Penulis: Rohaniah Noor

China menggunakan bahasa mandarin dalam loghat mereka sendiri. Loghatnya berbeza dengan yang biasa kita dengar di Malaysia.

Tulisannya pula menggunakan tulisan cina. Tulisan cina ada dua. yang tradisional dan yang simplified.

Ada tulisan rumi untuk bahasa cina, dipanggil tulisan pinyin. tetapi percayalah. Kebayakan rakyat China tidak tahu membaca tulisan pinyin. Kita yang membaca pun bunyinya lari habis.

Contoh: ejaan Xi ‘An. pasti kita sebut sebagai Zi An. Padahal bunyi sebenarnya lebih kurang Shi Yan.

Hangzhou, pasti kita sebut Hang Zou, sedangkan sebutan betulnya lebih kurang Hangjho. O yang nganga mulut bulat sikit.

Itu belum ambil kira dengung mereka yang lain macam sikit dan tak reti kita mengajuknya.

Jadi komunikasi di China agak sukar. Legalah kalau tempat yang kita nak tuju tu ada metro atau train. Sebab dalam metro, nama stesen ada tulisan pinyin. Lebih mudah.

Tapi kalau cuma ada bas atau perlu naik teksi?

Pemandu teksinya, kalau dia tak tahu tempat yang kita nak tuju, mereka takkan setuju bawak kita. Tak ada nya lah mereka nak meraban cari tempat tu bersama-sama anda. Dengar kita sebut pelik je, kemudian kita tunjuk pula tulisan pinyin yang mereka tak reti baca, terus mereka bagi signal tangan menolak dan blah.

Tapi kalau bas, lagi hazabbb. Ada papan notis beritahu jadual dan destinasi bas. Tapi semuanya dalam tulisan cina. Cuma nombor bas sahaja yang ada tulisan rumi. Jadi memang blurlah kita nak ambil bas mana, kecuali anda memang dah tahu spesifik nombor bas yang perlu diambil dan kenal tempat nak turun.

Sebabnya, memang tak boleh pesan kat driver turunkan kita kat mana-mana yang kita nak. Driver bas takkan faham sebutan nama tempat tu.

Jadi, kalau nak backpacking ke China, seeloknya anda minta tolong kawan berbangsa cina yang boleh menulis tulisan cina untuk tolong tulis setiap destinasi yang anda nak tuju. Nama destinasi pelancongan, nama bandar, nama stesen bas atau nama hostel anda nak menginap.

Tulis pada buku nota nama tempat tu dalam tulisan cina dan of course tulisan rumi juga. Supaya bila anda nak tuju ke situ, tunjuk sahaja tulisan cina tu kepada pemandu bas, pemandu teksi atau orang awam yang anda mahu bertanya arah.

Ha.. sebut pasal tanya arah, saya akan share kemudian macamana orang di China bagi pandu arah ke kita.

Nak lagi senang, sediakan siap-siap tulisan cina untuk ayat seperti

– di mana tandas?

– di mana nak ambil bas ke _________

– saya nak reload prepaid simcard untuk ____ yuan.

– Bas last pulang ke ______ pukul berapa?

– Di mana stesen bas untuk ke _________?

dan lain – lain soalan penting yang anda boleh jangka.

Google translate memang boleh membantu tapi ada sesetengah sim card di sana, semua akses ke google dan geng-gengnya disekat.

Part 2: Ayam Itik di China

Part 3: Ayam Itik di China