France atau orang Malaysia panggil Perancis adalah satu destinasi pelancongan di Eropah yang tak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja Perancis, semua terbayang  Menara Eiffel di Paris.

Hmm.. Paris memang tak perlu diperkenalkan. Semua orang tahu. Kota Romantis katanya.

Tapi hari ini Saya Backpacker ingin memperkenalkan destinasi lain di Perancis iaitu Strasbourg. Ia juga dipanggil sebagai Strossburi dalam dialek Alsatian iaitu dialek tempatan atau Straßburg dalam bahasa Jerman.

la petite 3

Strasbourg merupakan ibu kota kepada kawasan Alsace di kawasan timur laut Perancis. Kedudukannya berhampiran dengan sempadan Jerman.

Jadi, budaya dan senibinanya mempunyai gabungan Perancis dan Jerman.

strasbourg
Kredit foto: http://kids.britannica.com/

Kalau di Paris, dengarnya banyak kes scam dan penyeluk saku, di Strasbourg, keadaannya jauh lebih tenang. Lebih mendamaikan. Boleh layan blues lagi.

Ada apa menarik di Strasbourg?

1) La Petite France

la petite

Ini adalah kawasan paling cantik di sini. Kawasan bandar lama dengan rumah-rumah dan bangunan separa kayu dengan senibina yang unik. Sesetengahnya ala-ala yang kita nampak di Bukit Tinggi, Pahang. Tapi jangan kata mereka tiru kita pula. Sebaliknya, Colmar Tropicale di Bukit Tinggi yang membawa senibina dari sana ke sini.

la petite 4

Kawasan ini merupakan sebahagian dari Grande-Île, iaitu pulau yang besar yang dikelilingi oleh Sungai Ill, anak sungai dari Sungai Rhine di Perancis.  Rumah-rumah dibina sepanjang terusan di sungai ini  dan terdapat lorong-lorong kecil di antara bangunan.

strasbourg 3

Kini, bandar lama ini telah digazetkan sebagai tapak warisan UNESCO.

 

2) Les Ponts Couvert

les ponts couvert 2

Ia sebenarnya sebatang jambatan bertutup, dibina sebahagian dari kawasan La Petite. Asalnya ia dibina dari kayu, dibina pada zaman pertengahan. Namun pada tahun tahun 1600an, jambatan ini telah digunakan sebagai pertahanan bandar dari ancaman musuh dan bumbungnya telah tercabut.

les ponts couvert tower

Les Ponts Couvert mempunyai 4 buah menara sepanjang jambatan ini yang merentasi sungai Ill.

 

3) The Barrage Vauban

"Strasbourg Barrage Vauban après restauration 2012-01" by Claude Truong-Ngoc. Licensed under CC BY-SA 3.0 via Wikimedia Commons - https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Strasbourg_Barrage_Vauban_apr%C3%A8s_restauration_2012-01.jpg#/media/File:Strasbourg_Barrage_Vauban_apr%C3%A8s_restauration_2012-01.jpg
“Strasbourg Barrage Vauban après restauration 2012-01” by Claude Truong-Ngoc. Licensed under CC BY-SA 3.0 via Wikimedia Commons – https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Strasbourg_Barrage_Vauban_apr%C3%A8s_restauration_2012-01.jpg#/media/File:Strasbourg_Barrage_Vauban_apr%C3%A8s_restauration_2012-01.jpg

Ia merupakan sebuah empangan yang dibina pada abad ke 17  dengan senibina rekaan Jacques Tarade, seorang arkitek Perancis yang terkenal. Pembinaannya juga memastikan pertahanan kota menjadi lebih kuat bilamana Sungai Ill terpecah kepada 4 buah terusan.

 

4) Cathédrale Notre-Dame de Strasbourg

cathedral

Katedral atau gereja besar ini dikatakan antara monumen yang mempunyai senibina tercantik di Barat. Ia dibina daripada batu merah Vosges dengan senibina  Rom di abad ke 12 dan Gothic di abad ke 15.

Anda boleh naik ke atas menaranya untuk menikmati pemandangan kota Strasbourg yang mengagumkan. Caj untuk naik ke menara lebih kurang 5 euro seorang.

 

5) Muzium Sejarah Strasbourg

history museum

Asalnya Strasbourg bukan sebahagian dari Perancis. Ia dibina oleh kerajaan Rome dan digelar sebagai Argentoratum. Kem kerajaan Rome kemudiannya musnah dan kemudiannya Strasbourg berdiri sebagai sebuah republik bebas pada tahun 1332.

Apa berlaku menyebabkan Strasbourg kini merupakan sebahagian dari Perancis?

history museum2

Aha.. soalan itu akan terjawab apabila anda melawat muzium ini. Kepada pencinta sejarah dan peminat muzium, ini memang muzium yang sangat menarik untuk anda.

Bukan sahaja ada pameran maklumat dan fakta, tetapi anda boleh mencuba pakaian dan topi pentadbir Strasbourg dan ada persembahan multimedia mengenai sejarah kota ini juga.

IMG_6698

 

6) Musée d’Art Moderne & Contemporain

kredit foto http://www.tourisme-alsace.com/

Bagi peminat seni, ini merupakan muzium seni modern dan kontemporari. Di dalamnya ada koleksi lukisan dari abad ke 19 dan abad ke 20 termasuklah hasil karya pelukis dan artist terkenal seperti Hans Arp, Braque, Klee, Max Ernst, Rodin, Renoir, and Degas.

 

7) Naik bot di Sungai Rhine

boat rhine river

Jika mahu melihat keseluruhan kota Strasbourg, boleh lah naik bot ini dan mengelilingi kota di atas Sungai Rhine. Sepertimana diterangkan di atas, kota Strasbourg dibina yelusepanjang sungai.

Jadi, menyelusuri sungai ini akan memberi pemandangan keseluruhan kota dari pelbagai sudut.

Menariknya, untuk memberi laluan kepada bot ini lalu, jambatan-jambatan kecil di kota ini akan berpusing 90 darjah ke tepi tebing. Selepas bot lalu, jambatan ini berpusing semula dan bersambung seperti asal.

bot river rhine

 

Strasbourg ni tak besar mana. Ia boleh dijelajahi dengan berjalan kaki sahaja.

Jadi, kalau nak ke Perancis lain kali, boleh lah singgah ke sini juga ya. Dengan kecantikan senibina lama dan ketenangan sungai dan bandarnya, saya percaya ia lebih romantis lagi untuk anda pergi bersama pasangan dan keluarga.