Salah satu bandar utama dan antara paling popular di Jerman adalah Frankfurt.

Frankfurt ni tak jauh dari sempadan ke Perancis. Tahun 2013, saya dan keluarga buat road trip dari Jerman ke Holland, Brussel, Perancis dan Switzerland. Jadi semasa kami dari perjalanan balik ke Jerman dari Swiss dan Perancis, kami singgah sebentar di Frankfurt untuk makan dan sightseeing.

Ada satu kedai makanan halal thai di sana. Sedap betul nasi itiknya. Maklumlah.. dah hampir 2 minggu tak jumpa kedai makan jual hidangan nasi. Memang kami makan sampai licin.

restoran makanan thai di Frakfurt
restoran makanan thai di Frakfurt
nasi itik di Frankfurt
nasi itik di Frankfurt

Tapi nama kedai tu tak ingat. Mungkin admin Hajar masih ingat lagi?

Selepas makan, kami jalan-jalan di The Römerberg, pusat kota lama di sana. Ia dibina sejak tahun 1405. Salah satu bangunan di dataran empat segi ini menempatkan pejabat Dewan Bandaraya.

 

The Römerberg

IMG_7354

 

IMG_7346

Kami mencari masjid di sekitar The Römerberg tetapi hanya bertemu satu surau di sebuah bangunan.

Oh ya.. kita biasa terpengaruh menyebut Frankfurt dengan sebutan orang Amerika, tapi sebenarnya sebutannya betul-betul Frank-furt.  Huruf ‘a’ tu bunyi macam dalam bahasa melayu. U pun bunyinya memang u dalam bahasa melayu.

IMG_7357

Untuk kawan-kawan yang nak tahu apa lagi yang menarik di Frankfurt, boleh baca artikel ini.
http://www.planetware.com/tourist-attractions-/frankfurt-d-hs-fra.htm