Bulan Oktober baru-baru ini, kami di Kasi Terbit baru sahaja menerbitkan buku travelog keempat kami yang bertajuk Backpack Bonceng Motor: Medan – Parapat – Berastagi. Buku ini ditulis oleh admin Normi Nas.

Sempena pelancaran buku ini, admin Rohaniahnoor mencadangkan kami buat satu Road Tour dengan motorsikal. Kami telah memilih sebanyak enam buah negeri sebagai checkpoint kami.

Jadual perjalanan kami ini adalah seperti berikut:

18 Disember : Kajang – Shah Alam – Ipoh
19 Disember : Ipoh – Cameron Higlands
20 Disember : Cameron Highlands – Raub
21 Disember : Raub – Kuala Pilah
22 Disember: Kuala Pilah – Muar
23 Disember: Muar – Melaka – Kajang

Perancangan kami, admin Rohaniahnoor bawak motor dan admin NAS membonceng. Satu kereta pengiring akan turut bersama kami untuk membawa beg pakaian, buku-buku dan peralatan. Yelah.. Tak muat lah nak bawak barang-barang dengan motorsikal kan. Dell, staff Kasi Terbit akan bawak kereta pengiring ni.

Di setiap destinasi trip ini, kami akan hadiahkan 5 buah buku secara percuma kepada pembaca yang bertuah. Jadi, kawan-kawan hanya perlu senyum dan tegur kami ya. Mana tau, ada rezeki dapat buku percuma yang ohsem ini.

Yeahhh….

Harga istimewa RM18 tak termasuk kos pos ni sampai hujung Disember.

Ada juga bundle buku tulisan admin NAS dan buku-buku travelog tulisan kawan-kawan penulis lain.

 

Untuk catatan hari pertama road tour, klik HARI PERTAMA