Setakat artikel ini ditulis, Italy telah mempunyai 597,185 kes covid 19. Seramai 27,359 orang telah meninggal dunia disebabkan virus yang belum ada vaksin ini.

Melihat data ini, saya sangat bersedih dengan apa yang berlaku di Italy. Ya, Malaysia juga sedang berusaha menangani virus ini, tetapi keadaan di Italy ketika ini lebih teruk. Teringat saya pada penpal saya, Roberta yang tinggal di Verona. Lalu saya bertanya khabar dia melalui whatsapp.

Lega mendengar dia baik-baik sahaja. Dia, suaminya dan anaknya yang baru berusia saya kira 2 tahun tidak dibenarkan keluar dari kawasan rumah langsung. Sama dengan rakyat Italy yang lain. Katanya, dia bernasib baik kerana tinggal di rumah ibu-bapanya. Rumah landed yang ada sedikit halaman. Jadi, mereka masih boleh bersiar-siar dan mengambil angin di taman kecil di halaman rumah.

Namun bagi sebilangan rakyat Italy yang tinggal di rumah flat atau apartment, rumah tu sahajalah yang mereka perlu berada. Tidak boleh keluar langsung. Sangat bosan. Itu yang kita nampak macam-macam video bagaimana rakyat Italy menghilangkan kebosanan mereka dengan pelbagai aktiviti dalam rumah atau di tingkap rumah.

Tiba-tiba semalam saya menerima notifikasi di Facebook. Kenangan saya ketika kembara ke Rome dengan adik saya pada tahun 2014. Di sana, pertama kali saya bertemu Roberta, penpal saya tu.

Masa tu saya, mak dan adik saya Marsita pergi melawat adik saya Hajar dan keluarganya di Jerman. Adik ipar saya buat PhD kat Jerman. Jadi kami ambil kesempatan untuk travel ke Jerman, dan seterusnya ke beberapa negara di Eropah. Saya terfikir, ini lah peluang untuk bertemu muka dengan penpal yang saya dah berutus surat dengan dia sejak tahun 1996. Jadi saya contact dia melalui sms. Masa tu whatsapp belum ada. Saya ajak dia berjumpa di Rome sebab saya teringin sangat tengok Colloseum. Dia setuju. Dia akan naik tren ke Rome dari Verona.

Woww!

Jadi, saya dan Marsita pun naik flight dari Dussedolf ke Rome. Airportnya masa tu kecik je. Kemudian kami ambil shuttle bas ke bandar Rome. Kami sampai dulu. Kemudian, beberapa jam kemudian, baru Robby sampai. Maka bermula lah pengembaraan 3 hari kami bertiga di Rome. Di Italy ia dipanggil Roma. Robby dah pernah sampai satu kali di Rome, tapi katanya dia belum habis explore. Jadi, dengan berpandukan peta percuma yang kami ada, kami menapak pusing Rome.

Vespa besar yang popular di Rome.

Di Roma, scooter vespa dan scooter besar sangat popular. Selain itu, kebanyakan penduduk tempatan memakai kereta kompak. Sangat sikit yang pakai kereta sedan atau MPV. Robby sendiri pada masa itu mempunyai Toyota Yaris yang menggunakan diesel. Bukan petrol. Diesel katanya lebih murah dan kualitinya bagus, tak seperti kualiti diesel pada waktu itu di Malaysia.

Tram di Rome. Kami sempat merasa naik tram di sana


Satu lagi keunikan di sini adalah papan tanda jalan disimen di bangunan yang berada di persimpangan jalan tersebut. menyebabkan ia kekal selagi mana bangunan itu masih ada. Tapi baru-baru ni masa awal Januari 2020 saya ada ke Macao. Rupanya Macao juga sama. Semua papan tanda nama jalan dilekatkan terus di bangunan yang berada di simpang jalan masuk itu.

Mengikut penerangan Robby, ada 7 bukit di sini ini. Saya kira, kami telah melalui hampir semua bukitnya. Salah satu bukitnya mempunyai bangunan ini, Areo di Tito dan juga Palatino.

Areo do Tito dan Palatino
St Peter Basilica

Di St Peter Basilica, penduduk tempatan percaya siapa yang baling syiling sambil membelakangi pancuran air ini, orang itu akan kembali ke Rome. Saya turut membaling satu syiling. Mana tau saya dapat kembali lagi ke bandar yang cantik ini.

Pada hari kedua, kami masuk ke Vatican City. Namun elok saya ceritakan detail mengenai Vatican City dalam posting akan datang. Cukup saya kongsikan satu gambar Vatican City di sini.

Pada hari pertama lagi, kami sudah melewati Coloseum. Namun, hari sudah nak gelap. Jadi kami hanya bergambar dari luar sahaja. Namun pada hari ketiga, kami datang semula. Kali ni dapat masuk dalam. Wahh… teruja!

keadaan dalam Collosseum. Lantainya dah runtuh, itu yang kita boleh nampak bilik-bilik di basement.

Colloseum atau di Italy dipanggil sebagai Colloseo adalah sebuah dewan teater berusia lebih 2000 tahun. Ia boleh memuatkan hingga 60,000 penonton duduk dan 10,000 penonton berdiri. Ia mempunyai 80 pintu masuk. menyebabkan penonton seramai ini boleh keluar masuk dengan cepat dan mudah. Nama asalnya adalah Flavian Amphitheatre. Senibina dan kejuturuteraannya sangat hebat dan ia hanya mengambil masa 10 tahun untuk siap.

Marsita dan Robby di depan Colloseum.

Bukan setakat melihat-lihat, kami juga diajar beberapa kebiasaan orang Italy.

1. Mereka bersarapan dengan sangat ringkas. Biasanya cappuccino, latte atau kopi ala Italy dengan pastri. Biasanya mereka masuk kedai, order di tepi bar kedai dan kemudian makanan dihidang atas bar. Kemudian mereka makan berdiri sahaja kerana nak cepat. Lagipun bila makan atas meja, akan ada caj berbeza. Jadi, untuk jimat, makan berdiri sahaja.

Pastri yang lembut dan sedap ketika sarapan sambil berdiri di kedai Pastriceria, Rome

2. Kalau di Malaysia, kita makan nasi, kemudian minum teh atau kopi.. atau milo tabur .. atau apa juga minuman. Namun bagi orang Italy, ketika makan tengahari atau makan malam, mereka akan makan makanan berat sekali dengan softdrink. Mereka takkan minum teh atau kopi sekali dengan makanan berat. Bagi mereka, minum teh atau kopi, adalah untuk minum petang atau just memang duduk minum teh atau kopi.

Italy begitu bangga dengan gelato, iaitu aiskerim mereka. Fuh memang sedap betul dan murah. Gelato yang saya makan ni rasanya berharga dalam lebih kurang 3 euro sahaja pada masa itu.
Robby membaca buku panduan Rome
Pasta tomato yang sedap giler di Rome.

3. Robby mengajar saya istilah “dolce far niente” bermakna the sweet of doing nothing. Orang Italy juga suka begini. Nikmati pemandangan dari penginapan anda, pergi ke tempat makan dan nikmati makanan sesungguhnya, berbual dengan rakan kembara atau orang asing yang anda jumpa, duduk baca buku kegemaran sambil minum jus tembikai atau menulis rasa hati di dalam buku nota.

Yang pasti, tutup tv, ketepikan handphone. Oh ya.. saya perhatikan Robby dan kawan-kawan Italy mereka memang kurang aktif dengan media sosial. Jauh berbeza dengan rakyat Malaysia.

Saya dan Robby. Robby kata biasanya orang utara Italy berambut hitam. Tapi dia agak unik kerana berambut blonde sedangkan dia berasal dari Verona, utara Italy.

Apa pun, saya harap Italy dan Malaysia akan dapat menangani masalah serangan virus Covid 19 ini secepat mungkin.