Teman sebilik ketika di Rotterdam, Netherland
Teman sebilik ketika di Rotterdam, Netherland

Antara soalan yang kerap ditanya kepada saya (selain bab kahwin), “takut tak masa mengembara seorang diri jauh-jauh ni?”

Jawapan saya, “ya saya takut!”

Jadi apa saya buat kalau dah begitu rasanya? Baik, saya kongsikan langkah-langkah berikut melalui pengalaman kembara-kembara sebelum ini.


1. Elakkan keluar malam. Itu sebab saya pilih ke Eropah ketika musim panas kerana waktu malamnya cuma 4-6 jam saja.



2. Elakkan berjalan di tempat sunyi.



3. Pastikan tempat penginapan sudah ditempah sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tiba di destinasi tersebut.



4. Buat kawan! Mesrakan diri bergaul dengan rakan pengembara yang lain.



5. Tangkap seorang warga tempatan buat teman, bahan rujukan atau jika dia sudi, berjalan dengan dia sama-sama.



6. Elakkan bawa tunai banyak-banyak.



7. Letak barang penting seperti pasport dan duit di dalam baju. Jika ke kedai barangan travel, ada dijual beg poket untuk badan.



8. Sentiasa update perkembangan terkini pada keluarga dan sahabat terdekat.



9. Berhati-hati bila didekati. Elakkan mengikut atau mendengar arahannya jika tak faham apa yang dia maksudkan. Mereka mungkin saja mahu menipu kita menggunakan helah tertentu.



10. Ingat Tuhan. Masa mengembara, saya lebih rajin berdoa dan beribadat. Bila balik sini macam lupa daratan, eh! Tak baik tau…



p/s:

Saya pernah dirompak semasa di Berlin. Maka percayalah langkah-langkah di atas sedikit sebanyak membantu anda agar benda yang berlaku terhadap saya dapat anda semua elakkan.

-NAS-

Berliner Dome, Berlin