Kita masih lagi dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ni. Bosan ke duduk rumah je?

Ok, memandangkan kita tak boleh bekerja (kecuali bisnes tertentu yang dibenarkan sahaja), saya nak kongsi dengan kawan-kawan cerita saya dan keluarga ke Padang dan Bukittinggi, Indonesia tempoh hari.

Rombongan Cik Kiah ke Padang dan Bukittinggi

Kami pergi pada awal bulan Disember 2019. Masa tu, birthday kakak saya. Dia teringin nak bawak keluarganya travel luar Malaysia. Jadi dia minta saya tolong bawa dan uruskan. Ok boleh. Kakak saya dan suami ada 6 orang anak. Jadi mereka sahaja dah 8 orang. Saya bawak mak pulak. Kami berdua. Jadi jumlah ahli rombongan Cik Kiah kali ni adalah 10 orang. Fuhh.. meriah

Untuk makluman, ini kali kedua saya dan mak ke sini. Kali pertama dalam tahun 2007 dulu. Jadi, ada tempat menarik yang saya dah tak repeat sebab dah pergi haritu.

Hari pertama 4 Disember 2019

Kami terbang dari Kuala Lumpur ke Padang. Penerbangan dalam jam 10.45 pagi. Saya orderkan siap-siap makanan atas penerbangan. Anak-anak sedara saya excited bila kapal terbang mula naik ke udara. Awadah, Afifah dan Ammar menjerit kecil kegembiraan. Saya yang berada di row sebelah cepat berkata dalam hati, saya tak kenal mereka. Ahahaha

Excited pertama kali naik kapal terbang

Sampai di Padang 11.50 pagi waktu Malaysia atau jam 10.45 pagi waktu tempatan. Ambik masa juga nak ambik beg semua. Jadi kami keluar dari airport pun dah jam berapa. Keluar sahaja dari airport, Supir kami Pak Feri sudah menunggu.

Supir tu sebenarnya bekerja untuk homestay yang saya tempah di Bukittinggi nanti. Bila dah buat tempahan, owner homestay hubungi saya dan cadangkan servis supir untuk saya sekali. Masa tu saya ada dua pilihan supir. Tapi akhirnya saya pilih supir ini juga. Oleh kerana kami 10 orang, jadi supir membawa sebuah van besar. Van Isuzu yang boleh memuatkan 11 orang.

Masjid Raya, Padang Bukittinggi
Keadaan dalam Masjid Raya
Kubah di Masjid Raya
Mak solat zohor di Masjid raya

Masjid Raya Padang. Cantik betul senibinanya. Tradisional Minang dengan bumbung melengkung. Kami solat Zohor di sana. Ruang solatnya sangat cantik dan luas. Telekung ada disediakan untuk semua wanita.

Rumah Makan Soto Simpang Karya. Dah lapar kan, jadi kami pakat makan soto di sini. Soto di Indonesia tak sama dengan soto di Malaysia. Di sana, soto tu adalah nasi dihidang dengan sup. Pilih nak sup ayam atau daging lembu. Mereka sediakan keropok juga kecil-kecil atas pinggan dengan nasi. Harga soto nasi yang kami makan tu adalah 22,000 rupiah satu pinggan.

Supir bawak ronda kawasan pekan lama di Padang. Bangunan-bangunan kedai ini sangat kukuh hinggakan pada ketika Padang diserang gempa bumi, bangunan-bangunan ini tidak terjejas.

Mulakan perjalanan ke Painan. Tujuan ke Painan adalah untuk memudahkan kami ke Pulau keesokan harinya.Tapi rupanya Painan ni tak la dekat sangat dengan jeti ke pulau. Hahaha… kami salah pilih lokasi agaknya.

Perjalanan dari Padang ke Painan sangat menarik. Kerana kami akan melalui jalan tepi pantai. Ada kawasan berbukit, jadi jelas kelihatan pantai dan laut di tepi kanan kami. Pergh.. cantik.

Namun begitu, dalam perjalanan ke Painan, kami singgah dulu di Pantai Sago. Rehatkan badan dan tangkap gambar. Ada gerai menjual air kelapa di tepi pantai. Pantainya juga cantik dan bersih. Selesai bergambar, kami teruskan perjalanan.

Pantai Sago
Pantai Sago

Pada jam 5.00 petang, kami memasuki bandar Painan. Kecil sahaja bandar ni. Jauh lebih kecil dari bandar Jengka pun. Sasaran saya, untuk mencari lokasi homestay yang saya dah booking di Booking.com. Nama homestay ini adalah Bu Mimi Homestay.

Berdasarkan google map, kami jumpa kawasan perumahan. Masalahnya google map menunjukkan ia berada di dalam satu laluan kecil. Kalau nak naik motor atau kereta sedan, boleh lepas. Tapi tidak untuk van besar kami. Kami cuba memusing laluan lain pula. Mana tau ada laluan yang lebih luas di sebelah satu lagi.

Namun nampaknya usaha ini tidak berjaya. tetap kena lalu jalan kecil tu juga. Alahai.. patut kah kami bawak turun semua beg dan jalan kaki sahaja? Macamana kalau dah jalan kaki beramai-ramai dengan rombingan Cik Kiah, sekali homestaynya bukan kat sini tapi kat tempat lain? Tak ke naya.

Alahai.. macamana ni.. betul ke tak tempat ni?

Baca juga: Episod 2 – Dari Pantai Cerocok Menyerbu Pulau Setan dan Pulau Cubadak

Episod 3 : Puncak Mandeh ke Bandar Padang