Penulis: Rohaniah Noor

Selain bersedia dengan perkataan atau ayat tertentu yang ditulis dalam tulisan cina, gambar lokasi yang anda mahu pergi juga sangat membantu.

Saya dan geng travel saya bukan jenis yang well planned everything. Biasanya kami hanya tentukan tempat yang mahu dituju. Tapi di mana sebenarnya stesen bas yang perlu dituju untuk ke destinasi tertentu, biasanya pagi tu baru kami search. ahahaha…

Jadi, pagi hari pertama di Xi ‘An, saya, kak Jue dan Hikmah mahu mendaki gunung Huashan. Apa yang saya buat, cari nama stesen bas untuk ke sana. Xian Cheng Dong Coach Station namanya. Saya download gambar stesen bas tu di tab dan tunjuk ke pemandu teksi.

Kami pilih teksi sebab lebih mudah dari bas yang kami tak tahu nak naik bas apa, tunggu di mana dan tak kenal tempat tu pun untuk turun nanti.

Ada satu dua teksi yang kami tahan tu, tak kenal tempat tu. Tapi alhamdulillah, jumpa juga dengan pemandu teksi yang kenal. Kami tunjuk je gambar stesen bas tu dengan sebutan broken kami, dia angguk-angguk.

Sampai je di Xian Cheng Dong Coach Station, saya dan kawan-kawan mencari kaunter tiket bas pula.

Ada banyak kaunter tiket bas di sana. Bas ke pelbagai destnasi. Lalu saya tunjuk pula gambar gunung Huashan yang saya download ke tab kepada penjual tiket bas di kaunter. Mereka tunjukkan kaunter bas yang betul.

Di kaunter bas yang sepatutnya pula, saya sekali lagi tunjuk gambar Gunung Huashan dan buat simbol tangan menunjukkan 3.

Nasib baik dia faham yang saya perlukan tiga tiket ke Huashan. Dia ada sebut nama Huashan dengan dengung dan qalqalah yang berbeza, kemudian memberitahu harga tiket yang perlu dibayar.

Mana lah saya faham berapa harga yang dia sebut, saya dan kawan hulur wang kertas 50 yuan seorang dan ambil baki. Kemudian, baru kami tengok harga satu tiket berapa. Rupanya 39.50 yuan seorang sehala.

hmm. di kebanyakan tempat di China,sama ada anda seorang normal atau OKU pertuturan, rasanya tak ada beza. Kami tak bercakap pun di sana ketika berkomunikasi. Cakap pun tak berguna.

Hanya simbol tangan, tunjuk tulisan di kertas, tunjuk tulisan di tiket, tunjuk gambar dan mengajuk perbuatan sahaja cari berkomunikasi.

Teringat ketika di Huashan, mahu pulang semula ke Xi ‘An. Saya dan kawan mahu bertanya di mana tandas.

Sebut W.C tak faham

Sebut toilet tak faham.

sebut tandas lagilah tak faham.

Masa makin suntuk, takut bas dah nak bergerak sedangkan kami memang emergency nak ke tandas.

Last-last Hikmah menyangkung depan orang yang kami bertanya tu. Barulah dia faham yang kami mahu ke tandas dan menunjukkan kami arah.

eheheh…

Part 1 – Ayam Itik di China

Part 3 – Ayam Itik di China