Penulis: Rohaniah Noor

Kalau di Malaysia, bila kita bertanya arah pada orang di tepi jalan, orang akan beritahu dari tempat kita pijak kaki di bumi sampai lah ke tempat yang kita nak tuju tu kan.

Jadi mungkin jawapannya lebih kurang berbunyi,

“terus, nanti ada simpang, belok kanan. kemudian terus, sampai ke traffic light ke 3, masuk kiri. Kemudian ada roundabout, ambik pukul 3, terus lagi, masuk kanan kemudian simpang kiri kedua, masuk kiri. Haa.. kat situ lah tempat tu.”

haa.. ni contoh…

Tapi macamana kalau kita bertanya arah di tepi jalan di China?

Kita tak tahu cakap mandarin kan. jadi kita pun tunjuk gambar tempat yang kita nak pergi tu, atau tunjuk tulisan cina atau tiket yang menunjukkan tempat tu kepada orang yang kita nak tanya arah.

Haaa. di sana, orang awam hatta polis sekalipun takkan bagi arah sampai habis. Mereka hanya akan beri arah pertama sahaja.

Orang yang ditanya akan gunakan tangan mereka untuk tunjuk ke satu arah sahaja. Kanan ke.. kiri ke.. straight ke depan ke, belakang ke.. serong ke tenggara ke.. tapi satu arah sahaja.

Maknanya tempat yang kita nak tuju tu kena pergi ke arah tangan dia tu.

Katalah dia tunjuk tangan arah ke kanan. maknanya tempat tu kat belah kanan.

Tapi berapa lama nak jalan ke kanan? Lepas ke kanan nak ke mana pulak? ada masuk simpang pulak ke?

Haa.. yang tu, nanti bila dah ke kanan nanti, tanyalah orang lain di sekitar sana untuk dapatkan arah kedua pula ya.

Begitulah caranya ulang-ulang sampai lah kita jumpa tempat yang kita tuju.

Pengalaman saya, hanya di Shanghai sahaja yang saya dapat arah yang lebih lengkap. Di Beijing, Xi ‘An dan Hangzhou.. memang beginilah caranya.

Selamat berjaya!

Part 1 – Ayam Itik di China

Part 2 – Ayam Itik di China