Sambung dari cerita sebelum ini. Kalau belum baca, boleh baca dengan klik Episod 1 Di Sini dan Episod 2 Di sini.

Sampai sahaja di jeti Tarusan, hari dah hampir lewat petang. Ok, kami kena pantas sebab saya plan nak melihat pemandangan di Puncak Mandeh.

Puncak Mandeh tak jauh dari sini. Dalam 2 km je. Cuma kena naik bukit la. Van Isuzu yang bawak muatan penuh ni, terpaksa tutup aircond masa nak naik bukit. Kalau tak, van kurang pickup, kata Pak Feri.

Ni pemandangan atas puncak Mandeh. Cantik kan…Ini lah pulau-pulau yang bot bawak kami tadi. Melihat pemandangan ni, saya teringat pemandangan di Halong Bay, Vietnam dan di Samet Nangshe, Thailand. Semuanya ohsem!

Pemandangan di Puncak Mandeh
Pemandangan di Puncak Mandeh

Ada kedai makan kalau nak lepak duduk sambil tengok pemandangan sunset. Kalau saya datang sini dengan Normi atau kawan-kawan, mesti kami lepak tunggu sunset dah. Tapi bila travel bajet dengan famili yang ada 6 anak, duduk minum bukan satu option. Satu orang punya air je dah berapa. Semuanya mak atau bapaknya kena bayar. Haaa… baik tengok pemandangan, snap gambar dan gerak.

Kedai makan di Puncak Mandeh
Unik betul tong sampah di Puncak Mandeh ni.

Kami balik ke bandar Padang selepas tu. Perjalanan sepatutnya dalam satu jam setengah tapi jadi lama sebab kami ada berhenti singgah dua tempat. Mula-mula kami singgah di kedai menjual pisang salai goreng. Sedap betul pisang salai goreng tu dan kerepek-kerepek tradisional lain di sini. Kalau kawan-kawan datang sini, memang kena cuba.

Selepas itu kami singgah di sebuah kedai makan di tepi laut. Makan malam dulu sebab semua kelaparan. Order mee goreng, dapat indomie goreng. Order mee rebus, dapat maggie ayam berkuah macam kita biasa. Hantam sahajalah…

Lepas makan kami teruskan perjalanan ke hotel. Saya tempah 2 bilik di Kinol Homestay. Satu bilik standard twin untuk 2-3 orang dan satu lagi bilik dorm untuk 8 orang. Bilik standard twin ada bilik air sendiri tapi dorm kena guna bilik air berkongsi. Semua bilik ada aircond. Bilik-biliknya juga didekorasi cantik dan bersih. Lokasinya hanya di tingkat atas sebuah bar.

Ada masalah teknikal pada setting booking.com Kinol Homestay ni. Saya book bilik twin dan dorm tu dengan harga yang memang murah. Cuma 330,000 rupiah bersamaan dengan lebih kurang RM89 untuk kesemuanya. 110,000 rupiah untuk satu dorm terus untuk 8 katil. Itulah yang tertera di booking.com. Tapi bila check in, staff mereka kata, harga tu sebenarnya untuk 1 katil. Hah?

Saya tunjuk skrin booking.com saya. Saya tak silap. Mungkin mereka tersilap set harga tu sebagai harga satu bilik. Sepatutnya set sebagai harga satu katil la kan. Tapi kalau untuk satu katil je harganya dah 110,000 rupiah, saya pasti tak tempah penginapan di sini. Sebab untuk 8 orang, lebih mahal dari saya booking dua bilik famili.

Oleh kerana mereka akui mereka silap, mereka benarkan kami stay seperti ditempah tetapi mereka minta untuk tak ada sarapan. Tak ada masalah. Kami boleh beli sarapan di luar. Win-win situation untuk kami semua.

Malam itu kami semua tidur keletihan tapi selesa.

Baca juga: 

Episod 1 – Padang ke Painan

Episod 2 – Dari Pantai Cerocok Menyerbu ke Pulau Setan dan Pulau Cubadak