Shanghai, rasanya semua pernah dengar mengenai Shanghai kan? Buat masih yang kurang tahu, Shanghai merupakan bandar terbesar di China yang merekodkan penduduknya melebihi 30 juta penduduk. Shanghai mempunyai pelbagai gelaran hebat seperti “ the pearl of asia”, dan “the paris of the East.” Kemodenan dan teknologi di bandarnya menjadikan Shanghai sebagai pusat kewangan dan budaya antarabangsa. Dari segi teknologi, bandar Shanghai terkenal dengan kereta api terpantas dunia iaitu Shanghai Maglev.

Pengalaman saya sendiri bila saya sampai di Shanghai, saya rasa… woww? sangat moden. Kalau di daerah lain di China, kami hadapi masalah komunikasi. Tapi semasa di Shanghai, ramai orang tempatan boleh berbahasa Inggeris. Ramai expatriate juga di sana. So tak susah lah kalau nak tanya arah ke tempat yang kita nak pergi.

Shanghai ketika saya di sana

OK, walaupun kita masih dalam Perintah Larangan Pergerakan, jom kita travel melalui pembacaan je dulu. Hari ni, admin nak kenalkan kawan-kawan dengan sembilan tempat menarik di Shanghai. Yang pasti, memang berbaloilah kalau pergi.

  1. The Bund

 The Bund, atau nama manjanya Waitan. Di The bund, anda dapat saksikan pelbagai variasi seni bina yang hebat dan moden. Anda dapat berjalan disekitarnya sambil mengambil gambar sekeliling yang menarik serta boleh juga booking tiket menaiki bot pelayaran ekslusif mengelilingi The Bund. Pada waktu senja, anda dapat menikmati keindahan pemandangan matahai terbenam di Sungai Huanpu.

2. Zhujiajiao Water Town

Kredit foto: https://www.youtube.com/watch?v=ZREhCRssnco

 Zhuajiajio Water Town berada 50km dari The Bund. Berbeza dengan The Bund, suasana dan persekitaran di Zhujiajiao Water Town ibarat anda berada di zaman china purba. Dahulu, Zhujiajiao Water Town merupakan kawasan perdagangan kerana mempunyai banyak terusan. Sampai sahaja di Zhujiajiao Water Town, and dapat lawati banyak tempat menarik untuk berjalan sekitar seperti Along Bei Daijie, Kezhi Yuan, Pejabat pos Dinasti Qing, dan Jambatan Fangsheng.

3. Muzium Shanghai

Kredit foto: https://www.chinadiscovery.com/shanghai/shanghai-museum.html

 Muzium Shanghai terletak berhampiran People’s Square. Untuk ke Muzium Shanghai, anda boleh menaiki metro line 1,2,8 dan turun di People’s Square. Muzium Shanghai dibuka dari 9.00 am hingga 5.00 pm. Tiket masuk ke Muzium Shanghai ini percuma sahaja. Muzium ini mempamerkan lebih 120,000 peninggalan sejarah yang terdiri daripada 400 gangsa, 500 seramik purba, kaligrafi dan syiling purba. Disini juga, anda dapat saksikan lukisan dari seniman terkenal yang dikumpulkan sejak zaman dinasti Yuan iaitu pada abad ke-13.

4. Menara TV Oriental Pearl

Kredit foto: https://www.tribaeast.com/product/shanghai-oriental-pearl-tower/

 Menara Tv Oriental Pearl merupakan mercu tanda dan salah satu kebanggaan negara China di Shanghai. Ketinggiannya yang mencecah 468 meter berjaya meletakkan Menara yang berdiri megah ini sebagai menara kelima tertinggi didunia. Wahhh, tersenarai dalam top 5 dunia kot! Anda mengamati keindahan pemandangan sekitar Shanghai dari atas di 3 ruangan yang berbentuk sfera. Tiket masuk berharga lebih kurang 120 -220 yuan. Jangan lupa untuk tengok ramalan cuaca dulu tau, kerana diwaktu hujan pemandangan akan menjadi agak kabur.

5. Shanghai Disneyland

Kredit foto: https://www.shanghaidisneyresort.com/en/destinations/theme-park/

Buat anda yang bercuti seisi keluarga dan mempunyai anak kecil, Shanghai Disneyland tempat yang sesuai anda kunjungi. Terdapat enam taman tema di Shanghai Disneyland iaitu Mickey Avenue, Treasure Cove, Fantasyland, Tomorrowland, Garden of Imagination dan Advanture Icle. Pada jam 8.30 pm, pengunjung berpeluang menyaksikan pertunjukkan bunga api yang dinamakan Iglite The Dream.

6. The Jinmao Building

Kredit foto: https://www.dw.com/en/take-a-skywalk-in-shanghai/a-19434270

 Bangunan yang menyerupai Pagoda ini bukanlah bangunan yang biasa walaupun namanya simple sahaja. The Jinmao Building merupakan bangunan ketiga tertinggi di Shanghai. Di tingkat ke-88, anda dapat lihat pemadangan bandar Shanghai dengan berjalan di atas kaca! Fuyoooo, bestnya! Lantai yang diperbuat daripada gentian kaca ini hanya membolehkan 15 orang sahaja berjalan diatasnya dalam satu masa. Selain itu, terdapat juga ruang komersial, pusat beli-belah, dan restoran-restoran terkemuka untuk anda lawati di The Jianmao Building.

Kredit foto: https://www.klook.com/activity/3972-jin-mao-tower-tickets-shanghai/

7. Nanjing Road

Kredit foto: https://www.chinaclickgo.com/where-to-stay-when-traveling-to-shanghai/nanjing-road-shanghai-aftabtravel-com/

 Berita baik buat kaki shopping, disinilah syurga shopping buat anda! Nanjing Road terletak di daerah Huangpu dan mempunyai panjang lebih kurang 1033 meter. Sebelum balik mestilah nak beli ole-ole dulu kan? Haa, memang sesuailah singgah ni Nanjing Road dulu. Kedai barangan antik, barangan mewah, serta restoran ima bintang juga terdapat disini. Dianggarkan lebih 1,700,00 pengujung luar dan dalam negara akan berkunjung ke Nanjing Road.

8. Shanghai Old Street

Kredit foto: https://www.wendyweitours.com/yuyuan-old-street.html

Shanghai Old Street terletak bersebelah dengan Yuyuan Garden. Shanghai Old Street terbahagi kepada dua, iaitu bahagian timur dan barat. Di bahagian timur, suasananya lebih kepada ciri-ciri dinasti Qing yang mempunyai banyak kedai runcit, kedai bunga, restoran mi, dan kedai makanan ringan yang famous dengan Five Fragrant Beans. Manakala di sebelah barat pula mengekalkan seni bina semasa zaman dinasti Ming. Disini, terdapat pelbagai kedai barangan antik dan juga Teahouse. Nampakanya, dinasti Ming dan Qing ni banyak meinggalkan kesan di Shanghai kan?

9. Shanghai Zoo

Kredit foto:http://english.sina.com/life/p/2010/0707/328127.html

Shanghai Zoo terletak di pinggir bandar, anda boleh menaiki metro line 10, teksti atau juga bas utuk kesini. Apa yang bestnya, anda juga dapat lihat panda yang ditempatkan di zon carnizore. Untuk memasuki Shanghai Zoo, and hanya perlu membayar 40 yuan sahaja seorang dan mungkin mengambil masa sehingga 2jam untuk mengelilingi seluruh zoo. Ada yang dah tak sabar nak tengok panda?

Nampak macam best kan? So, tunggu apa lagi, cepat-cepat share pada partner travel anda. Banyak lagi tempat dan aktiviti menarik  untuk dilakukan di Shanghai yang admin akan sharekan pada anda semua. Stay tuned dan enjoy!