KRABIkaverBuku ‘KRABI Pergi Naik Bas Balik Naik Tren’

 

Salam dan selamat sejahtera kepada penyandang-penyandang backpack semua….

Ha…Saya Backpacker dah terbit buku fizikal yang pertama.

Ditulis oleh salah seorang admin page Saya Backpacker, buku ini mengandungi 152 mukasurat dan menggunakan kertas yang ringan, mudah nak masuk bag dan baca di mana-mana.

Buku ni berkongsi cerita perjalanan dan pengalaman penulis dan dua orang sahabatnya (admin Saya Backpacker juga) ke Krabi ikut jalan darat.

Masa nak pergi, lima jam kami ambil masa nak melepasi sempadan Malaysia-Thailand. Musim cuti, maklum sajalah…

Di Krabi, kami naik gajah. Depan-depan kami kepala gajah dipukul supaya taat. Sampai berdarah telinganya. Jadi, kami tulis pengalaman tu supaya kita semua fikirlah baik buruk industri pelancongan ni kan…

Bukan sahaja cerita, ada tips travel, kos perjalanan, makan dan penginapan sepanjang lima hari kami di sana. Boleh jadi panduan kawan-kawan yang nak ke sana. Dan buku ini bagus untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan backpack. Kalau student tu sesuai sangat sebab kembara macam ni sangat bajet.

Macammana Nak Beli?

Harga buku RM25 + kos pos RM6 semenanjung, RM10 Sabah/Sarawak.

Caranya:

1) mohon bank-in ke akaun CIMB Bank Akaun No. 8600304257 atas nama Kaseh Trading and Services.
masukkan email order@sayabackacker.com sebagai notifikasi pembayaran, dan tulis ‘KRABI’ di ruang recipient reference.

2) emailkan kepada order@sayabackpacker.my dengan menyatakan nama, email, alamat surat menyurat, no tel, tarikh dan bukti pembayaran dibuat.

3) jika mahukan tandatangan penulis, sila nyatakan di dalam email tersebut

4) Bagi kami masa 3 hari bekerja untuk urusan pos ya…

 

Kalau nak beli di kedai buku pun tak ada masalah. Insya-Allah akan berada di semua kedai buku utama di seluruh negara. Dapatkan ya…KRABIcontent