8 Disember 2019, Ahad.

Hari ni sebenarnya hari terakhir yang kami ada untuk explore Bukittinggi. Walaupun kami akan terbang semula ke Malaysia esok pagi, tapi yela.. esok dah tak sempat jenjalan mana-mana dah.

Hari ni kami rancang explore Bukittinggi lagi sampai awal petang. Sebelum Asar gerak ke Padang kerana kami akan menginap di sebuah hotel berhampiran airport.

Ada 2 perkara dalam pertimbangan kami, kenapa awal petang lagi kami perlu meninggalkan Bukittinggi dan menginap di hotel berhampiran airport.

saya dan Afifah di Ngarai Sianok

i . Hari ni Ahad. Petang jalan dari Bukittinggi ke Padang akan jem sebab ramai pelancong dan rakyat tempatan yang pergi ke Bukittinggi nak balik ke Padang semula. Esok Isnin kan. Dah kerja. Jadi rakyat tempatan yang balik kampung harus pulang ke bandar segera petang ni.

ii . Esok penerbangan kami jam 11 pagi. Tapi kan kena berada di airport 2 jam lebih awal. Perjalanan dari Bukittingi ke Padang pada awal pagi kurang digalakkan kerana kalut, takut terlewat dan kerana katanya nanti ada banyak lori pada waktu pagi. Jadi, lebih baik bersedia awal dan menginap di Padang siap-siap pada malam tu.

Ada dua sebab inilah, kami hanya ada hari ni sahaja di Bukittinggi. Jadi, objektif kami hari ni adalah, enjoy Bukittinggi puas-puas, buat apa yang wajib sebelum kami gerak ke Padang.

1 . Jam Gadang

Jam Gadang

Haaa.. mana boleh pergi Bukittinggi kalau tak pergi snap gambar Jam Gadang. Ibarat datang KL tak pergi KLIA. Jadi, selepas siap sarapan, kami check out dan bergerak melawat Jam Gadang.

Jam Gadang atau Jam Besar adalah sebuah menara jam yang menjadi tarikan utama pelancong di sini. Ia dibina pada tahun 1926 semasa pemerintahan Belanda. Asalnya di bahagian atap menara tu berbentuk ayam jantan yang mengadap ke arah timur. Namun pada zaman Jepun, ia diubah kepada bentuk pagoda. Setelah Indonesia mendapat kemerdekaan, barulah atapnya diubah kepada bentuk bumbung tradisional Minangkabau.

Masuk percuma.

2. Beli souvernir

Cari souvenir
Beli tshirt sorang satu

Tahun 2008 dulu, saya, mak dan keluarga pergi ke Pasar Atas untuk membeli souvenir dan kain pasang tenunan. Namun pada 30 Oktober 2007 Pasar Atas terbakar. Jadi sehingga waktu kami pergi lagi ni, ia masih belum dibuka.

Namun begitu, pasar-pasar sementara ada dibuka bertentangan dengan Jam Gadang. Ok la… kami explore situ sahaja. Lagipun kali ni Kak Ina kata bukan nak shopping beriya. Cuma nak beli tshirt, fridge magnet dan keychain sahaja.

Walaupun pasar sementara ni cuma pasang khemah je dan di tepi-tepi bangunan sahaja, tapi seronok juga cuci mata tengok tshirt dan couvenir yang ada. Nasib baik kami dah set masa 30 min sahaja untuk membeli. Itu pun jadi 45 minit. ahahaha

3 . Silver Work Mak Wan

Silver Work Mak Wan

Pak Feri bawa kami singgah kejap di sebuah rumah di tepi sawah yang menjadi tempat pembuatan barangan perak. Namanya Silver Work Mak Wan.

Sebenarnya masa tahun 2008 saya dan famili dah pergi satu pusat pembuatan barangan perak begini juga. Cuma kedai lain. Jadi bila pergi lagi sekali ni, dah kurang rasa nak tengok beriya. Kak Ina dan Abang Am pun kurang berminat. Jadi saya je turun snap gambar dan tengok dari luar.

Rupa-rupanya Pak Feri berhenti sebab dia nak tumpang tandas kat situ. Haihh.. patut la tak minta singgah, dia singgah.

4. Puncak Lawang

G dah hilang. Puncak Lawang dan jadi Puncak Lawan

Haaa… ini yang paling best hari ni. Kami ke Puncak Lawang. Ia berada di atas bukit di tepi Danau Maninjau. Dari Puncak Lawang ni boleh lihat dengan jelas pemandangan Danau Maninjau dari atas bukit. Cantik.

Posing maut
kena beratur dan ambik giliran untuk snap gambar si sarang burung ni
Test posing lompat di Puncak Lawang

Orang Indonesia ni pandai menggunakan spot menarik mereka. Kat tepi bukit ni, mereka bina beberapa pangkin bergambar yang cantik. Sesuai sangat untuk snap dan masukkan dalam Instagram. Angin pulak, masya Allah.. kuat betul. Sejuk dan sangat dingin. Ramai juga turun di sini. Ambil giliran bergambar di spot yang cantik.

Di tepinya ada gerai menjual minuman panas dan souvenir. Kak Ina siap shopping beg untuk anak-anaknya. Harganya berpatutan.

5. Soul Puncak Lawang / Puncak Lawang Adventure Park

Coaster yang bawa kami naik ke atas dari parking lot

Puas bergambar dan melihat pemandangan, kami bergerak ke Soul Puncak Lawang, hotel dan resortadventure di sini. Tiket masuk seorang adalah 25 ribu rupiah. Pak Feri kena turunkan kami di tempat parking, dan nanti ada coaster bawak masuk ke dalam.

Mula-mula kita akan jumpa Etnik Village. Ada banyak pondok kecik dari jerami dan kayu. Cantik dan unik.

Kemudian kami naik tangga ke atas. Pemandangan tasik Maninjau dari Soul Puncak Lawang ni pun cantik sangat. Suhu pula sangat dingin. Memang nyaman.

Gelagat anak sedara
gelagat mak sedara

Ada beberapa permainan ekstreme di sini. Ada flying fox, paragliding dan jambatan gantung. Saya dan anak-anak sedara semuanya memilih untuk try flying fox. Bayaran seorang adalah 25 ribu rupiah.

Ini pengalaman pertama saya sebenarnya main flying fox ni. Haaa.. syok juga la.. boleh jerit masa badan kita laju bergerak atas tali ni. Alia, Afifah, Awaddah, Abdullah, Ammar dan termasuklah Aisyah yang baru darjah 1 pun naik. Insya Allah selamat dan seronok.

6. Panorama Sungai Landia

Keluar dari Soul Puncak Lawang, kami singgah di Panorama Sungai Landia. Ada sebuah kedai makan yang juga menjual kedai souvenir di tepi bukit. Parut pun lapar, jadi kami order makanan dan minuman.

Mee rebus, sebenarnya seperti maggie kari je.

Order mee rebus, dapat maggie kari. Order mee goreng dapat indomie goreng. Order nasi goreng, dapat nasi goreng kari. Haaa.. standard la nasi goreng di sini memang ada rasa serbuk kari yang kuat. Tiga tu je menu yang ada. Servisnya agak slow. Lama betul nak tunggu semua dapat makanan.

Mee goreng dan teh halia

Nasib baik pemandangan memang cantik. Lembah yang hijau dan kelihatan sawah padi. Boleh la layan sambil berehat.

Lokasi Panorama Sungai Landai ni sebenarnya di tengah-tengah antara Puncak Lawang atau Danau Maninjau ke Padang. Jadi, macam kami yang nak gerak ke Padang ni, memang sesuai la singgah sini.

7. Malalak

Oleh kerana Pak Feri tak nak tersangkut dalam jem, jadi Pak Feri bawak kami lalu jalan alternatif untuk ke Padang. Namanya Jalur Padang – Bukittinggi via Melalak. Tu yang lalu Panorama Sungai Landai dan sekarang ni kami lalu Malalak.

Malalak ni sebenarnya satu destinasi yang terkenal dengan air terjun yang cantik. Tapi kami tak pergi la air terjun tu. Just berhenti kejap kat satu spot panorama di tepi laluan berbukit. Cantik juga pemandangannya. Macam biasa, ada kedai makan untuk duduk makan dan minum sambil melihat pemandangan yang cantik di tepi gunung.

Satu perkara menarik yang saya perasan masa kami lalu jalan ni adalah, kami melalui jalan dua lorong. Kemudian, eh, jadi satu lorong kejap dalam 300 meter sahaja. Kemudian balik ke dua lorong semula.

Saya tanya Pak Feri, kenapa macamni?

Pak Feri terangkan, kat sini orangnya keras kepala. Ada yang mati-mati tak setuju bila kerajaan nak beli sedikit tanah mereka untuk besarkan jalan. Tu sebab ada jalan yang terpaksa jadi satu lorong sikit, kemudian balik ke 2 lorong. Tu maknanya tuan tanah tu berkeras tak nak serah tanah tu.

Oh.. begitu.. boleh eh berdegil macam tu di sini…

8. Penginapan Intan Bandara

Jam 6.30 petang, kami tiba di Penginapan Intan Bandara. Ia adalah hotel bajet berhampiran airport Minangkabau, Padang. Masa tu dah lepas maghrib dah. Ada 2 blok bangunan penginapan. Siap wifi. Kami booking 4 bilik. Ada bilik yang ada aircond, ada yang cuma kipas angin. Biliknya pun selesa dan bersih. Ada tandas di dalam.

Sekali bila dah check in, hujan turun mencurah-curah. Perut kami lapar, sebab belum makan malam. Nasib baik pekerja hotel ni sangat helpful. Mereka tolong belikan makanan untuk kami dengan sedikit wang upah. Saya minta mereka belikan nasi padang yang dibungkus dengan lauk ayam, ikan dan sayur. campur-campur.

Sebenarnya kedai makanan padang tu tak jauh. Depan simpang masuk hotel je. Tapi sebab hujan kan , susah juga kalau nak jalan kaki beli makanan. Tu yang bagusnya mereka boleh bantu. Selain itu, hotel ni ada sediakan air panas juga. Boleh lah kalau nak makan maggie atau bancuh air panas dengan kopi atau milo segera.

Lepas makan, kami semua pengsan.

Itulah malam terakhir kami di bumi Sumatera Barat untuk trip ini.

Baca juga:

Episod 1 – Padang ke Painan

Episod 2 – Dari Pantai Cerocok Menyerbu ke Pulau Setan dan Pulau Cubadak

Episod 3 : Puncak Mandeh ke bandar Padang

Episod 4: 9 Tempat Menarik di Padang dan Bukittinggi dalam 1 hari

Episod 5: Teh Telur Tapai dan Tabek Patah yang Menakutkan

Episod 6: 7 tempat menarik di Bukittinggi, menghala ke Batu Sangkar dan Danau Maninjau