnya hehehe. Psstt, jangan lupa bawa duit sekali. Turun dari hiking bolehlah singgah dan basahkan tekak sekejap di gerai dan cafe sekitar Long Beach.

Kredit foto: https://lillagreen.at/fire-show-perhentian-islands/

Pada waktu malam pula, anda boleh spend time bersantai sambil menyaksikan pertunjukkan api di Long Beach. Untuk ke Long Beach anda perlu menaiki bot dengan masa perjalanan tiga hingga 5 minit sahaja. Pertunjukkan api diadakan setiap hari bermula jam 9 malam hingga jam 12 malam. Pertunjukkan api disini memang terbaik. Bayangkan nanti mereka akan sedut dan hembus api dari mulut kemudian menari bersama unggun api tanpa sedikit pun terkena pada kulit mereka. Macam-macam aksi lah yang mereka buat. Memang awesome betul! Rata-rata pengunjung akan lepak dan meluangkan waktu malam mereka disini.

Demikian sahaja perkongsian tentang Pulau Perhentian, perhentian yang terindah. Jangan lupa sharekan pada wife atau husband anda, mana tahu tiba-tiba sidia berkenan honeymoon disini? Cool and stay tuned!