Hari keenam, saya ke Sa pa. Bagi saya, Sa Pa destinasi romantis bagi pasangan backpacker. Berbeza dengan kota lain di Vietnam, Sa Pa sangat tenang. Kurang trafik, cuaca lebih sejuk dan pemandangan alam semulajadinya memukau.

Tanah Tinggi Sa Pa

Sa Pa destinasi romantis bagi pasangan backpacker.
Berbeza dengan kota lain di Vietnam, Sa Pa sangat tenang. Kurang trafik, cuaca lebih sejuk dan pemandangan alam semulajadinya memukau.

Saya tiba di Sa Pa semalam (4 April 2015). Menaiki tren dari Hanoi, kami tiba di Lao Cai pada jam 6.40 pagi. Kami kemudiannya menaiki minibus dari Lao Cai ke pekan Sa Pa dengan tambang berharga 100,000 dong. Lebih kurang RM17.

Tak susah nak cari minibus tu sebab keluar saja dari stesen keretapi, orang tempatan menghujani kami dan menawarkan pengangkutan ini.

Perjalanan mengambil masa satu jam. Jalannya di lereng bukit dan berbelok-belok. Ibarat jalan dari Tapah ke Cameron Highland.

Saya mula rasa lain macam, cepat-cepat mengambil Veloxin, ubat tahan mabuk yang saya beli di farmasi. Ubat tu katanya tak mengantuk.. Tapi lalok juga kepala saya ni.

Etnik di Sa PaSampai di pekan Sa Pa, kami terus ke hostel. Letak beg, buka megi dan makan sarapan dulu.

Sekali pemilik hostel kata kami dah boleh masuk bilik. Saya yang lalok dengan ubat tahan muntah tadi terus terlelap pagi-pagi itu.

Sa Pa memang menenangkan buat mereka yang sukakan alam semulajadi. Boleh hiking, mandi air terjun, melawat perkampungan puak etnik di sini dan menikmati udara pergunungan yang segar.

Komuniti Sa Pa

-Rohaniah Noor-